“Saya single dan available” – Remy Ishak

Minggu lalu, peminat dikejutkan dengan pengakuan pasangan pelakon sejoli, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah mengesahkan mereka kini bukan lagi pasangan kekasih. Meskipun beberapa hari ni kisah mereka masih lagi jadi bualan hangat ramai.

Bahkan ada yang berpendapat perpisahan mereka sikit sebanyak mengiyakan dakwaan dia sebelum ini pernah dilabel sebagai seorang yang panas baran dan kaki pukul perempuan.

Bertemu Remy Ishak di mala gala tayangan filem Hantu Kapcai bertempat di Cineleisure Damansara, malam tadi, pelakon kacak itu diasak dengan pertanyaan mengenai perkembangan dirinya kini selepas berterus terang mengenai status hubungan cintanya bersama aktres tersebut.

Remy berkata dia dan Tiz masih baik malah mereka berkerjasama dalam drama bersiri, Cinta Jangan Pergi, arahan Khabir Bhatia. Pun begitu, Remy masih enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka. Sebaliknya menyifatkan punca ikatan cinta mereka yang tidak berkekalan adalah terlalu peribadi untuk dikongsi pada umum.

“Dah tak ada apa nak komen dah. Memang hubungan kami sampai di situ saja. Tapi kami masih bekerjasama dalam Cinta Jangan Pergi. Apa yang dah habis tu habis lah. Hubungan kami pun dah habis sejak tiga bulan lalu. Tapi terlalu peribadi untuk saya beritahu sebab kami berpisah”, katanya dengan tenang dan turut memberitahu keputusan untuk berpisah itu adalah persetujuan bersama.

Ditanya juga kenapa ketika selama menjalin hubungan dulu, mereka banyak kali bermain tarik tarik setiap kali ditanya pihak media. Tetapi apabila sudah berpisah, mudah pula menguarkannya,

“Berahsia? Memang dari awal hubungan, kami jelaskan yang kami ketika itu dalam proses mengenali lebih dalam sesama kami. Dan saya beritahu, saya akan jelaskan lebih lanjut bila tiba masa yang sesuai nanti. Tapi sekarang, apa nak buat kan…”, katanya.

Sementara menjawab kepada persoalan apa yang membuatkan dia lebih dulu mahu membuka mulut memberitahu umum mengenai status mereka, sedangkan ekoran dakwaan yang timbul sebelum ini dia hanya mengambil pendekatan berdiam diri. Remy berkata selama mana mereka berdua mampu menyembunyikan perkara tersebut kerana lambat laun, pasti akan diketahui umum. Tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk, jadi dia merasakan ada baiknya dia berterus terang agar tidak menimbulkan lagi banyak spekulasi mahupun cerita negatif sekaligus tidak mahu mengelirukan peminat-peminat mereka.

“Saya rasa keadaan akan jadi lebih buruk bila ia terus dirahsiakan. Jadi tujuan saya berterus terang ni kerana mahu menjernihkan keadaan. Apa pula akan jadi nanti kalau pada masa akan datang, saya ada orang lain begitu juga dengan dia. Lagi lah banyak spekulasi yang timbul”.

Remy juga mengakui dia seorang yang suka meluahkan perasaan di Twitter. Bagaimanapun pelakon Hantu Kaphai ni menegaskan tidak semua yang diluahkan itu ditujukan pada Tiz. Walaupun sebelum ini beberapa kali juga dia pernah menulis di luahan hatinya, yang mana mesej-mesejnya itu memberi tanggapan ramai seolah-olah menggambarkan hubungannya dan Tiz sedang mempunyai masalah. Sebaliknya kata Remy, kebanyakkan yang ditulis adalah berkaitan perkara umum.

“Saya akui pernah buat silap dari segi ayat-ayat yang saya twit tu mungkin terlalu emosi. Tapi tak semestinya apa yang saya twit itu saya tujukan pada dia (Tiz) seorang saja. Ada juga kerana luahan tentang masalah kerja. Ada ketika apa yang saya twit, saya maksudkan secara general.

“Sama juga dengan dia, saya percaya apa yang di tulis di Twitter juga tidak semestinya ada kena mengena dengan saya. Lagi pun hubungan kami dah lama habis”, katanya.

Tatkala diusik dengan pertanyaan, adakah ini bermakna dia kini sah single and available, sambil tergelak Remy berkata, “Saya single tapi releks-releks dulu sebab sekarang nak fokus pada kerja dulu”.

*credit mD

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *