Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015

IMG_5956

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia  akan menganjurkan program Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015 di Dewan Tunku Abdul Rahman (TAR), MaTiC pada 6 dan 7 Mac 2015. Program ini adalah salah satu acara mega yang telah dirancang di MaTiC bersempena Malaysia Year of Festival 2015 (MyFest 2015).

Selaras dengan peranan MaTiC sebagai pusat sehenti utama kepada para pelancong, MaTiC memacu visi negara untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di mata dunia. MaTiC juga berperanan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu para pelancong merancang lawatan mereka di Malaysia. MaTiC turut memberi peluang kepada para pelancong untuk menikmati aspek budaya Malaysia melalui pementasan kebudayaan dan demonstrasi seni tarian yang diadakan hampir setiap hari. Untuk makluman, dewan-dewan MaTiC juga sering menjadi venue pilihan oleh pihak Kerajaan, swasta mahupun pihak kedutaan di Kuala Lumpur bagi penganjuran acara-acara berbentuk kebudayaan musikal dan pendidikan. Oleh demikian, acara ‘Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015’ diharap dapat menjadi sebuah program karya seni yang boleh membantu mempertingkatkan lagi imej MaTiC sebagai sebuah pusat persembahan berprestij di ibu negara.IMG_5982

‘Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015’ akan diadakan pada 6 dan 7 Mac 2015 ini, iaitu bermula pada 6 Mac 2015 dengan persembahan terhad kepada rakan media serta rakan strategik Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Pada 7 Mac 2015, persembahan tersebut akan dibuka kepada orang ramai melalui jualan tiket sebanyak 388 tempat duduk. Persembahan akan dimulakan pada 9.00 malam dan akan berlangsung selama satu jam.

Mereka yang berminat untuk menghadiri ‘Showcase An Evening with Anuar Zain @ MaTiC 2015’ boleh membeli tiket persembahan ini terus di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur atau menghubungi Encik Hame Azhar di talian 03-9235 4814 atau Puan Nazita di talian 03-9235 4830. Tiket-tiket akan dijual pada harga RM750, RM600, RM450, RM300 dan RM250. Tiket-tiket VIP juga boleh didapati dengan menghubungi Puan Rusliza di talian 03-9235 4802.

Maklumat lanjut sila hubungi Cik Farizatol Huda di talian 03-9235 4827 atau laman sesawang www.matic.gov.my

Check Also

MEISKA ADINDA MENSAJIKAN LAGU ‘DURSILA’ UNTUK OST DRAMA MALANG SI PUTERIMEISKA ADINDA

Meiska Adinda, penyanyi muda dan penulis lagu berasa dari Bali, Indonesia, telah berjaya memperolehi pengiktirafan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *