Simple Plan Gegarkan KL Live

Baru-baru ini Simple Plan iaitu band yang berasal dari Kanada telah mengegarkan KL Live pada konsert ‘SIMPLE PLAN – GET YOUR HEART ON TOUR’ di seluruh Asia. Lebih dari 5000 orang peminat membanjiri KL Live seawal 3 petang lagi walaupun konsert sebenar hanyalah bermula pada jam 9 malam.

Di Malaysia, konsert ini dibawakan oleh Tunetalk dengan kerjasama JS Concert Productions dan Fat Boys. Band Local iaitu The Revellers yang memenangi Tune Talk’s ‘Open for Simple Plan Band Competition Final’ membuka tirai persembahan malam tersebut dengan 3 lagu. Selepas itu Simple Plan hadir ke pentas dengan 19 buah lagu yang terdiri daripada Shut Up,Welcome To My Life,When I’m Gone dan diakhiri dengan Perfect. ‘No Big Deal Lah’.

*Jumpa nanti di Konsert Avril Lavigne  “The Black Star Tour” Live In KL di Stadium Merdeka pada 18 Februari 2012.Pada sesiapa yang masih belum membeli tiket bolehlah membelinya di Rock Corner  KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre and The Guitar Store outlets atau di www.ticketpro.com.my serta di talian 03-7880 7999 dengan harga RM 298 (Tune Talk Zone), RM 198 (Rock Zone) dan RM 98 (Regular).

Tiket-tiket telah mula dijual pada 14 Disember 2011 yang lepas dan early birds tiket diskaun sebanyak 20% sebelum 31 Januari 2012.

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

“𝘋𝘰𝘶 𝘥𝘦𝘮𝘰 𝘪𝘪 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘢 𝘺𝘰𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘬𝘦𝘥𝘰”, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *