Sabun Mandian Dove® Baru dengan NutriumMoisture™ Lebih Berkhasiat Berbanding Susu

Ia terbukti! Mandian Badan baru Dove dengan NutriumMoisture™ lebih berkhasiat berbanding susu. Satu penemuan terkini dalam kategori sabun mandian badan, hanya Mandian Badan Dove mengandungi formula yang telah dipatenkan dengan teknologi NutriumMoisture™ – ia mengandungi rumusan yang kaya dengan pelembap dan nutrisi semulajadi untuk menambah nutrient kembali kepada kulit.

Mandian badan biasa yang tidak mengandungi ramuan berkhasiat akan menyebabkan keadaan kulit kering dengan menanggalkan kelembapan semula jadi kulit. Sesetengah mandian badan biasa boleh merosakkan kandungan protein dan lipid di lapisan luar kulit semasa pembersihan. Mengurangkan kerosakan kulit ini semasa membersih badan adalah amat penting dalam mengekalkan kecantikan kulit.

Kini, Dove telah menemui langkah dalam memberikan kepada khasiat kulit secara efektif semasa mandi. Ini akan mengurangkan kerosakan kulit dan seterusnya menjaga kecantikan kulit dalam jangka masa panjang.

Dalam satu ujian perbandingan dengan susu, didapati kulit yang dibersihkan dengan NutriumMoisture™ Dove baru menunjukkan aras kelembapan, penyerapan dan kelembutan yang lebih tinggi berbanding kulit yang dibersihkan dengan susu.

NutriumMoisture™:  Satu Penemuan Teknologi Baru dalam Kategori Mandian Badan

NutriumMoisture™ menggabungkan manfaat pembersihan teknologi DEFI (Directly Esterified Fatty Isethionate) yang ditemui dalam Sabun Kecantikan Dove yang ikonik dengan kompleks melembap baru dan unik yang menjaga kecantikan kulit dalam jangka masa panjang.

Berbeza dengan mandian badan biasa yang lain, teknologi mandian badan ini mengambil pendekatan berganda untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dengan mengekalkan kandungan protein dan lipid ketika mandi. Langkah itu penting dalam memperoleh kulit yang optimum. Kombinasi ramuan unik yang melembap dan berkhasiat juga diserap ke dalam kulit untuk menambah kembali kandungan lipid yang hilang semasa mandi.

Masalah kulit kering yang disebabkan pembersihan dapat dilihat melalui keadaan kulit yang kering, gatal, mengelupas dan terasa ketat. Sesetengah mandian badan di pasaran mungkin mengatasi kerosakan ini dengan menambah ramuan melembap terhadap produk mereka. Namun, ramuan-ramuan tersebut larut dalam air dan akan hilang apabila dibilas. Ia tidak menangani masalah kehilangan kandungan lipid semasa mandi.

Dengan pengenalan NutriumMoisture™, kehilangan kelembapan kulit ketika mandi kini tidak  menjadi satu kebimbangan.

Dove telah berada di barisan hadapan penyelidikan dan penemuan baru teknologi mandian sejak jenama itu diwujudkan pada tahun 1975. Pengenalan Sabun Kecantikan Dove di pasaran telah mengubah cara penjagaan kulit wanita dengan menyediakan alternatif pertama bagi sabun biasa dengan kurang memberikan kesan kekeringan terhadap kulit. Kini, Dove sekali lagi membawakan teknologi yang mengubah kategori pembersihan diri.

“Dove secara berterusan telah menerajui inovasi dalam industri penjagaan kulit dan pengenalan teknologi NutriumMoisture™ meneruskan tradisi tersebut,” kata Tanya Teng, Pengurus Jenama Pembersihan Kulit di Unilever (M) Sdn. Bhd.

“Kami gembira apabila usaha penyelidikan dan pengujian ekstensif yang dilaksanakan telah membenarkan kami menjadi jenama pertama untuk meminimumkan kerosakan lapisan lipid oleh cecair pembersihan bagi menyediakan manfaat kecantikan kulit dalam jangka masa panjang yang mengukuh dan melicinkan kulit,” tambahnya.

 

NutriumMoisture™: Mengekalkan Kecantikan Kulit Dalam Jangka Masa Panjang

Pelembap dalam cecair mandian badan biasa akan berada di bahagian atas kulit buat sementara waktu. Namun demikian, apabila digunakan setiap hari, NutriumMoisture™ baru akan menembusi permukaan lapisan epidermis kulit  untuk memberikan khasiat kepada kulit.

“Dengan menyerap ke dalam kulit, NutriumMoisture™ Dove membantu membina semula kecantikan kulit daripada dalam lapisan epidermis untuk menjadikan ia lebih cantik di bahagian luar. Teknologi baru ini memberikan penghidratan komponen dan proses lapisan kulit bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit dalam jangka masa panjang jika diggunakan setiap hari,” kata John Goh, Pengurus Aturan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Penjagaan Kediaman dan Diri serta Ketua Tapak  R&D Unilever (M) Sdn. Bhd.

“Teknologi ini mewakili perubahan penting dalam paradigma pembersihan diri. Produk-produk mandian selama ini cuba menyembunyikan kerosakan kulit akibat kekeringan dan bukan menanganinya secara efektif,” kata John Goh. Tambah beliau, dengan menyasarkan lokasi kerosakan kulit (dalam lapisan permukaan), teknologi NutriumMoisture™ membantu membina asas bagi stratum korneum yang lebih kuat dan kulit yang licin.

NutriumMoisture™:  Terbukti Secara Klinikal Memberikan Hasil

Koleksi mandian badan Dove dengan NutriumMoisture™ terbukti secara klinikal untuk memberikan hasil. Keputusan daripada satu kajian klinikal yang dilakukan telah menunjukkan, bahawa apabila ia digunakan setiap hari :

  • Kulit badan yang lebih licin dan lembut
  • Pengurangan kekeringan kulit secara signifikan
  • Mengekalkan kecantikan kulit
  • Ton kulit yang lebih sekata

Teknologi NutriumMoisture™ Dove disediakan di kesemua varian mandian badan Dove – Beauty Nourishing, Gentle Exfoliating, Sensitive Skin, Fresh Touch, Energize dan Revive dalam botol 1 liter pada harga RM22.90. Ia juga boleh didapati dalam botol 200ml pada harga RM5.90 untuk varian Beauty Nourishing dan Gentle Exfoliating variant.  Mandian badan tersebut kini dijual di farmasi-farmasi, pasar raya besar dan pasar raya terkemuka di seluruh negara.

 

Check Also

Hazrul Nizam Putus Kemarau 21 Tahun Dengan Single ‘Rawan’

Penyanyi veteran Singapura, Hazrul Nizam, akhirnya memecah kesenyapan dengan pelancaran single terbaharu bertajuk ‘Rawan’ selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *