SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR

Setelah mencetak sejarah dengan kejayaan siri Konsert Fantasia Bulan Salju yang pertama kali dianjurkan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ogos 2023 dan Fantasia Bulan Salju Live In Singapore pada Januari lalu, kugiran rock legenda Search belum mahu berhenti mengekalkan keutuhan dan keunggulan mereka.

Kepercayaan terus diberikan oleh pihak penganjur terhadap Search yang disifatkan masih relevan serta ‘mahal’ apabila kugiran yang dianggotai Datuk Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir Daud ini bakal melaksanakan sebuah lagi konsert berskala besar pada tahun ini.

Tidak tampil dengan persembahan klise, Search akan menemui peminat lewat sebuah konsert berkonsepkan orkestra.Diberi nama Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, konsert tersebut dijadual berlangsung pada 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.Selaku penganjur, Persatuan Rekreasi Global Malaysia menyifatkan kolaborasi perdana dengan kugiran yang terkenal di Nusantara menerusi Search Symphony Live In Kuala Lumpur sebagai satu lagi kejayaan yang bakal dilakar oleh pihak mereka.

“Adalah satu pencapaian dan kejayaan besar buat Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM) sebaik Search bersetuju untuk mengadakan konsert di bawah anjuran kami.

“Memang bukan satu negosiasi yang mudah tapi sebagai pemain profesional dalam bidang muzik yang sudah mempunyai pengalaman cukup luas dalam berkarya, Search bersetuju dengan konsep yang diusulkan bukan hanya kerana berkonsep orkestra tapi sebagai sokongan kugiran tersebut dalam perjuangan muzik tempatan.

“Kami mengucapkan terima kasih yang sebesarnya buat Search dan semoga Search Symphonic Live In Kuala Lumpur yang dijadual 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur kelak berjalan lancar,” ujar Pengarah Program Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM), Encik Mohd Roslan Mohd RaUi.

Bagi Search sendiri, mengadakan konsert dalam skala besar pada usia empat dekad adalah sebagai tanda aras bahawa karya yang berkualiti akan sentiasa didambakan dan abadi di hati peminat.Justeru Search berpendapat mereka tidak mempunyai sebab untuk menolak lamaran Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM) untuk menjayakan Search Symphonic Live In Kuala Lumpur pada 21 September 2024 ini.

“Undangan demi undangan atau tawaran yang datang buat Search mengadakan konsert berskala besar bukan untuk menjadikan kami megah”.

Sebaliknya ia lebih kepada Search melihat bahawa muzik atau karya yang telah dihasilkan pada tahun 80-an dahulu masih relevan serta sangat dinantikan untuk dipersembahkan secara langsung kepada peminat.

Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bakal menjadi satu lagi persembahan yang dipastikan tidak akan dilupakan peminat.

“Biarpun Search akan tetap mendendangkan Pawana, Isabella, Fantasia Bulan Madu untuk ribuan kali, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa karya-karya inilah yang mahu terus didengarkan untuk membangkit nostalgia buat peminat senior dan ‘salam perkenalan’ buat pendengar zaman kini terhadap keunggulan era rock dahulu,” ujar vokalis, Amy.

Kugiran tersebut juga mahu memastikan Search Symphony Live In Kuala Lumpur bakal menjadi satu lagi momen terbaik yang pernah dirasai oleh peminat.

“Walaupun rendisi lagu yang sama tapi ia akan diulang kemas semula dengan pemain- pemain orkestra yang bergabung bersama Search nanti sekaligus menjadikan Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, sebagai konsert terbaik daripada kami.

“Nantikan bagaimana harmoninya jalinan muzik Search dan balutan orkestra pada Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, 21 September 2024 ini,” ujar Amy lagi.

Tiket-tiket Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bermula dengan harga RM168 (PS3), RM268 (PS2), RM368 (PS1) dan RM468 (VIP) boleh dibeli bermula 17 Mei 2024, 2.30 petang menerusi www.myticket.asia atau boleh hubungi talian ticket hotline ditalian 03 8605 0195.

Setiap jualan tiket bagi konsert ini iaitu RM 10.00 akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu artis-artis veteran yang memerlukan.

INFORMASI ACARA

ACARA : SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR
TARIKH : 21 SEPTEMBER 2024
LOKASI : MEGA STAR ARENA, KUALA LUMPUR
PENGANJUR : PERSATUAN REKREASI GLOBAL MALAYSIA (PRGM)

HARGA TIKET : VIP RM468, PS1 – RM368, PS2 – RM268, PS3 – RM168 WEBSITE: WWW.MYTICKET.ASIA
TICKET HOTLINE : 03 86050195

Check Also

MEISKA ADINDA MENSAJIKAN LAGU ‘DURSILA’ UNTUK OST DRAMA MALANG SI PUTERIMEISKA ADINDA

Meiska Adinda, penyanyi muda dan penulis lagu berasa dari Bali, Indonesia, telah berjaya memperolehi pengiktirafan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *