Sarimah Bakal Kahwini Jejaka Perancis?

Pelakon juga pengacara Sarimah Ibrahim khabarnya kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya bersama jejaka pilihan. Majlis akan berlangsung dalam masa terdekat ini dan dengarnya bakal suami Sarimah warganegara Perancis.

Selama ini pengacara mulut bertih jagung itu memang tidak pernah menyorok perihal dia bercinta dengan jejaka Perancis yang kacak lagi bergaya itu.

Malah banyak mata pernah melihat figura biasa di sapa Kak Mah ni pernah membawa jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Guillamae ketika menghadiri Anugerah Industri Muzik pada tahun lalu.

Adakah Kak Mah bakal berkahwin dengan jejaka Perancis yang sama? Ataupun mungkin berita yang di dengar hanyalah khabar angin?

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *