Safee Sali Duta Wangian Centre Action Eau De Toilette Dari Avon

Avon memperkenalkan wangian terbaru untuk lelaki, Centre Action Eau De Toilette. Ianya bak aura wangian seorang wira bola sepak. Wangian yang memberi keriangan saat menjaringkan mata minit terakhir. Ini memberi semangat membara untuk mengharungi rintangan sukar dan akhirnya meraikan saat kemenangan yang dibanggakan semua.

Bagi peminat fanatik bola sepak Malaysia, tiada siapa yang lebih layak dibanggakan selain penyerang terbaik negara, Safee Sali. Penyerang berharga pasukan Pelita Jaya FC Indonesia ini merupakan pilihan tepat Avon untuk menjadi wajah Centre Action.

Dengan personaliti ‘go-for-it’, Safee Sali merupakan calon terbaik yang mencerminkan pesona lelaki Centre Action. Bakat yang luar biasa, berserta ketangkasan dan fizikal yang ideal membuatkan beliau terkenal sebagai penyumbang gol ‘overhead’ dan jaringan jarak jauh yang cemerlang. Sumbangan beliau telah menyemarakkan kejayaan sulung di AFF Suzuki Cup 2010.Sering dilabel sebagai penyerang terbaik Malaysia masa kini, Safee Sali merupakan jutawan Malaysia pertama yang mencapai status jutawan melalui sukan bola sepak. Seperti Safee, wangian ini menyerlah sisi agresif yang mengujakan untuk jejaka

Bagaimana agaknya bau wangian seorang idola bola sepak ini? Wangian kelelakian yang tidak dapat dinafikan ini bermula dengan semburan segar rerempah dengan nota pertama Kehijauan Dedaun Basah dan bahang Lada Hitam yang menyemarakkan adrenalin untuk pertempuran sengit. Nota utamanya membawa anda ke tumpuan aksi dengan kesegaran Limau Gedang yang membangkitkan deria rasa, Lavender serta Dedaun Voilet yang menyerlahkan keberanianmu. Jaringkan kemenangan dengan sentuhan Lelumut, Vetiver Haiti dan kehangatan kulit yang menyemarakkan saat-saat mencemaskan, peluang kini terbuka dan GOL!!!

Haruman aktif menarik ini didatangkan dalam botol yang ringkas namun bergaya dengan sentuhan moden pada penutup berwarna hitam dan hijau. Botol kacanya menunjukkan cecair hijau harum yang membangkitkan perasaan teruja serta menyemarakkan gaya hidup yang aktif.

Kini, dapatkan cermin mata hitam eksklusif Centre Action dan tampil beraksi bak wira sanjungan ramai. Khas buat ‘pemenang’ diantara ramai jejaka, cermin mata hitam diberikan percuma dengan setiap pembelian Centre Action EDT 75ml. Inilah alasan terbaik anda untuk memastikan Centre Action mengubah penampilan anda.Sarungkan jersi kegemaran, kasut bola dan semburkan sedikit Centre Action. Sekarang, keluar dan orak langkah anda untuk beraksi, jadi tumpuan ramai dan ikutan semua. Dengan Centre Action, anda pasti mengecapi kemenangan mutlak.

Peminat fanatik bola sepak kini boleh melalui pengalaman baru yang mengujakan bermula 16 Oktober 2012. Pada harga RM69.00 (S&S RM79.35) setiap satu, anda kini boleh melangkah bak Safee Sali. Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon yang terdekat untuk dapatkanya. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Avon di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *