Sekitar Sidang Media Anugerah Blockbuster 2

Anugerah Blockbuster 2 bakal diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 15 Jun ini dengan menampilkan barisan artis seperti Adam, Stacy, Azlan And The Typewriter, Hazama, Kristal, Dayang Nurfaizah, Jacltn Victor, Aizat, DJ Fuzz, Roman bakal membuat persembahan.Ia bertemakan Bertemakan Gaya Vintage Kontemporari tau Hipster.Ia bakal disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) bermula dengan Karpet Merah pada jam 8.30 dan acara kemuncaknya pada jam 9.00 malam.

 Selain itu, pihak penganjur juga menjangkakan debaran pada malam itu pasti lebih hangat kerana penyanyi yang diterbangkan khas dari Indonesia, Shae juga turut membuat persembahan, berduet dengan Bobo. A’ah!, rasanya anda sudah bolehlah bayang-bayangkan bertapa ‘hangatnya’ persembahan Shae dan Bobo pada malam itu nanti.
Malah buat pertama kalinya, artis yang membuat persembahan bakal berpeluang meraih trofi menerusi kategori Anugerah Gempak WeChat sekaligus memenangi wang tunai RM10, 000. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian penonton. Para peminat boleh mengundi menerusi aplikasi telefon WeChat di bawah tajuk ‘Astro WeChat vote’ di mana undian sudah pun bermula Rabu lepas.
Sementara itu dua pengacara hebat iaitu Datuk AC Mizal dan Scha Al Yahya diberi tanggungjawab mengendalikan acara berkenaan. Manakala pelakon Tasha Shila, Hanis Zalikha, Hafizul dan Hefny pula mengacara bagi acara karpet merah.
Bagi penyampai-penyampai pula terdiri daripada artis-artis popular tempatan, seperti Hanif (ERA), Ray (ERA), Rozita Che Wan, Wawa Zainal, Emma Maembong, Fazura, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Sebanyak 16 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.
Bagi yang ingin mengundi, proses pengundian boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Anugerah Blockbuster iaitu di www.anugerahblockbuster.com.my dan menerusi keratan akhbar.
Berikut adalah 15 kategori yang dipertandingkan:
1. Anugerah Filem Terhebat
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat
6. Anugerah Filem Takut Terhebat
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat
8. Anugerah Hero Terhebat
9. Anugerah Heroin Terhebat
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat
11.Anugerah Lagu Filem Terhebat
12.Anugerah Hero Baru terhebat
13.Anugerah Heroin Baru terhebat
14. Anugerah PFM
15. Anugerah Astro First Terhebat
16. Anugerah Gempak WeChat

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *