Thursday , February 9 2023

Rumah Terbuka JoHaRa Disambut Meriah

Seperti tahun-tahun lalu, JoHaRa Pagi ERA tidak pernah jemu untuk menceriakan pagi anda! Isnin lepas, mereka telah menganjurkan siaran luar Rumah Terbuka JoHaRa sama seperti tahun –tahun lalu.

Dr.Fazley bersama JoHaRa

Pada hari tersebut, JoHaRa telah meraikan 40 tetamu istimewa dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama-sama mereka. Rumah Terbuka JoHaRa yang dianjurkan secara sederhana ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim bersama para artis, tetamu istimewa dan juga pihak media dalam meraikan Aidilfitri.

Wanie Kayrie dan Syamel AF

Bertempat di Suka Sucre Cafe, acara turut dimeriahkan lagi dengan barisan artis tempatan yang semestinya akan menceriakan suasana , antaranya Siti Nurdiana, Forteen, Syamel AF, Sufi AF , Wani Kyrie, Achey, dan ramai lagi!

Anak-anak yatim yang diraikan sempena Rumah Terbuka JoHaRa

Menurut Pengurusan Kanan Kandungan ERA fm, Nazri Noran,

“Setiap tahun stesen kami cuba mencari kelainan dengan mengadakan aktiviti yang rapat di jiwa pendengar. Syawal tahun ini, kami memilih untuk menganjurkan Rumah Terbuka JoHaRa bersama anak-anak istimewa yang seharusnya kita raikan. Harapan kami, agar acara sebegini dapat diteruskan supaya ikatan silaturahim keluarga ERA fm bersama para artis, masyarakat setempat menjadi lebih rapat. “

Pengemudi JoHaRa, Johan, Haniff dan Ray pastinya membuatkan tetamu yang hadir tidak kering gusi menyaksikan telatah mereka yang lucu!

Check Also

“Kehilangan”: Sudah Tiba Masanya Kesedaran Kesihatan Mental Menerusi Muzik Diketengahkan

Jerry Zakaria atau nama sebenar Mohd Zamhari bin Zakaria hari ini, melancarkan single terbaharunya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *