Tag Archives: Arja Lee

Festival Gegar Gempak Raya 2019

Festival Gegar Gempak Raya 2019 bakal dibuka kepada umum dan beroperasi selama 72 jam tanpa henti mulai awal pagi Jumaat , (00:01pagi 24/05/2019 dan dijangka berakhir pada tengah malam Ahad, (26/05/2019) . Festival edisi sulung ini juga bakal mencipta rekod tersendiri didalam ‘Malaysia Book of Record’ dalam usaha untuk memecahkan rekod sedia ada bagi ‘Largest Food-truck Gathering’ dimana sebanyak 150 pengusaha trak makanan akan dikumpulkan. Fiesta trak makanan ini akan berkampung di MAEPS selama 3 hari dan bakal beroperasi dari jam 4 petang sehingga 5 pagi.

Festival Gegar Gempak Raya 2019 yang julung kali dianjurkan oleh Aisy Azka Event Mangement Services bagi memenuhi  permintaan pengunjung yang ingin mencari keperluan untuk sambutan lebaran kelak.Sementara itu konsep yang dibawakan sempena festival ini merupakan konsep beramal sambil berniaga serta mesra ibadah disamping memberi manafaat kepada pengunjung dan peniaga. Pihak penganjur juga tidak lupa untuk menyediakan kemudahan untuk orang ramai menunaikan solat terawikh secara berjemaah sebelum kembali dengan aktiviti beli-belah persiapan lebaran.

Antara kelainan yang bakal diadakan bagi menarik minat pengunjung adalah seperti aktiviti  ‘Kongsi Kebahagiaan’ – program rewang memasak bubur lambuk, menganyam ketupat dan memasak rendang. Selain itu turut diadakan nanti berbuka puasa ‘piknik’  dan acara Jom Sahur  yang dibawakan khas bersama VIP dan penaja makanan; Arabic Kitchen. Selain itu turut diadakan nanti sesi  jualan kilat yang bakal diadakan setiap 4 jam serta program pentas yang bakal di acarakan oleh hos terkenal Vivieanna Abdullah yang juga lebih mesra dengan panggilan Kak Vie.

Seramai 45 selebriti tempatan akan turut serta dalam festival kali ini. Setiap selebriti akan diberikan tapak (booth) yang ditempatkan di setiap barisan bersama usahawan yang lain bagi mempromosikan produk-produk jualan mereka. Antara selebriti yang bakal bersama di sepanjang festival berlansung seperti Achey Bocey, Alif Satar, Angah Raja Lawak, Ariff Aziz, Arja Lee, Ashraf Muslim, Ayu Damit, Badrul Muhayat, Black Hanifah, Danny X-Factor, Deja Moss, Elyana, Erni Zakrie, Ezzaty Abdullah, Herieyanto Hassan, Hazan Scan, Izzue Islam, Kapten Mohd Nor, Maria Tunku Sabri, Maznah Zulkifli, Nabil Ahmad, Nina Fazurina, Nina Iskandar, Nizam Rahman, Noraniza Idris, Putra Amaris, Qazem Nor,Rashid Jaafar, Reyhana, Riezman Khuzaimi, Roslan Syah, Rozita Che Wan, S. Mariam, Shafiqcute, Sharnaaz Ahmad, Siti Fairus, Syamel, Syed Ali, Zain Saidin, Zaiton Sameon, Zazly Baginda, Zoey Rahman, Faye Khusyairi dan Risteena.

Sehingga majlis pelancaran ini, sebanyak 90 peratus dari jumlah keseluruhan tapak jualan telah berjaya dijual. Usahawan yang masih tercari-cari tapak untuk berniaga adalah dipelawa dengan harga tawaran diantara RM2700 hingga RM3500.

CELEBRITY

1. ZAIN SAIDIN
2. ROZITA CHE WAN
3. RASHID JAAFAR
4. KAPTEN MOHD NOR
5. HAZAN SCAN
6. SHARNAAZ AHMAD
7. NINA FAZURINA
8. SYED ALI
9. ZAZLY BAGINDA
10. HARIEYANTO HASSAN
11. MAZNAH ZULKIFLI
12. QAZEM NOR
13. SITI FAIRUS
14. S.MARIAM
15. NINA ISKANDAR
16. AYU DAMIT
17. REYHANA
18. DEJA MOSS
20. IZZUE ISLAM
21. ASHRAF MUSLIM
22. RIEZMAN KHUZAIMI
23. ERNIE ZAKRIE
24. SYAMEL
25. NORANIZA IDRIS
26. SHAFIQCUTE
27. ZULIN AZIZ
28. NABIL
29. ALIF SATAR
30. MARIA TUNKU SABRI
31. EZZATY ABDULLAH
32. PUTRA AMARIS
33. ELYANA
34. BADRUL MUHAYAT
35. ARIFF AZIZ
36. ACHEY
37. ZAITON SAMEON
38. NIZAM RAHMAN
39.ARJA LEE
40. DANNY X-FACTOR
41. BLACK HANIFAH
42. ZOEY RAHMAN
43. ROSLAN SYAH

Untuk sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Anuar Mohd Azmi

Pengarah Urusan,

Aisy Azka Event Management Services

Tel: 03-80517500 / 014- 3208557

Teater Y Sebuah Muzikal

Teater Y Sebuah Muzikal | Bermula dengan upacara istiadat konvokesyen universiti di sebuah bandar yang penuh gilang gemilang menampakkan kejayaan para graduan golongan belia dari pelbagai jurusan pendidikan sedang merikan kejayaan mereka. Masing-masing mula memasang impian serta perancangan tentang hala tuju yang bakal dilalui. Kebanyakannya mahu menyambung pengajian di luar negara malah ada yang ingim terus kekal di Bandar untuk mencari pekerjaan.

Manakala Haikal, jejaka berusia 24 tahun berpendirian untuk pulang ke kampung bagi menabur jasa dan bakti setelah bertahun meninggalkan kampong untuk menimba ilmu.

YSebuahMuzikal_zpsfc12gy6a

Haikal pulang ke kampung dan mendapati hanya golongan usia lewat pertengahan dan tua sahaja yang menjadi majoriti penduduk kampong tersebut. Golongan muda remaja dan belia sudah tiada kerana berhijrah ke bandar untuk memulakan kehidupan baru di sana.

Dalam mesyurat Persatuan Gerak Belia, terdapat permasalahan dalaman di mana ahli tidak dapat membuat pilihan ahli jawatankuasa baru bagi mengantikan yang lama. Yang tinggal hanya Haikal dan segelintir anak muda yang boleh dibilang dengan jari.

Pak Jahim selaku pengerusi tidak langsung memberi peluang kepada Haikal untuk mengisi jawatan dalam ahli jawatankuasa tertinggi. Malah Pak Jahim bercadang supaya had umur sebagai pemegang jawatan dalam persatuan dinaikkan namun mendapat bantahan dari Haikal.

Itulah titik mula konflik berlaku dalam penceritaan teater ini. Di samping memaparkan kisah kehidupan penduduk kampung serta jalur rutin dan pemikiran mereka, turut diselitkan babak-babak cinta yang akan mewarnai lagi TEATER Y SEBUAH MUZIKAL ini.

Line Up:

Aiman Hakim
Fathia Latif
Arja Lee
Sarah Hildebrand

Ticketing Information:

Ticket Prices:

RM 58.20, RM 78.20, RM 128.20, RM 158.20, RM 198.20 & RM 303.20

Ticketing Hotline: +603 87754666
Online Booking: redtix.airasia.com/

Ticket Outlets:

The Gardens, Mid Valley – +603 22014893
Subang Parade – +603 56131139
The Curve – +603 77331139
Bangsar Village – +603 22021139

Victoria Music Outlets:

Sg Wang – +603 21487208
Amcorp – +603 79560592
Tropicana – +603 77222955

Penang Outlets:

Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall

Istana Budaya Jalan Tun Razak – +603 40265520

Layout:

YSebuahMuzikal SP_zps7z9oloba