Rumah Terbuka JoHaRa Disambut Meriah

Seperti tahun-tahun lalu, JoHaRa Pagi ERA tidak pernah jemu untuk menceriakan pagi anda! Isnin lepas, mereka telah menganjurkan siaran luar Rumah Terbuka JoHaRa sama seperti tahun –tahun lalu.

Dr.Fazley bersama JoHaRa

Pada hari tersebut, JoHaRa telah meraikan 40 tetamu istimewa dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama-sama mereka. Rumah Terbuka JoHaRa yang dianjurkan secara sederhana ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim bersama para artis, tetamu istimewa dan juga pihak media dalam meraikan Aidilfitri.

Wanie Kayrie dan Syamel AF

Bertempat di Suka Sucre Cafe, acara turut dimeriahkan lagi dengan barisan artis tempatan yang semestinya akan menceriakan suasana , antaranya Siti Nurdiana, Forteen, Syamel AF, Sufi AF , Wani Kyrie, Achey, dan ramai lagi!

Anak-anak yatim yang diraikan sempena Rumah Terbuka JoHaRa

Menurut Pengurusan Kanan Kandungan ERA fm, Nazri Noran,

“Setiap tahun stesen kami cuba mencari kelainan dengan mengadakan aktiviti yang rapat di jiwa pendengar. Syawal tahun ini, kami memilih untuk menganjurkan Rumah Terbuka JoHaRa bersama anak-anak istimewa yang seharusnya kita raikan. Harapan kami, agar acara sebegini dapat diteruskan supaya ikatan silaturahim keluarga ERA fm bersama para artis, masyarakat setempat menjadi lebih rapat. “

Pengemudi JoHaRa, Johan, Haniff dan Ray pastinya membuatkan tetamu yang hadir tidak kering gusi menyaksikan telatah mereka yang lucu!

Check Also

ANUGERAH BOH CAMERONIAN KE-20 MERAIKAN LEGASI SENI PERSEMBAHAN TANAH AIR

Petaling Jaya, Mei 2025 – Menyambut dua dekad kecemerlangan kreatif, Anugerah BOH Cameronian Arts Awards …

KONSERT DR ALBAN ‘LIVE IN MALAYSIA’ KEMBALI DENGAN PERSEMBAHAN DI ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 4 Mei 2025 – Mojo Projects dan Tuff Loud dengan bangganya mengumumkan konsert …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *