Tag Archives: 25

Konsert Micheal Learns To Rock “25 Live: The Anniversary Celebration In Malaysia”

Michael Learns To Rock, kumpulan yang telah meraih anugerah multi-platinum, akan datang ke Malaysia untuk menghadiahkan peminat dengan persembahan dari album terbaru mereka, “25”, pada 15 Ogos 2015 di Mega Star Arena.

Selain dua single terbaru, “25” turut menampilkan kesemua lagu hit mereka sepanjang 25 tahun penglibatan dalam industri. Konsert ini akan menjanjikan pengalaman yang istimewa bagi peminat di Malaysia kerana mereka akan disajikan dengan persembahan visual berteknologi tinggi bersertakan susunan muzik khas oleh kumpulan berkenaan. Dalam meraikan tahun ke-25 mereka didalam arena ini, Michael Learn To Rock akan membawakan beberapa lagu hit seperti “The Actor”, “25 Minutes”, “Paint My Love”, “Sleeping Child”, “Take Me To Your Heart” dan banyak lagi.

Dalam keterujaan ini, Kaare menyebut: “Our 25th anniversary as recording artists is a milestone in our career and calls for a something special for our fantastic fans in Malaysia and the rest of Asia. That’s why we are working on a new show with great visual effects and a lot of our fans’ favorite songs. It is our aim to create new visual surroundings of our music, adding new perspectives to the MLTR live experience. We look forward to bringing the show to Malaysia and hope to see a lot of smiling faces and hear the beautiful voices of our fans singing along. See you!”

Sepanjang 25 tahun yang lalu, lagu-lagu hit kumpulan ini seperti “The Actor”, “25 Minutes”, “Paint My Love” & “Sleeping Child”, kerapkali diputarkan dicorong radio hingga melonjakkan nama mereka lantas membuahkan hasil jualan yang tinggi iaitu sebanyak 11,000 album fizikal terjual.

Konsert Micheal Learns To Rock “25 Live: The Anniversary Celebration In Malaysia” dibawakan oleh Mega Ultimate dan Warner Music Malaysia, dibantu oleh GS Realty. Lokasi rasmi, iaitu Mega Star Arena, radio rasmi, LITE FM, dibantu oleh Melody FM dan Sinar FM serta penghargaan khas diberikan kepada MONE untuk Double Tree Hotel sebagai penginapan rasmi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan“Micheal Learns To Rock” di Malaysia. Jualan tiket akan dilancarkan pada 20 Jun 2015 (Sabtu). Kategori harga tiket adalah seperti berikut: VIP – RM469, PS1 – RM289, PS2 – RM169 (Semua harga tiket adalah termasuk yuran pemprosesan RM4 dan GST).

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan tiket, sila hubungi:

TicketCharge Hotline : 03-9222 8811 atau lawati www.ticketcharge.com.my (Isnin-Jumaat, 9am-5pm)

Mega Ultimate Hotline : 011-2351 0456 (Isnin-Jumaat, 9am-5pm) atau lawati Mega Ultimate Facebook (www.facebook.com/megaultimate) atau Mega Ultimate Website (www.megaultimate.com.my)

“Silent Times” Single Terbaru Michael Learns To Rock

600x450x044A6498-LOW.jpg.pagespeed.ic.cngwTLAKhL

Michael Learns To Rock tampil dengan single terbaru yang berjudul “Silent Times”. Ia telah mula dilancarkan dan boleh didapati didalam iTunes.

Di samping itu Michael Learns To Rock juga bakal menerbitkan semula 5 buah album di dalam bentuk CD (ADMS) dan iTunes (MFiT).Album-album tersebut adalah Michael Learns To Rock, Colours, Played On Pepper,Nothing To Lose dan Blue Night.

10687921_10152394597276239_8848998847795862892_o

Michael Learns To Rock juga bakal mengeluarkan album terbaru mereka yang berjudul “25”.Album ini mempunyai 25 buah lagu yangmana 23 daripadanya adalah lagu-lagu lama serta dua lagu baru iaitu “Silent Times” dan “Call On Love”.Album ini akan mula dipasarkan pada 25 Oktober 2014.