Set Siri Amber Chia Untuk Mengagumi Penggemar Kecantikan

DSC_0439

Pensonic melancarkan revolusi produk kecantikan rambut yang berfungsi pada rambut anda untuk menjadikan ia lebih sihat, lebih kuat dan lebih cantik setiap hari.

Menyedari peluang pertumbuhan rawatan rambut dan kategori kecantikan rambut, pengeluar Jenama utama perkakas elektrik di negara ini memutuskan untuk melancarkan rangkaian terbaru produk kecantikan rambut untuk memenuhi permintaan pasaran. Siri baru produk kecantikanrambut bernama “Amber Chia Mesmerized by Pensonic ” termasuk pengeriting rambut dan pengering rambut, yang mempunyai pelbagai pilihan sesuai bagi setiap jenis rambut.

DSC_0293

Dalam ucapan pada Majlis Penghargaan sempena pelancaran Produk Siri Amber Chia Mesmerized by Pensonic, Pengarah Eksekutif Pemasaran Pensonic, Encik Nelson Chew berkata, “Kini rakyat sedari bahawa penjagaan rambut dan pengurusan rambut yang baik adalah sama penting dalam usaha untuk membina imej seseorang. Gaya rambut yang cantik pasti boleh menunjukkan personaliti yang unik bagi setiap individu. Oleh itu Pensonic telah tampil dengan siri produk kecantikan rambut yang menyediakan pelbagai pilihan untuk keperluan pelanggan yang berbeza. Misalnya mereka yang memerlukan pengering rambut yang berkuasa tinggi untuk pengunaan salon, pengering rambut yang kecil dan padat untuk melancong atau pengering rambut dengan fungsi ionik untuk menyuburkan rambut. “

Tambahan beliau, “Tujuan kami memilih Amber Chia sebagai duta rangkaian baru produk kecantikan rambut kami adalah semata-mata kerana Amber Chia adalah seorang ikon dalam dunia fesyen, dan beliau juga adalah seorang model yang terkemuka dalam bidang permodelan di peringkat global. Beliau adalah unggul dalam kecantikan dan fesyen. Personaliti yang terkenal itu adalah sejajar dengan rangkaian produk-produk kecantikan rambut kami, di mana menyerlahkan identiti yang berbeza dan sifat bagi setiap individu. Dengan pengalaman beliau yang luas dan penglibatan dalam  bidang fesyen, kecantikan dan penjagaan rambut, kami percaya bahawa beliau adalah calon yang sesuai untuk menjadi duta produk kami. Selain itu, hubungan rapat Amber dan Pensonic menjadikan kerjasama ini mudah dan berkesan.”

Group_PHD & PHS

Pereka fesyen terkenal En Kev Yiu dari Hong Kong juga menampilkan diri di majlis pelancaran. En Kev Yiu adalah seorang pereka fesyen yang muda dan dia mempunyai sarjana yang tertinggi dalam Fesyen dan Perpakaian. Dia melancarkan jenama persendiriannya iaitu ”Sovereign Romance” pada 2006 di England. Rekaan beliau telah dipakai oleh selebriti terkenal seperti Sammi Cheng, Twins, Myolie Wu, Ivana Wong, Fiona Sit, Kary Ng dan lain-lain. Dia juga dipilih sebagai salah satu “Rise & Shine” pereka fesyen oleh majalah “Jessica Code” di Hong Kong.

Majlis penghargaan media ini adalah untuk mengiktiraf sokongan daripada pihak media sepanjang tahun ini. Pada hari itu, semua yang hadir dihiburkan dengan persembahan yang menarik seperti pertunjukan fesyen, persembahan nyanyian oleh artis tempatan yang terkenal dan juga cabutan bertuah. Satu pengering rambut khas dengan elemen Swarovski bernilai RM2, 500 akan dihadiahkan kepada hadirin dengan gaya rambut yang paling cemerlang.

amber_+¦¦+

Semua pakaian peragaan cantik adalah ditaja oleh Kev Yiu, manakala solekan artis dan pendandan adalah dari Amber Chia Academy. Satu ucapan terima kasih khas untuk Canon iaitu penaja bagi pencetak yang mana para tetamu boleh terus mencetak gambar-gambar dirakam semasa majlis pelancaran tersebut.

Semua produk-produk Kecantikan rambut yang terbaru kini boleh didapati di kedai-kedai perkakas utama elektrik dan pengedar sah Pensonic. Untuk mendapatkan maklumat produk penjagaan rambut terbaru Pensonic ini, Amber Chia Mesmerize by Pensonic, sila layari www.pensonic.com

 

Check Also

Kejayaan Berryfull Honey Lemon Inayah Beauty: Perisa Baharu yang Meraih RM2.5 Juta

Inayah Beauty, syarikat tempatan yang terkenal dengan produk makanan tambahan Berryfull, Gattox dan Break Oat, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *