Suria FM Kini Berwajah Baru!!!

Suria FM telah melangkah setapak lagi untuk terus kukuh dengan menampilkan logo dan tagline terbaharu. Selari dengan halatuju tahun 2013 ini, Suria FM mensasarkan golongan pendengar yang lebih urban, moden dan berjiwa muda. Berbeza dengan logo sebelum ini, logo baru ini bercirikan ringkas dan lebih menunjukkan sisi matang Suria FM yang kini telah berusia enam tahun.

Matahari terbit menunjukkan objektif kami untuk terus meningkatkan semangat untuk mencapai impian dan kejayaan. Tona warna yang bertenaga memberikan semangat yang positif kepada semua pendengar. Tampil dengan tagline ‘Menceriakan Duniamu’, Suria FM kini muncul sebagai stesen radio yang menceriakan para pendengar dan mampu meningkatkan emosi semua yang mendengar.

Dengan mengekalkan barisan penyampai yang bertenaga seperti Halim Othman, Adibah Noor, Linda Onn, Reza Mohamed, Seri, Bob Ringgo dan DJ Lin, Suria FM yakin para penyampai ini mampu menjadi medium keceriaan bagi semua pendengar. Masih mengekalkan muzik terbaik 90-an dan terbaru, Suria FM berharap semua pendengar akan terhibur dan mampu menarik lebih ramai pendengar baru untuk setia bersama dengan kami.

Terus dengarkan kami di 105.3FM di sekitar Lembah Klang dan layari www.suriafm.com.my untuk mengetahui frekuensi di kawasan terdekat anda. Anda juga boleh dengarkan kami secara online di laman web yang sama atau muat turun aplikasi Suria FM di Apple Store dan Play Store di telefon pintar anda. Untuk lebih dekat, like dan follow suriafmradio di Facebook, Twitter dan Instagram. Suria FM, Menceriakan Duniamu.

Check Also

HONOR Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti baharu di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *