RASAMAS Perkenal Menu Baru

Restoran ayam panggang kegemaran Malaysia, RasaMas, telah melancarkan menu terbaru mereka dalam usaha untuk mempelbagaikan  citarasa dan selera pelanggan setianya.

Dengan slogan “Malaysia’s Favourite Roasters” (“Ayam Panggang Kegemaran Malaysia”), RasaMas menjanjikan penggemar ayam panggang hanya yang terbaik, dan kelembutan daging ayam panggang yang lazat diperbuat daripada ramuan terpilih. Restoran RasaMas yang terkenal dengan keenakan ayam panggangnya dalam pelbagai jenis perisa, dihidangkan dengan nasi ayam yang pasti menambat selera pelanggan. Pada masa yang sama, RasaMas turut menyajikan pilihan juadah dari citarasa tempatan sehinggalah Barat. Berkonsepkan suasana nyaman dan selesa, restoran ini merupakan tempat yang sesuai untuk sahabat handai serta keluarga berkumpul menikmati hidangan lazatnya.

Antara yang menarik di dalam menu baru ini adalah Western Delights” yang merupakan sosej bersaiz jumbo yang lazat dihidang bersama jem istimewa (Jumbo Sausages & Jam), Salad Ayam (Chicken Salad) dan burger RasaMas (Real Burger).  “Just For Junior” merupakan hidangan untuk si kecil seperti spagetti dengan sosej koktel (Spaghetti with Smoked Cocktail Sausages), dan juga sosej koktel yang dihidangkan bersama kuah brown sauce dan jem (Cocktail Sausages with Brown Sauce & Jam). Pilihan baru “Snacks” terdiri dari kepak ayam (Buffalo Wings), hidangan platter bersaiz jumbo (Jumbo Platter), jejari ayam lembut dihidang bersama sos mustard bercampur madu (Chicken Tenders with Honey Mustard Sauce) dan juga sosej koktel Thai (Thai Cocktail Sausages). Menu baru “Desserts” menampilkan kek coklat brownie yang dihidang bersama ais-krim (Brownie with Ice Cream). RasaMas juga menambah seri kepada senarai minumannya dengan “Ice Cream Floats”–  iaitu pilihan Pepsi Float, 7-Up Float, Revive Float, Mirinda Strawberry Float, Mountain Dew Float, Orange Float, Mango Float, dan yang paling menarik sekali, Iced Milo Float yang merupakan minuman milo berais yang dicampur ais-krim.

Di samping pengumuman menu baru ini, buat masyarakat Cina yang menyambut perayaan Fullmoon, perayaan bagi meraikan sebulan penuh kelahiran bayi mereka, RasaMas turut menyediakan pakej perayaan Fullmoon. Pakej perayaan ini terdiri daripada dua set menarik yang bakal memikat bukan sahaja selera anda, malah saudara-mara, rakan-rakan dan juga para tetamu.

Set A merupakan pilihan seekor ayam panggang manakala Set B pula separuh ayam dari pilihan golden pepper atau percik, yang dilengkapi dengan kuih tradisional Angku, telur merah, sos cili istimewa, jeruk halia dan kek muffin yang dibungkus dalam beg kertas yang menarik. Tawaran hebat “beli 10, percuma 1 set” bakal menguntungkan mereka yang memilih untuk mengadakan sambutan yang lebih besar. Untuk promosi ini, RasaMas menawarkan penghantaran percuma ke pintu rumah anda, pada jarak tidak melebihi 25km dari cawangan restoran RasaMas berdekatan bagi pembelian RM300 ke atas. Untuk maklumat lanjut tentang penghantaran, diskaun, dan promosi hebat ini, sila lawati laman web RasaMas di www.rasamas.com atau laman Facebook di facebook.com/RasaMas, dan juga twitter.

Check Also

SAKSIKAN INFINIX GT 20 PRO BERAKSI SEBAGAI TELEFON RASMI GAMING UNTUK MAL MY MUSIM 2

Infinix, jenama teknologi yang popular dalam kalangan pengguna muda, menjemput rakyat Malaysia untuk menyaksikan Infinix …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *