Single Terbaru : ‘Pantas’ – Hanie Soraya

Hanie Soraya Taha atau nama pentasnya Hanie Soraya merupakan seorang penyanyi wanita generasi baru yang berbakat besar yang dilihat terus melangkah ke hadapan dengan gaya tersendiri. Dengan kemahirannya bermain gitar dan ukulele, penyanyi kecil molek yang berumur 20 tahun ini telah menerima sambutan yang hangat hingga akhirnya mendapat tumpuan superstar, Faizal Tahir. Dengan adanya panduan dan nasihat daripada Faizal, Hanie Soraya mula mekar didalam industri muzik tanah air sehingga dia berjaya melancarkan single pertamanya “Hujung Dunia” pada Mac tahun lalu, diikuti dengan single keduanya “Rasa Sayang” pada Januari tahun ini.

Setelah berjaya melancarkan 2 buah lagu hit, kini Hanie tampil dengan buah tangan yang baru. Warner Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan single terbarunya yang berjudul ‘Pantas’. Single ‘Pantas’ mengandungi lirik-lirik yang memberi inspirasi kepada pendengar serta memberi mesej tentang kehidupan dan keberanian untuk mengejar cita-cita.

Hanie Soraya - Pantas BTS 2

Lagu ‘Pantas’ ini telah dicipta oleh komposer terkenal dan juga mentor Hanie iaitu Faizal Tahir serta Mike Chan, Ezra Kong dan Hanie sendiri. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri. Kiranya, sekali dengar, pendengar sudah boleh ‘tangkap’ melodinya. Lagu ‘Pantas’ ini merupakan sebuah lagu yang menyeru generasi muda untuk terus beranikan diri untuk mengejar impian dan menjadikannya satu realiti. Lirik yang mengisahkan tentang nasihat itu amat mudah difahami kerana disampaikan secara tersurat serta sulaman melodi yang segar, bersesuaian dengan aliran muzik semasa.

Lagu ‘Pantas’ telah dilancarkan di seluruh stesen radio Malaysia dan sering menjadi permintaan oleh peminat Hanie untuk dimainkan di corong-corong radio. Muzik video untuk lagu ini juga kini sudah berada di YouTube. Muzik video yang berdurasi lebih kurang 3.59 minit itu memaparkan sisi karakter Hanie bersama rakan-rakan yang ceria dan bersahaja dalam menikmati kehidupan diusia remaja. Dalam pada menikmati keindahan hidup, mereka tahu bahawa di usia remaja ini lah masa yang paling tepat untuk mengejar dan menggapai impian. Muzik video bagi lagu ‘Pantas’ ini telah dirakamkan pada September lalu di Pantai Morib, Banting, Selangor.

Hanie Soraya - Pantas BTS 4

Pihak Warner Music Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Zalora Malaysia atas tajaan busana Hanie Soraya untuk menjayakan muzik video ‘Pantas’.‘Pantas’ ini merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan Faithful Music Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, KKBOX, Raku, Joox dan juga Spotify.

Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:

Cara-Cara Muat Turun:

Maxis Caller Ringtones                   : Dial *131*479375# dan tekan call/send

Celcom Call Me Tones   : Dial *888*248852# dan tekan call/send

DiGi Caller Tunes              : Dial *233*1803724# dan tekan call/send

Lirik lagu PANTAS – Hanie Soraya:-

 

Benarkah kita belajar dari kesungguhan?

Atau hanya belajar dari segala kesilapan?

Semua yang aku tempuhi menjadikan diri ini,

Ini waktu ku, maaf ku tak tunggu,

 

Pantas waktu kan berlalu,

Lantas kan ku kejar mu,

Berlari takkan berhenti,

Berani ku mengejar mimpi,

 

Maafkanku kiranya pernah melukaimu,

Andai ada saat ku terleka untuk seketika,

Pasti satu hari nanti akhirnya kau kan fahami,

Pantas waktu kan berlalu,

Lantas kan ku kejar mu,

Berlari takkan berhenti,

Berani ku mengejar mimpi,

 

On and On,

We are all one,

Started from the bottom,

Now we’re here we made it,

 

Pantas waktu kan berlalu,

Lantas kan ku kejar mu,

Berlari takkan berhenti,

Berani ku mengejar mimpi,

Ini waktu ku, maaf ku tak tunggu

 

Check Also

MEISKA ADINDA MENSAJIKAN LAGU ‘DURSILA’ UNTUK OST DRAMA MALANG SI PUTERIMEISKA ADINDA

Meiska Adinda, penyanyi muda dan penulis lagu berasa dari Bali, Indonesia, telah berjaya memperolehi pengiktirafan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *