Saksikan PLANET KIARA Musim Ke-2

Sekali lagi Bleu Nagas Production dengan terbitan bersama  Pusat Sains Negara (PSN) menampilkan drama Planet Kiara musim kedua setelah mendapat sambutan agak menggalakkan sepanjang tayangan musim pertama yang lepas. Projek ini adalah bersempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi National 2012 dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia (MOSTI). Planet Kiara 2 akan memulakan tayangannya pada 12 Jun 2013 setiap selasa hingga khamis bermula jam 6.30 hingga 7.00 di saluran TV3. Sebelum memulakan tayangan musim kedua, Pusat Sains Negara dan Bleu Nagas akan menayangkan semula musim pertama Planet Kiara.

Menggunakan pendekatan teknologi sains dalam menyelesaikan masalah harian di dalam drama ini, pihak produksi telah menggunakan khidmat nasihat sepenuhnya dari panel khas  Pusat Sains Negara, UTM ICC dan proffesor yang terpilih sebagai rujukan bagi kesahihan kes-kes sains di dalam setiap episod bagi melancarkan perjalanan penggambaran drama ini.

Planet Kiara merupakan garapan pengarah kreatif Amy Mazurah dan pengarah filem Bada Hj Azme  yang tidak asing lagi dalam industri pengarahan tanah air kita. Juga menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Datuk RahimRazali, Datuk Jalaludin Hassan, Faradhiya, Sharifah Sakinah, Firdaus Ghufran, Heela Monica, Hanif Safuan, Nur Jannah dan ramai lagi.

Dalam drama ini, Robot PSN 1 telah digunakan untuk menggerakkan lagi perjalanan cerita ini. Robot humanoid yang pertama di Malaysia ini adalah berbentuk seperti manusia yang dibawa terbang khas secara eksklusif dari Perancis. Robot ini menggunakan teknologi nuance untuk pengenalan suara dan sistem pemprosesan chip atom dengan kelajuan 1.5Ghz

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang drama ini, jangan lupa menonton musim pertama Planet Kiara yang akan bersiaran 14 May 2013 sehingga 11 Jun 2013 setiap selasa hingga khamis jam 6.30 petang di TV3.

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *