Shout! Awards Pada 24 November 2012 Di Surf Beach,Sunway Lagoon

Acara anugerah hiburan paling hip di Malaysia kini kembali menggegarkan anda! Memasuki tahun ketiga,Shout! Awards memberikan pengiktirafan dan menghargai bakat dan kreativiti yang telah menggegarkan industri hiburan tanah air.Bertemakan ‘Edge of Awesomeness’, menarik, anugerah cetusan saluran 8TV ni melebarkan sayap ke medium online dengan melancarkan akaun Twitter rasmi @TheShoutAwards dan hash tag rasmi #shoutawards.

Selain tidak hanya mengekalkan sebanyak 18 kategori malah telah diperkenalkan dua anugerah baru menerusi media sosial iaitu Wired Celebrity Award dan Shout! Aloud Award.Wired Celebrity Award merupakan pengiktirafan yang akan diberikan kepada artis juga selebriti tempatan yang aktif dan paling memberi impak dan inspirasi kepada peminat menerusi laman sosial Twitter.

Manakala Shout Aloud Award bakal menghargai individu yang telah menghasilkan V-long paling kreatif bukan saja bertemakan hiburan tetapi isu semasa, talkshow dan sebagainya.Seperti tahun-tahun sebelumnya selain persembahan dari barisan artis hebat tempatan, Shout! Awards turut dimeriahkan dengan persembahan artis luarnegara sepertimana Sean Kingston (2009) dan Iyaz (2010).

Ditanya siapakah artis antarabangsa yang bakal ditampilkan kali ini, Airin menjawab,”Kami menerima banyak permintaan yang mahukan artis antaranya Adele, Taylor Swift, David Gueta, Coldplay, One Direction serta tidak kurang artis Kpop yang kini menjadi trend dan kegilaan ramai. Tapi buat masa sekarang kami belum boleh putuskan siapa lagi kerana segalanya masih dalam perbincangan,” “Tapi rasanya untuk menampilkan artis yang pernah memenangi Grammy mungkin agak sukar kerana banyak faktor yang perlu diambil kira. Bagaimanapun kita akan tampilkan nama besar dan akan diumunkan pada sidang media akan datang.”

Selain itu, seperkara lagi yang menarik ialah lokasi bakal berlangsungnya acara yang dinanti-nanti ini akan diadakan di taman tema Surf Beach, Sunway Lagoon pada Sabtu 24 November 2012 jam 8.30 malam eksklusif menerusi saluran hip 8TV.

“Memandang stadium Putra Bukit Jalil sedang dalam proses baik-pulih, kita memilih Surf Beach sebagai lokasi acara. Ini kerana ia sebuah lokasi yang cantik dan tentunya akan memberikan panorama menarik untuk ditonton di dalam TV. ujar Sunil Kumar Raghupathy selaku produser eksekutif Shout Awards 2012.

“Dengan lokasi kali ini, sangat sesuai dengn konsep dan tema acara kali ini iaitu ‘Edge of Awesomeness’. Tentunya suasananya lebih santai dan pasti meriah kerana kali ini kita akan cipta sebuah acara ala ‘konsert parti’,” tambah Airin pula.

Borang penyertaan boleh dihantar dari 17 Julai hingga 7 September 2012, jam 4 petang. Panel juri akan memilih dan menyenarai pendek peserta Top 5 dalam setiap kategori anugerah. Apabila calon-calon Top 5 diumumkan kelak, penonton diberi penghargaan untuk memilih calon kegemaran mereka.

Shout! Awards 2012 mempertandingkan 18 anugerah mengikut empat kategori utama:

Music: – Rockstar Award, Popstar Award, Power Vocal Award, Flava Award, Break Out Award (Best New Act) dan Music Video Award

TV & Film: – Best On Screen Chemistry Award, Fresh TV Series Award, Breakthrough Local Feature Award, Favourite TV Program Award dan Favourite TV Personality Award

Radio: – Coolest Radio Announcer Award dan Favourite Radio Show Award

Works: – Hot Chick Award dan Hot Guy Award

Social Media: – Wired Celebrity Award dan Shout! Aloud AwardThe Ultimate Shout! Award

Check Also

Jackie Chan Terus Beraksi Di Usia 70 Tahun Dalam Filem Terbarunya “Panda Plan”

Bintang aksi terkenal Hong Kong, Jackie Chan, membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus beraksi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *