Kuala Lumpur, 11 September 2025 – Konsert Pop Up Muzik 2025 bakal menggegarkan ibu kota dengan persembahan istimewa dari Armada dan Batas Senja. Acara ini dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2025, menjanjikan sebuah malam yang bukan sekadar konsert, tetapi juga pengalaman intim bersama artis kegemaran.
Dianjurkan oleh Hype Live bersama Black Sky Enterprise, Pop Up Muzik muncul sebagai platform penghubung budaya muzik rentas negara. Menerusi edisi perdana ini, peminat berpeluang menikmati persembahan artis Asia secara lebih dekat melalui sesi Meet & Greet serta peluang bergambar eksklusif.
ARMADA DAN BATAS SENJA TARIKAN UTAMA
Band popular Indonesia, Armada, bakal membawakan lagu malar segar seperti Asal Kau Bahagia dan Pergi Pagi Pulang Pagi yang pasti mengundang nyanyian bersama. Tidak ketinggalan, kumpulan Batas Senja tampil dengan karya penuh emosi seperti Nanti Kita Seperti Ini dan Menceritakanmu yang kian mendapat tempat di hati peminat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hype Live, Dipta, konsert ini diwujudkan untuk memenuhi kerinduan peminat tempatan yang ingin berinteraksi secara lebih dekat dengan artis luar negara.
PENGALAMAN MUZIK LINTAS NEGARA
Bagi wakil Black Sky, Willy Dozan, gabungan dua band ini adalah percaturan berani yang diyakini akan mencetuskan memori manis buat semua pengunjung. Pop Up Muzik hadir bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai pengalaman komuniti muzik yang lebih personal, interaktif dan penuh makna.
Dengan kombinasi artis hebat, Pop Up Muzik 2025 bakal mengukuhkan lagi hubungan budaya antara Indonesia dan Malaysia.
Armada terbentuk pada tahun 2007 dengan nama awal Kertas. Band ini beranggotakan lima orang yaitu Rizal (vokal), Radha & Mai (gitar), Andit (drum), dan Endra (bass). Mereka sempat merilis satu album ketika masih bernama Kertas, iaitu ‘Kekasih Yang Tak Dianggap’.Pada tahun 2008 Kertas bertukarnama menjadi Armada, dan merilis album perdananya yang berjudul ‘Balas Dendam’, album yang membuat namanya makin dikenal banyak orang. Berjaya dengan album pertamanya, Armada pun merilis album kedua mereka ‘Hal Terbesar’ pada tahun 2009. Album ini sangat terkenal dan disukai ramai penggemarnya, terutama dua single utama yang terdapat didalamnya yaitu “Mau Dibawa Kemana” dan “Buka Hatimu”.
Dua dari empat album mereka iaitu ‘Satu Hati Sejuta Cinta’ (2012) dan ‘Pagi Pulang Pagi’ (2014) mendapat predikat multi-platinum kerana penjualannya CD nya melebihi 100,000 keping per-albumnya di Indonesia (lebih 700 ribu unit untuk ‘Satu Hati Sejuta Cinta’ dan lebih 250 ribu unit untuk ‘Pagi Pulang Pagi’) Armada merupakan salah satu dari lima besar band di Indonesia dengan jumlah fans terbanyak.
PASUKAN ARMADA (panggilan untuk para penggemar Armada) yang terdapat di Facebook Page mereka mencapai lebih dari 5 juta orang. Sedangkan followers mereka di Twitter ada seramai 170 ribu. Pada awal tahun 2017 ini Armada melancarkan single baru yang mereka beri judul “Asal Kau Bahagia”. Lagu ini disajikan dengan komposisi balada khas Armada, membuatnya makin sedap didengar, tentu saja tidak melupakan trademark suara Rizal sang vokalis yang merdu, indah dan selama ini berjaya dalam meluluhkan hati para penggemarnya.
Armada kemudian berjaya dengan single “Asal Kau Bahagia” dengan melancarkan album pada bulan Julai 2017 di Indonesia kemudian di lanjutkan pada Januari 2018 ini di Malaysia. Album kelima mereka yang diberi judul “Maju Terus Pantang Mundur” ini bolehidapati di kedai Cd/Dvd seluruh Malaysia dan di PMP/Tropicjaya Entertainment . Album ini mempunyai 11 Lagu Termasuk lagu Asal Kau Bahagia dan 2 Lagu Bonus VCD karaoke.
Video lirik Armada “Asal Kau Bahagia” merupakan video lirik dengan views terbanyak di YouTube Indonesia dalam durasi waktu satu bulan setelah tayang. Video lirik “Asal Kau Bahagia” meraih jumlah penonton dari Indonesia dan Malaysia sebanyak 16 juta dalam waktu satu bulan, dan mencapai 100 juta views hanya dalam waktu 4 bulan, menjadikannya sebagai video lirik dengan pertumbuhan views tercepat di sepanjang sejarah musik Indonesia. Sebuah pencapaian yang belum pernah diraih sebelumnya oleh pemuzik di Indonesia, sehingga video lirik ini punmendapat penghargaan dari Youtube.
“Lagu Asal Kau Bahagia yang diciptakan Radha, Mai dan Rizal inibercerita tentang keikhlasan seseorang terhadap pasangannya, di mana dia merasakan kecurangan dalam hubungannya yang selama ini dia rasakan baik-baik saja, tapi kenyataannya pasangannya merasa tidak bahagia selama dalam hubungan ini. Akibat kecurangan itulah dia harus memilih melepaskannya demi kebahagiaan yang diinginkan pasangannya.” Kata Radha menceritakan tentang maksud lirik “Asal Kau Bahagia”. “Ku rela kau dengannya asalkan kau bahagia”, adalah kalimat yang mampu diucapkan banyak orang, tapi dalam kenyataannya apakah kita mampu? Kerana lagu ini melambangkan kata-kata ketegaran seseorang dengan mengikhlaskan kebahagiaannya untuk pasangan yang dia cintai tanpa memikirkan kebahagiannya sendiri. Mengalah dan ikhlas juga merupakan bagian dari cinta.”, tambahnya lagi.
Dengan Pelancaran album Armada “ Maju terus Pantang Mundur” di Malaysia dan Konsert “Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour” yang bakal berlangsung pada 17 March 2018 di KL Live @ Live Center , lagu versi karaoke “Asal Kau Bahagia”boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box, Green Box & Red Box PLUS Karaoke Malaysia. Dan dengan tersebarnya single “Asal kau Bahagia ’ ini, Semoga album Armada dapat diterima baik di Malaysia. Terima kasih kepada pendengar di Malaysia yang sentiasa menyokong Armada selama ini.
Tiket konsert berharga RM 109 (tiada cd), RM126 (beserta CD) dan VIP berharga RM194 (beserta CD) sudah mulai dijual di laman https://airasiaredtix.com/armada_asal_kau_bahagia_tour .