Sambutan Ulangtahun ke 40 KFC

11 jenis rempah ratus dan herba yang disulam bersama semangat kekitaan. Itulah yang menjadi inspirasi dan kekuatan KFC Malaysia untuk terus maju sepanjang 40 tahun. Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah banyak memberi sokongan sehingga membawa KFC ke tahap ianya berada hari ini, KFC akan meraikan ulang tahunnya yang ke-40 dengan pelbagai tawaran dan hadiah menarik khusus untuk pelanggan setia.

Kebanyakan kita semua membesar dengan menggemari ayam KFC yang ‘finger licking good”, dan ianya tidak pernah luak akan kenikmatannya yang ‘so good’ sepanjang masa. Baik golongan tua atau muda, dari semua lapisan masyarakat, apabila mengingati KFC, pasti ianya akan membawa kegembiraan untuk semua.

KFC yang kebiasaannya dinikmati bersama orang tersayang, membantu menggamit kenangan indah, di samping dapat mengeratkan silaturrahim. Justeru, berkongsi hari ulangtahun yang bermakna ini dengan setiap rakyat Malaysia adalah salah satu cara bagi KFC untuk melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pelanggan yang sentiasa menyokong KFC sepanjang 40 tahun ini. Bagi meraikan ulang tahun KFC yang ke-40, satu sambutan istimewa akan diadakan pada 26Jun 2013 di Piazza, The Curve, Mutiara Damansara, dan dijangka dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Johor Corporation.

“KFC sentiasa mempunyai kedudukan istimewa di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Terlalu banyak kenangan indah dan saat-saat bahagia yang tercipta kerananya. Ia juga merupakan tempat di mana seluruh rakyat Malaysia berkumpul, tanpa mengira status mahupun kedudukan, yang secara tidak langsung mencerminkan keharmonian negara kita yang berbilang kaum”, kata Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, pengendali KFC Malaysia.

“Bagi majoriti rakyat Malaysia, KFC sinonim dengan majlis keraian dan keramaian. Aroma ayam goreng yang lazat sentiasa membawa kita kepada kenangan indah yang penuh senyuman dan tawa bersama rakan-rakan serta seisi keluarga”

“Sambutan harijadi hampir tidak lengkap tanpa kehadiran ayam goreng KFC. Sewaktu zaman kanak-kanak, kita selalu diberi ganjaran makan di KFC oleh ibu dan ayah sekiranya berjaya dalam sesuatu. Dari usia kecil, kita semua telah  menganggap hidangan KFC sebagai satu jamuan lazat yang dapat dinikmati seisi keluarga, atau sebuah tempat untuk meraikan sahabat dan kenalan yang rapat. Inilah dinamakan saat indah bersama yang paling berharga,” katanya lagi.

Sempena ulang tahun ke-40 KFC ini, beberapa promosi istimewa menanti pelanggan setia. Bertemakan “Kombo Ulang Tahun KFC” salah satu daripadanya adalah set hidangan RM4 yang mengandungi 1 ketul ayam, 1 Kentang Putar (saiz biasa) dan 1 minuman berkarbonat (saiz biasa) dan kesemuanya hanya untuk RM4 sahaja! Tawaran ini sah sehingga 10 Julai 2013.

Pada masa yang sama, rebutlah peluang untuk mengumpul empat jenis Termos Ulang Tahun KFC (jenama Thermos™) yang dihiasi logo KFC sepanjang 40 tahun dengan hanya bernilai RM24.90 setiap satu (nilai sebenar Termos adalah RM89.90). Pastikan anda kumpul keempat-empatnya jenis termos ini. Tawaran ini sah sementara stok masih ada.

Akhir sekali, diskaun 40% istimewa untuk rakyat Malaysia yang lahir dari bulan Jun dan Julai 1973! Pelanggan cuma perlu tunjukkan MyKad untuk mendapatkan diskaun ini. Tawaran ini sah  untuk pembelian (terhad kepada RM100.00 harga sebelum diskaun untuk setiap pembelian) sehingga 31 Julai 2013 sahaja.

Sejarah KFC Malaysia bermula apabila ia tiba di Malaysia pada Jun 1973. Restoran KFC yang pertama telah dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman, dan kini terdapat lebih 560 restoran KFC diseluruh Malaysia dengan bilangan yang semakin meningkat setiap tahun. KFC yang dikenali sebagai jenama barat, seolah-olah telah mencipta personaliti tempatannya tersendiri. KFC juga telah banyak membantu industri tempatan dan juga organisasi sukarelawan tempatan. KFC Malaysia terus menyediakan ayam goreng ‘so good’ dengan pelbagai lagi hidangan yang membangkitkan selera termasuk Cheezy Wedges yang disukai ramai, pelbagai jenis burger dan pelbagai produk lain lagi.

KFC menawarkan hanya yang terbaik untuk pelanggan kesayangan mereka melalui pelbagai produk dan promosi menarik yang disuaikan dengan citarasa terkini dan selera rakyat Malaysia. Seperti pepatah barat yang dikenali ramai, ‘hidup bermula di usia 40 tahun’, KFC semestinya menjanjikan yang lebih baik kepada semua.

Check Also

SAKSIKAN INFINIX GT 20 PRO BERAKSI SEBAGAI TELEFON RASMI GAMING UNTUK MAL MY MUSIM 2

Infinix, jenama teknologi yang popular dalam kalangan pengguna muda, menjemput rakyat Malaysia untuk menyaksikan Infinix …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *