Sesi Perkongsian Dr Mustafa Mohammed Taher Pakar Bedah Bariatrik Bersama Beberapa Selebriti Malaysia

Dr Mustafa Mohammed Taher merupakan pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia pasifik telah mengadakan sesi perkongsian bersama rakan-rakan artis pada acara jamuan tengahari bersama media bertempat di Restoran Hadramawt Kitchen ,Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dr Mustafa Mohammed Taher telah diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global sebanyak 4 kali. Pada kali pertama beliau diiktiraf di dalam majlis yang berlangsung di Kemboja, kemudiannya sekali lagi diberi anugerah pada majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur seterusnya di Bangkok, Thailand dan baru-baru ini di Bali, Indonesia.

Dr Mustafa yang merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3-4 tahun yang lalu. Ramai pesakit yang mendapatkan rawatan daripada beliau merupakan penghidap pelbagai penyakit seperti mereka yang mengalami masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan sehingga menimbulkan kesukaran buat mereka disamping pelbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.
Pembedahan Bariatrik bukan sahaja berjaya membantu para pesakit untuk mengurangkan berat badan tetapi membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk,kemandulan,asma,serangan panik,kemurungan,sakit lutut,sakit belakang,dan anti sosial.

Pesakit Bariatrik Dr Mustafa juga telah mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri yang diketuai oleh Chef Bob@Alfie Sabri. Chef Bob sebelum ini telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk.Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 130 kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula.
Pada sesi kali ini, Dr Mustafa telah menjemput beberapa selebriti terkenal antaranya Ziana Zain, Zarina Zainudin, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ziela Jalil dan ramai lagi bagi berkongsi pengalaman pembedahan, rawatan pemulihan dan manfaat kepada masyarakat keseluruhannya tentang betapa seriousnya obesiti di negara ini.

Pembedahan Bariatrik telah membantu menyelamatkan ramai pesakit dan ramai pesakit dalam dan di luar negara yang datang berjumpa Dr Mustafa untuk mendapatkan nasihat beliau demi kesihatan yang lebih baik.Bagi Dr Mustafa misi beliau ialah untuk melihat lebih ramai orang menjalani kehidupan yang sihat dan beliau ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa obesiti merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat namun ia tetap boleh dirawat.
Orang ramai boleh mengikuti Dr Mustafa melalui Instgram beliau @dr.mustafamt atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Rafeah di talian +60162330678

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *