SSSVB 2022 bakal menemui peminat sukan bola tampar tempatan

Aplikasi penstriman popular, sooka, dengan kerjasama Astro Arena dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) buat julung kalinya membawakan kepada penonton sooka Super Series Volleyball (SSSVB 2022) yang akan membuka tirainya di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor bermula 14 Oktober hingga 6 November 2022.

Tampil dengan format perlawanan kumpulan, saingan SSSVB 2022 selama empat minggu bakal menyaksikan lapan pasukan berentap merebut kejuaraan edisi pertama, iaitu SAC Selangor Lions, Melaka Mousedeer, Kuala Lumpur Shark, Sarawak Hornbill, ATM Gladiators, Sabah Rhino, Johor Tiger dan pasukan jemputan antarabangsa iaitu, Amelia Indonesia.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB. Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker , menyambut baik hasrat persatuan-persatuan sukan untuk mengadakan liga kompetitif seperti Netball Super League (NSL) dan Sepak Takraw League (STL) anjuran Astro sebelum ini, yang telah berjaya memberi nafas baru dalam arena sukan negara.

“Sukan bola tampar adalah salah satu sukan yang mempunyai peminat tempatan yang tersendiri terutamanya daripada golongan millennial. Kami mengalu-alukan inisiatif sooka, Astro Arena, dan MAVA untuk memperkasakan penglibatan dan penyertaan bakat-bakat muda untuk digilap dan diberi pendedahan dalam liga berkualiti seperti ini.

“Kehadiran aplikasi penstriman hiburan dan sukan tempatan, sooka yang membawakan elemen hiburan di dalam saingan SSSVB 2022 adalah satu pendekatan yang unik di dalam industri sukan, dan dilihat tepat untuk menarik penonton millennial masa kini yang terbiasa menonton kandungan secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow menyifatkan SSSVB 2022 adalah titik mula dan platform terbaik untuk melihat sukan ini berkembang maju dan mempunyai daya saing tinggi di peringkat antarabangsa

“Kehadiran pasukan antarabangsa, Amelia Indonesia pasti akan memberi cabaran dan tentangan sengit buat pasukan tempatan. Namun, setiap pasukan mempunyai strategi permainan yang tersendiri dimana terdapat juga pasukan yang akan mengunakan khidmat pemain import termasuk dari USA, Thailand, India dan Sri Lanka yang pasti akan menghangatkan lagi pertarungan. Penglibatan pemain kebangsaan serta pemain muda yang bertenaga juga pasti akan memberi impak kepada setiap pasukan nanti.”

“Kolaborasi bersama sooka ini adalah permulaan untuk sukan ini mempunyai liga berprestij yang telah pun berjaya menarik penyertaan dari luar negara. Semestinya penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa untuk mempromosikan SSSVB ke peringkat global satu hari nanti,” katanya.

Ketua Perancangan sooka, Emarina Kamal berkata, “SSSVB 2022 adalah permulaan siri ‘sooka Super Series’ yang kami cipta untuk menjadi platform berterusan untuk pemain sukan tempatan mempamerkan bakat, seterusnya hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Kami melihat sukan bola tampar amat berpotensi untuk diketengahkan, dan sooka akan membawakan penganjuran liga ini dengan cara tersendiri yang lebih unik, segar dan penuh elemen hiburan. Kelainan ini disajikan agar dapat menarik lebih ramai peminat sukan untuk menyaksikan SSSVB 2022 secara LIVE dan mudah dari aplikasi sooka di telefon mudah alih atau Smart TV; sekaligus menarik generasi muda juga menceburi sukan ini.”

“Melalui SSSVB 2022 juga, kami ingin terus memainkan peranan di dalam usaha untuk menyediakan konten sukan terbaik bagi para peminat sukan, sekaligus mengajak golongan muda milennial untuk lebih berminat untuk memperkasakan aliran sukan tempatan, katanya”.

Buat julung kalinya, SSSVB 2022 bakal menampilkan jenama pakaian tempatan, Elite sebagai Penaja Pakaian Rasmi, Tik Tok sebagai Rakan Media Rasmi, Flash Sukan sebagai Rakan Media Digital Rasmi, serta Radio Nombor Satu Malaysia, ERA sebagai saluran Radio Rasmi bagi kejohanan pada tahun ini.

Peminat boleh membeli tiket di www.tickethotline.com.my bermula pada 12 Oktober 2022 untuk hadir ke gelanggang menyaksikan SSSVB 2022 nanti. Aplikasi sooka boleh dimuat turun dari Google Playstore atau Apple Appstore.

Check Also

Kejayaan Berryfull Honey Lemon Inayah Beauty: Perisa Baharu yang Meraih RM2.5 Juta

Inayah Beauty, syarikat tempatan yang terkenal dengan produk makanan tambahan Berryfull, Gattox dan Break Oat, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *