Sufi Dinobatkan Juara AF2015

Sufi Dinobatkan Juara AF2015 | Peserta kelahiran Singapura, Sufi, 24, dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2015 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kemenangan Mohammad Sufie Rashid sekali gus mengetepikan tiga pencabar lain membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd.

Sufi menyanyikan dua buah lagu iaitu Andaiku Bercinta lagi dan sebuah lagu baharu yang berjudul Kisah Dua Muka ciptaan beliau sepenuhnya.

Naib juara pula dimenangi oleh Syamel Aqmal Mohd Fodzly (Syamel) ,22,yang mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, trofi dan hadiah lain.

Tempat ketiga dimenangi oleh Nurnajmi Nabila Samsaidi (Bila) ,19, yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi manakala Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman (Shahrul) ,19, pula mendapat tempat keempat dan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Seramai 22 orang pelajar daripada 11 musim sebelum ini turut membuat persembahan menuju puncak pada malam kemuncak ini.

Barisan juri diketuai oleh juri tetap Datuk Ramli Ms manakala juri jemputan pula ialah Datuk Aznil Haji Nawawi, Datuk Ac Mizal dan Fauziah Datuk Ahmad Daud.

*Kredit sumber – Malaysia Digest

Check Also

Roh dan Fitrah Bakal Diterjemahkan Menerusi Konsert “Oh Irama Oh Nyawa Kugiran Wak Jeng”

Usah di nilai pada nama yang tampak tidak begitu komersil, tetapi hargailah dan pandanglah pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *