Tag Archives: Artis Indonesia

AFGAN KEMBALI DENGAN ‘RETROSPEKTIF SHOWCASE’ DI ZEPP KL 2025


Kuala Lumpur, 6 Oktober 2025 – Penyanyi tersohor Indonesia, Afgan, akan menghiburkan peminat Malaysia menerusi Afgan Retrospektif Showcase pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur

Showcase ini bertepatan dengan pelancaran album baharu Retrospektif, yang mencerminkan perjalanan hidup dan kerjaya Afgan beberapa tahun kebelakangan ini. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

MAKNA ‘RETROSPEKTIF’ & ARAH MUZIK

Afgan menyifatkan “retrospektif” sebagai momen melihat kembali masa lalu untuk terus berkembang sebagai insan yang lebih baik. 

Album ini juga album penuh bahasa Indonesia pertama beliau selepas tujuh tahun, menandakan “comeback” ke Indonesian Pop yang membesarkan namanya. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

“MALAYSIA RUMAH KEDUA” & PEMILIHAN LOKASI

Afgan menegaskan Malaysia sangat istimewa dengan sokongan peminat yang luar biasa, justeru memilih Kuala Lumpur untuk berkongsi perjalanan baharunya ini. 

Zepp Kuala Lumpur dipilih bagi mencipta suasana kasual dan intim, seiring muzik album yang lebih organik dan “raw”. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

APA YANG BOLEH DIJANGKA DI SHOWCASE

Peminat akan menikmati perdana langsung lagu-lagu baharu Retrospektif dengan susunan asal, di samping rangkaian lagu popular Afgan. 

Afgan berjanji memberi persembahan terbaik agar setiap lagu meninggalkan memori bermakna buat peminat Malaysia. 

TIKET & PENGANJUR

Showcase ini dianjurkan oleh Renjana Idea, yang menyifatkannya sebagai refleksi perjalanan seni Afgan untuk peminat setia. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

Jualan tiket bermula 1 Oktober di laman GoLive Asia, dengan harga: RM1,398 (VIP Box), RM798 (Premium Seat), RM698 (Normal Seat), RM398 (VIP Standing), RM358 (General Standing)

Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran rasmi Renjana Idea

LATIHAN PESTAPORA MALAYSIA 2025 GEGARKAN BUKIT JALIL BERSAMA ARTIS SERANTAU

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2025Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi mencipta sejarah apabila dimeriahkan dengan puluhan ribu peminat sempena Latihan Pestapora Malaysia 2025, sebuah festival muzik mega hasil kerjasama dua gergasi hiburan serantau, Hitman Solutions dan Boss Creator.

Lebih 25,000 peminat membanjiri stadium bagi menyaksikan gabungan lebih 25 artis popular dari Malaysia dan Indonesia dalam acara yang berlangsung penuh warna-warni malam tadi. Festival ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi menjadi simbol kesatuan budaya dua negara serumpun dalam suasana muzik, ekspresi dan semangat komuniti.

Acara ini merupakan edisi ‘pemanasan’ menjelang Pestapora Jakarta 2025 yang akan berlangsung pada 5–7 September nanti. Menariknya, edisi Malaysia ini menampilkan pentas ganda — “Main Stage” dan “Hingar Bingar” — dengan penampilan istimewa seperti Sheila On 7, Pamungkas, .Feast, Nadin Amizah, Bittersweet, Dolla, Bunkface, Hindia, Yonnyboii dan ramai lagi.

Kehadiran Sheila On 7 menjadi detik paling dinanti, apabila band legenda dari Yogyakarta itu muncul semula di pentas Malaysia selepas lebih satu dekad. Lagu-lagu ikonik seperti Dan, Sephia dan Melompat Lebih Tinggi membuatkan seluruh stadium menyanyi bersama dengan penuh emosi.

Menurut En. Rohit Rampal, CEO Hitman Solutions, kejayaan festival ini membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah kepada festival bertaraf antarabangsa. Sementara itu, En. Kiki Ucup, pengasas Boss Creator turut menyifatkan festival ini sebagai satu gerakan budaya yang membina komuniti.

Apa yang membezakan Latihan Pestapora Malaysia 2025 ialah penekanan kepada rasa lokal — dari vendor makanan tempatan, aktiviti interaktif, hinggalah ruang bergambar yang mesra semua peringkat umur. Ia adalah gabungan sempurna antara “vibe” serantau dengan keunikan Malaysia.

Penganjur turut menyatakan komitmen untuk menjadikan acara ini sebagai festival tahunan, seterusnya memperluaskan kolaborasi seni merentas sempadan.

Acara ini turut disokong oleh Tourism Malaysia, Universal Music Malaysia, serta media rasmi seperti ERA, Sinar, Hitz, Mix, Syok, dan rakan strategik seperti Tapau, Batik Air, Book Cabin, Sunway Putra Hotel dan D’Mart Travel Tour.

ROSSA GEMPARKAN JAKARTA DAN KUALA LUMPUR DENGAN KONSERT “HERE I AM”

KUALA LUMPUR, 14 JUN 2025 — Ratu Pop Indonesia, Datuk Seri Rossa, terus mengukir sejarah dengan menakluki 2 stadium di 2 negara menerusi konsert mega bertajuk “HERE I AM”. Selepas berjaya mencatat sold out dengan kehadiran lebih 12,000 penonton di Indonesia Arena, Jakarta, Rossa membuktikan popularitinya tetap ampuh apabila berjaya menarik lebih 10,000 penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil.

KONSERT “HERE I AM”

ROSSA HERE I AM di Jakarta menjadikan beliau penyanyi solo Indonesia pertama menjayakan konsert berskala stadium tertutup nasional dengan produksi pentas bertaraf antarabangsa. Sambutan hangat di Malaysia pula membuktikan Kuala Lumpur tetap menjadi ‘rumah kedua’ buat diva tersohor ini.

KONSERT “HERE I AM”

Tiket di Kuala Lumpur dijual dari RM288 hingga RM5,000, dengan kehadiran ramai artis dan VIP termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Bella Astillah, Melly Goeslaw, Ivan Gunawan dan Ruben Onsu. Momen paling manis apabila Rossa berduet spontan bersama Siti membawakan lagu popular Percayalah.

KONSERT “HERE I AM”

“Alhamdulillah akhirnya saya dapat kembali lagi ke Axiata Arena selepas 15 tahun. Malaysia memang selalu saya anggap sebagai rumah kedua. Kalian selalu terima saya macam keluarga,” ujar Rossa penuh syukur.

Sepanjang lebih 3 jam, Rossa menghiburkan penonton dengan lebih 30 lagu hits, diiringi penampilan istimewa bintang-bintang popular seperti Ariel, Ernie Zakri, MK K-Clique, Dipha Barus, Hael Husaini, Eka Gustiwana, serta bakat muda dari program Indonesian Idol & One in A Million Malaysia.

KONSERT “HERE I AM”

Istimewanya, Rossa juga mempersembahkan single terbaharu Serasa X Juwita bersama Dipha Barus dan debut eksklusif lagu Sinaran bersama MK K-Clique, bakal dimuatkan dalam album mini ASMARA DANSA.

KONSERT “HERE I AM”

Penampilan glamor Rossa turut mencuri tumpuan dengan 11 gaun eksklusif rekaan pereka terkemuka dari Indonesia dan Malaysia termasuk Adeline Ester dan Khoon Hooi, lengkap dengan kristal Swarovski, menaikkan lagi aura mewah pentas Here I Am.

KONSERT “HERE I AM”

Konsert ini dipersembahkan oleh Inspire Production, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Sah Entertainment, dengan lebih 180 tenaga produksi profesional diterbangkan khas dari Jakarta, selain sokongan pengkarya seni tempatan Malaysia.

“Here I Am adalah refleksi perjalanan seni saya selama 30 tahun. Saya mahu semua orang lebih menghargai diri, menerima diri tanpa rasa rendah diri, dan mencintai diri sendiri,” jelas Rossa.