Sambutan CHUSEOK seperti sambutan AIDILFITRI

Sambutan CHUSEOK seperti sambutan AIDILFITRI | Tahun ini merupkan sambutan Chuseok yang ketiga buat Oppa. Terus-terang, sambutan tahun lalu amat menyedihkan bagi Oppa kerana beberapa hari sebelum CHUSEOK, rakan duet Oppa iaitu EUNB LADIES CODE menjadi nahas kemalangan.

Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah sambutan CHUSEOK. Jika di Malaysia, sambutan ini seperti sambutan AIDILFITRI, TAHUN BARU CINA dan DEEPAVALI. Bagaimanapun, CHUSEOK lebih kepada sambutan hari Keluarga.

Di saat ini, semua warga Kota akan pulang ke kampung bercuti dan makan bersama keluarga. Kebanyakkan mereka akan mengambil cuti lebih kurang 3 hari atau pun seminggu untuk menyambutnya.

Meraikan sambutan Chuseok lebih awal bersama anak yatim dengan membuat Rice Cake.
Meraikan sambutan Chuseok lebih awal bersama anak yatim dengan membuat Rice Cake.

Jadi kepada anda semua, seandainya anda melancong ke Korea di saat perayaan CHUSEOK, boleh dikatakan hampir kesemua syarikat dan kedai tidak beroperasi.

Pada sambutan ini, mereka akan mengenakan pakaian tradisional Korea dan makan menu traditional Korea. Oppa terasa amat lucu apabila beberapa kenalan Oppa yang masih solo kurang selesa untuk pulang ke kampung kerana CHUSEOK. 

Ini kerana, setiap kali CHUSEOK mereka akan bersembang dan berbincang mengenai hal keluarga termasuklah perkahwinan. Jadi, Oppa teringat sambutan AIDILFITRI apabila ramai sanak-saudara bertanyakan soalan Bila Nak Kahwin kepada mereka yang masih lagi solo. Begitulah persamaan situasi yang berlaku antara CHUSEOK dan AIDILFITRI.

Jika anda ada pertanyaan yang ingin diberikan kepada oppa, emelkan soalan tersebut ke hi@selebritionline.com. Oppa akan cuba menjawabnya sebaik mungkin.

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *