Tag Archives: AirAsia X

PENYATUAN AIRASIA SEMAKIN HAMPIR: SYARAT PENGAWALSELIA THAI DILONGGARKAN

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2025Capital A dan AirAsia X (AAX) mengumumkan bahawa syarat utama peraturan sekuriti Thailand telah dilonggarkan, sekali gus membuka jalan untuk memuktamadkan penyatuan operasi AirAsia di bawah AAX. Pengumuman ini menandakan halangan terbesar dalam proses tersebut kini berjaya diatasi.

Dalam kemas kini kepada Bursa Malaysia, AAX memaklumkan bahawa tender offer bagi Asia Aviation PCL (AAV), pemilik Thai AirAsia, akan dilaksanakan bersama rakan tempatan di Thailand. AAX kekal memegang 40.71 peratus dalam AAV, manakala pembiayaan tawaran tender ditanggung sepenuhnya oleh rakan Thai, tanpa beban kewangan kepada AAX. Operasi Thai AirAsia kekal berjalan seperti biasa.

AirAsia X dan Capital A melangkah ke fasa akhir penyatuan selepas syarat Thai dilonggarkan.

Syarikat menjangka semua syarat terdahulu dipenuhi hujung Oktober, dengan penyelesaian transaksi menyasar Disember 2025, termasuk langkah akhir seperti pengurangan modal, agihan, peruntukan dan penyenaraian saham. Capital A turut menyasar pengangkatan status PN17 menjelang akhir Disember bagi memfokuskan perniagaan berpotensi tinggi seperti ADE, Teleport, AirAsia MOVE, Abc., Santan, dan BigPay.


Fasa Akhir Konsolidasi

Dengan kelulusan serta pengecualian kritikal di Thailand kini diselesaikan, penyatuan korporat AirAsia berada di fasa penamat. Perjanjian jual beli saham dijangka menjadi “unconditional” sebelum Disember, menandakan langkah terakhir sebelum penutupan transaksi rasmi.


Struktur Tender Offer di Thailand

Tender offer AAV akan dilaksanakan bersama rakan strategik Thailand, dan semua dana disediakan oleh rakan tersebut. Pegangan AAX kekal 40.71 peratus, dan operasi Thai AirAsia tidak terjejas — tiada kesan terhadap jadual penerbangan, pekerja, mahupun struktur pengurusan.


Fokus Baharu Capital A Selepas PN17

Selepas penyatuan selesai, Capital A akan menumpukan kepada pengembangan segmen bukan penerbangan, termasuk kejuruteraan (ADE), logistik (Teleport), platform perjalanan (AirAsia MOVE), pelesenan jenama (Abc.), F&B (Santan) dan fintech (BigPay) — menandakan peralihan strategik ke arah ekosistem digital serantau.

AirAsia X Lancar Laluan Terus ke Nairobi, Afrika

AirAsia X (AAX) melakar sejarah dengan pelancaran penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Nairobi, Kenya, yang akan bermula pada 15 November 2024. Laluan baharu ini menjadikan AirAsia X sebagai satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia yang menawarkan sambungan udara terus ke bandar yang terkenal dengan keindahan safari tersebut.

Kerjasama strategik bersama Lembaga Pelancongan Kenya dijalin untuk merangsang sektor pelancongan di kedua-dua negara. Laluan ini dijangka membawa lebih 156,000 pelancong setiap tahun, dengan menyediakan akses Fly-Thru yang mudah ke lebih 130 destinasi di Asia Tenggara, Asia Utara, dan Australia melalui Kuala Lumpur. Ini membuka peluang besar untuk perdagangan, pelancongan, dan pertukaran budaya antara dua benua​

Promosi tempat duduk percuma juga ditawarkan melalui aplikasi AirAsia MOVE bagi pelancong yang ingin menerokai keindahan Nairobi dan safari terkenal seperti Great Migration di Masai Mara. Inisiatif ini turut menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan sasaran membawa 35.6 juta pelancong ke Malaysia​.

Langkah ini memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab pengangkutan tambang rendah global sambil mempromosikan Nairobi sebagai pintu masuk ke Afrika Timur dan destinasi pelancongan utama.

Terbang dari Kuala Lumpur ke Honolulu serendah RM499*

AirAsia X terus di hadapan dengan pelancaran laluan ke Hawaii hari ini, perkhidmatan sulung syarikat penerbangan itu ke Amerika Syarikat.

Peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh tersebut akan memulakan operasi empat kali seminggu dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun bermula pada 28 Jun 2017.

Bagi meraikan pelancaran destinasi terbaru tersebut, AirAsia X akan menawarkan tambang serendah RM499* dari 11 Februari hingga 26 Februari 2017 bagi perjalanan dari 28 Jun 2017 hingga 6 Februari 2018. Tempat duduk Premium Flatbed yang memenangi pelbagai anugerah juga turut ditawarkan bermula dari serendah RM2,999* bagi sepanjang tempoh promosi tersebut bagi tetamu yang inginkan perjalanan yang lebih selesa.

Dapatkan tawaran istimewa ini di airasia.com. Tawaran tidak tersedia pada applikasi mudah alih AirAsia.

Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X berkata, “Ini adalah suatu perubahan destinasi yang kami nantikan. Dengan menghubungkan rantau Asean dan Asia Utara ke Amerika Syarikat dengan tawaran tambang rendah terbaik dunia, kami kini mampu merealisasikan impian mereka yang sebelum ini ingin melancong merentas Pasifik.”

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan dan juga pihak kerajaan atas sokongan mereka. Keyakinan mereka telah membolehkan kami melancarkan destinasi terbaru yang unik ini hari ini. Kami akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan kami dapat menghubungkan lebih ramai tetamu menerusi laluan antara benua ini.’’

Turut hadir pada majlis pelancaran pada hari ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad Benyamin Ismail, Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kansai Airports Emmanuel Menanteau, Naib Presiden Pelancongan Hawaii di Jepun Mitsue Varley dan penyandang Miss Hawaii, Allison Chu.

Penumpang ke Honolulu yang akan transit di Osaka tidak memerlukan visa bagi memasuki jepun untuk sepanjang dua jam persinggahan dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing di dalam pesawat setelah pihak sekuriti menjalankan pemeriksaan bagasi atau barangan.

Penumpang juga boleh menggunakan servis AirAsia Fly-Thru untuk berhubung dengan mudah ke Honolulu dari bandar lain dalam rangkaian penerbangan luas AirAsia dan AiraAsia X dengan hanya satu hentian tambahan.

Hawaii, yang digelar sebagai syurga Pasifik, dibentuk daripada lapan pulau yang terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik. Terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan budaya asli yang unik, syurga tropika adalah satu-satunya negeri AS yang terletak di Oceania. Honolulu, merupakan ibu kota yang berada di pulau yang berpopulasi tertinggi iaitu pulau O’áhu di mana pantai Wakiki terletak, pantai indah ini dahulu merupakan kawasan percutian buat raja dan permaisuri Hawaii.

Dapatkan informasi AirAsia mengenai promosi terkini dan aktiviti melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Negara Jepun.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Honolulu, Hawaii (HNL) melalui Osaka, Jepun (KIX) No. Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

Jadual Penerbangan

D7 001

KUL

KIX

1400 hrs

2125 hrs

Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu

D7 001

KIX

HNL

2325 hrs

1230 hrs

Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu

D7 002

HNL

KIX

1600 hrs

2025 hrs

Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu

D7 002

KIX

KUL

2200 hrs

0400 hrs

Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad

AirAsia kekal mansuh surcaj bahan api

AIRASIA BIG FIXED POINTS

AirAsia, pengendali penerbangan tambah rendah akan mengekalkan langkah pemansuhan surcaj bahan api bagi semua syarikat penerbangan dalam kumpulan itu walaupun harga minyak global meningkat ketika ini.

Pengerusi Eksekutif yang juga Pengasas Bersama, Datuk Kamarudin Meranun, berkata pemansuhan yang bermula 26 Januari lalu akan terus dikekalkan, jika tiada sebarang kenaikan mendadak yang berterusan sepanjang tahun ini.

Pemansuhan surcaj bahan api sejajar dengan hasrat AirAsia menawarkan tambang rendah untuk semua penerbangan milik syarikat itu.

“Ketika ini, kami tidak bercadang mengenakan semula surcaj bahan api melainkan ada kenaikan besar dan berterusan pada masa depan. Buat masa ini, kami kekal dengan langkah yang ditawarkan kepada pelanggan AirAsia,” katanya selepas melancarkan AirAsia BIG Fixed Points, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG, Alice Goh.

Januari lalu, AirAsia mengumumkan pelupusan surcaj bahan api untuk penerbangan domestik dan jarak jauh termasuk AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X, selaras penurunan harga minyak global.

Sementara itu, AirAsia memperkenalkan BIG Fixed Points atau mata tetap AirAsia BIG bagi membolehkan 12 juta ahlinya menebus penerbangan syarikat itu.

BIG Fixed Points membolehkan pelanggannya mengetahui berapa jauh penerbangan yang boleh ditebus dengan mata BIG yang diterima berdasarkan durasi penerbangan.

BIG Fixed Points bermula daripada 4,500 mata BIG untuk penerbangan kurang dari satu jam hingga 30,000 mata BIG bagi penerbangan lebih enam jam.

Dengan pengenalan BIG Fixed Points, AirAsia menyasar untuk mengumpul keseluruhan 13 juta ahli kad BIG menjelang akhir tahun ini, meningkat dari 12 juta ahli ketika ini.

“Daripada 12 juta ahli yang direkodkan, sekitar dua hingga tiga juta adalah ahli aktif. Namun untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan kad BIG dan perkhidmatan penerbangan AirAsia, kami akan menggiatkan publisiti dan pendedahan kepada pelanggan mengenai manfaat kad ini,” katanya.

Sementara itu, Alice berkata, penebusan penerbangan AirAsia dengan BIG Fixed Points memberikan pelanggannya lebih banyak kemudahan dan nilai tambah apabila menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.

“Program AirAsia BIG Loyalty membolehkan BIG Shots mendapatkan mata BIG bagi semua entiti di bawah syarikat Kumpulan Tune seperti AirAsia, Tune Hotels dan Tune Talk.

“Selain itu, terdapat lebih 100 BIG Loyalty Partners di seluruh rantau ini termasuk PETRONAS, Maybank, CIMB Niaga, Citibank, WCT Holdings Bhd (Paradigm Mall & gateway@klia2), Agoda, Hilton Worldwide, Bank of the Philippines Islands (BPI), Starhub, DBS Bank, dan Bangkok Bank,” katanya.

Sempena pelancaran baharu itu, AirAsia BIG menganjurkan penebusan istimewa di mana BIG Shots yang menebus penerbangan BIG Fixed Points akan diberi ganjaran penerbangan percuma sehala mulai esok hingga 10 April.

Sumber : Berita Harian