Tag Archives: AL QURAN

PU RIZ ANJUR QURANIC MADANI DI BUKIT BINTANG, AJAK ORANG RAMAI HAYATI AL-QURAN

Suasana tengah bandar raya dijangka berubah menjadi lebih tenang dan penuh penghayatan apabila pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menganjurkan program Quranic Madani – Night Reset: Bersatu Dalam Saf di hadapan Pavilion Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Program yang berlangsung secara percuma itu mengajak masyarakat pelbagai lapisan usia untuk bersama-sama membaca, memahami dan mendekati al-Quran dalam suasana santai di tengah kesibukan kota raya.

PU Riz berkata, program tersebut diwujudkan bagi menyemarakkan budaya mencintai al-Quran serta menghimpunkan seramai mungkin masyarakat dalam satu saf ukhuwah.

PU Riz ajak masyarakat hadir program Quranic Madani di Bukit Bintang.

PROGRAM TERBUKA UNTUK SEMUA

Menurut PU Riz, orang ramai tanpa mengira usia dialu-alukan hadir bagi mengimarahkan program yang dijadual bermula jam 8.30 malam itu.

Beliau menjelaskan bahawa Quranic Madani bukan sekadar program biasa, sebaliknya menjadi ruang untuk masyarakat kembali mendekati kalam Allah SWT dalam kehidupan harian.

โ€œInsya-Allah, kita pada Jumaat ini bakal mengadakan majlis al-Quran iaitu Quranic Madani supaya kita dapat menghimpunkan seramai mungkin masyarakat untuk bersama membaca dan memahami al-Quran,โ€ katanya.

PU Riz ajak masyarakat hadir program Quranic Madani di Bukit Bintang.

FOKUS LAHIRKAN GENERASI CINTA AL-QURAN

Selain pengisian bacaan dan penghayatan al-Quran, program itu turut memberi fokus kepada pendidikan awal kanak-kanak khususnya dalam hafazan al-Quran.

PU Riz berkata, pihak penganjur mahu memberi peluang kepada kanak-kanak berusia tiga hingga sembilan tahun untuk mula menghafal al-Quran bermula dengan Juzuk 30.

Katanya, usaha tersebut penting dalam membentuk generasi muda yang dekat dengan al-Quran sejak kecil, selari dengan hadis Rasulullah SAW mengenai kemuliaan individu yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

BUKIT BINTANG JADI LOKASI PENYATUAN UMMAH

Pemilihan kawasan Bukit Bintang sebagai lokasi program turut dilihat membawa simbolik tersendiri apabila kawasan tumpuan awam itu bakal dihiasi dengan pengisian kerohanian dan majlis ilmu.

PU Riz turut mengajak orang ramai hadir bersama keluarga dan sahabat bagi memeriahkan program berkenaan sambil menghayati bacaan al-Quran secara berjemaah.

Beliau berharap Quranic Madani mampu menjadi titik penyatuan masyarakat serta membawa keberkatan kepada negara menerusi usaha mengangkat syiar al-Quran di tengah suasana moden ibu kota.

SHARIFAH KHASIF TARANNUM Medium Imarah AL QURAN

ย Syarifah Khasif 1

Sharifah Khasif,ย nama yang cukup sinonim dengan alunan tarannum dan teknik lontaran suara yang luar biasa apatah lagi selepas dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al Quran Antarabangsa 2009. Beliau bukan sahaja dikenali di Malaysia malah menjadi idola kepada seluruh muslimah yang mencintai Al Quran di seluruh dunia. Mana tidaknya kehadiran beliau memenuhi undangan sehingga ke serata negara Timur Tengah dan Eropah antaranya Iran, Turki, Mauritius, Jerman, Austria, Durban, Cape Town, Kanada, Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura dan banyak lagi mendapat sambutan yang luar biasa.

Bakat di dalam seni tarannum juga dimanfaatkan dan diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ilmiah di saluran radio dan stesen televisyen tempatan.

Di sinilah bermulanya karier beliau sebagai seorang qariah dan personaliti tv di negara kita. Sharifah Khasif mula ditawarkan untuk menjadi pengacara tv, program pertama yang dikendalikannya ialah Indahnya Kalam Suci. Sejurus selepas itu, rezekinya sebagai pengacara semakin melimpah apabila diberi kepercayaan mengendalikan program Akademi Quran, Kalamullah, Qari Junior, Tilawah Interaktif Al Quran, Tadbir Ringgit dan yang terkini Shoutul Quran.

Photo

Beliau mendapat โ€˜sanadโ€™ iaitu pengiktirafan kefasihan bacaan Al Quran daripada Sheikh Fathi Hasan Mohamad Hasan Al-Maliji (Mesir), Syeikh Basheer Hasan Ali Al-Himyari (Yemen) dan Syeikh Inani Nafiq (Mesir).

Di atas minat yang mendalam terhadap Al Quran dan setelah beberapa tahun merancang, kini album tarannum yang dinantikan oleh pencinta seni tarannum akhirnya terhasil.

Sharifah Khasif, 32, menaruh harapan yang tinggi terhadap album tarannum ini kerana baginya ia amat bermakna danย  tidak ternilai harganya. Sepanjang bergelar qariah tersohor negara, penghasilan album ini adalah menjadi impiannya sekian lama. Album tarannum ini merupakan album kedua terbitan syarikatnya sendiri iaitu Sharifahkhasif Production Sdn. Bhd. setelah album qasidah pertama, Al Husna mendapat sambutan menggalakkan.

Album tarannum yang dilancarkan pada 11 November 2014 bertempat di Restoran Al Rawsha memuatkan 7 surah-surah pilihan dengan 7 tarannum asas. Istimewanya album ini ia juga memuatkan satu contoh gaya bacaan pada surah yang panjang berdurasi lebih kurang 17 minit.

Bagi memastikan kelancaran penjualan album ini, pihak Sharifahkhasif Production Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan Warner Music (M) Sdn Bhd yang dilantik selaku pengedar eksklusif untuk pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Album tarannum ini mula memasuki pasaran mulai esok, 12 November 2014 dan boleh didapati di seluruh outlet muzik dan kedai โ€“ kedai buku islamik dengan harga RM21.90.