Sajian Dalam Kegelapan Bersama Simplot

Syarikat penanam, pembuat dan pembekal kentang terkemuka dunia, Simplot, telah menganjurkan majlis jamuan istimewa dalam keadaan bergelap untuk para wakil media bertempat di restoran Dining in the Dark KL di Changkat Bukit Bintang, menampilkan menu istimewa Simplot Popcorn Hashbrown.

Para wakil media telah dihidangkan dengan makan malam empat sajian yang lazat, bermula dengan aperitif untuk menghangatkan suasana. Makan malam dimulakan dengan tiga jenis pembuka selera yang terdiri daripada Simplot Popcorn Hashbrown. Para tetamu perlu menggunakan deria mereka dengan sepenuhnya selain peralatan makanan secara berhati-hati dalam kegelapan. Kakitangan restoran yang cacat penglihatan sentiasa bersedia untuk membantu memastikan pengalaman para tetamu menikmati hidangan dalam gelap berjalan dengan lancar.

Sajian utama menu mengandungi ‘popcorn hash brown’ dimasak dengan beberapa cara yang direka khas secara teliti. Oleh kerana ruang makan tidak mempunyai sebarang cahaya, para tetamu perlu bergantung pada deria rasa, bau dan sentuhan mereka untuk meneka makanan yang dimakan. Sajian berakhir dengan hidangan pencuci mulut yang enak.

Ong E-Laine, Pengurus Pemasaran Komersial Serantau Simplot Asia Tenggara berkata, “Kami gembira dapat menunjukkan pelbagai cara yang menarik bagi menyediakan Simplot Popcorn Hashbrown untuk keluarga dan sahabat anda melalui pengalaman gastronomi  yang unik ini.” Beliau seterusnya berkata, “Popcorn hash brown yang rangup dan bersaiz kecil ini bukan sahaja menjadi kudapan yang lazat, tetapi juga menjadi pilihan yang ideal untuk pelbagai cara masakan kerana tidak mengandungi sebarang  trans-fat, kolesterol, perasa tiruan atau bahan awet.”

“Kami di Dining in the Dark KL sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman sajian yang unik untuk para pelanggan. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Simplot dan mencuba pelbagai cara untuk memasak dan menghidangkan hash brown selain daripada menggoreng,” kata Nicole Pua, pengurus Dining in the Dark KL.

Sebagai syarikat pertama yang menawarkan kentang goreng beku secara komersial pada akhir tahun 1940an dan sebagai antara pembekal perkhidmatan makanan beku yang terbesar di dunia, Simplot Malaysia merupakan pemilik 5 jenama produk di negara ini iaitu Leggo’s, John West,  Edgell, I&J dan Simplot. Untuk maklumat lanjut tentang Simplot, sila layari http://www.simplot.com.my/.

Check Also

Konsert Rock Kapak 2 Kembali Menggegarkan Pentas

Setelah kejayaan pertama Konsert Rock Kapak yang telah berlangsung pada 7 Oktober 2023 anjuran Boss …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *