Tag Archives: babymetal

BABYMETAL GEGAR KUALA LUMPUR — METALVERSE CIPTA SEJARAH DEBUT GLOBAL

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2025 – Fenomena global Jepun BABYMETAL menggamatkan pentas Zepp Kuala Lumpur dalam siri jelajah dunia sempena ulang tahun ke-15 mereka. Persembahan bertenaga tinggi ini mencetus sorakan ribuan peminat tempatan dan menandakan satu lagi kejayaan besar dalam perjalanan muzik antarabangsa kumpulan metal kawaii ini.

Babymetal Kuala Lumpur 2025 di Zepp KL

Konsert “BABYMETAL WORLD TOUR 2025–2026 IN ASIA – LIVE IN KUALA LUMPUR” dianjurkan oleh CUNCUN Media, dengan kerjasama LLAVE Music, E.A Stars, 10S Live Music, dan JIAO Studio, serta disokong oleh Rock Promotions dan ACO Media.

Babymetal Kuala Lumpur 2025 di Zepp KL

METALVERSE CIPTA SEJARAH DEBUT ANTARABANGSA

Pembukaan malam tersebut menampilkan kumpulan baharu Jepun, METALVERSE, yang mencipta sejarah dengan persembahan antarabangsa pertama mereka. Menggabungkan gaya idol Jepun dengan tenaga metal moden, METALVERSE berjaya menawan hati penonton Malaysia dengan gaya unik dan persembahan bertenaga.

Babymetal Kuala Lumpur 2025 di Zepp KL

Kemunculan METALVERSE dalam konsert ini dianggap simbolik — mewakili generasi baharu muzik metal Jepun yang kini melangkah ke pentas global.


BABYMETAL HIDUPKAN SUASANA DENGAN TENAGA METAL KAWAII

Dipimpin oleh SU-METAL, bersama MOAMETAL dan MOMOMETAL, trio ini membuka pentas dengan lagu ikonik “Babymetal Death”. Persembahan penuh tenaga dengan vokal mantap dan koreografi tersusun rapi menjadi bukti mengapa Babymetal terus memikat dunia.

Babymetal Kuala Lumpur 2025 di Zepp KL

Antara lagu popular yang menggegarkan malam tersebut ialah “Head Banger!!”, “PA PA YA!!”, “Gimme Chocolate!!” dan “Megitsune” — setiap satu membawa gelombang sorakan dan nyanyian bersama dari penonton.


PENUTUP MEGA: ENCORE PENUH EMOSI DAN SEMANGAT

Persembahan penutup menyaksikan Babymetal kembali ke pentas untuk dua lagu encore — “From Me To U” dan “Road of Resistance”. Dalam lautan lampu dan jeritan peminat, konsert ini berakhir penuh emosi dan kebanggaan.

Babymetal Kuala Lumpur 2025 di Zepp KL

Dengan METALVERSE sebagai pembuka tirai dan Babymetal menutup malam dengan penuh gemilang, Kuala Lumpur sekali lagi membuktikan statusnya sebagai hab hiburan antarabangsa Asia.

BRING ME THE HORIZON Feat BABYMETAL DIBAWAKAN OLEH HITMAN SOLUTIONS

Penantian bakal berakhir untuk peminat-peminat metalcore apabila penganjur konsert Hitman Solutions mengumumkan band rock terkenal dari England, Bring Me The Horizon, akan ke Malaysia untuk konsert jelajah mereka. Ini menandakan kepulangan mereka ke Malaysia selepas 11 tahun. “Bring Me The Horizon Live Featuring BABYMETAL” akan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 21 Ogos 2024.

Berikutan kejayaan konsert Sum 41 dan Incubus sebelum ini, Hitman Solutions boleh menyatakan permintaan untuk konsert muzik rock sangat tinggi di Malaysia. Kehadiran Bring Me The Horizon adalah tambahan yang sempurna untuk senarai konsert untuk tahun 2024.

Sejak penubuhan band ini pada tahun 2005, dua dekad lalu, mereka telah mencipta tujuh album studio, memenangi empat anugerah Kerrang!, menerima dua pencalonan Grammy, dan menjual lebih daripada 5 juta album di seluruh dunia. Album terbaru mereka, “Post Human: Nex Gen“, yang dikeluarkan pada Mei 2024, menggabungkan elemen metalcore, hyperpop, dan elektronika, menunjukkan inovasi mereka dalam muzik dan kehebatan untuk bawakan pelbagai genre dan memberikan pengalaman yang berbeza untuk peminat yang menantikan konsert yang akan datang pada Ogos ini.

Untuk menambahkan lagi keterujaan, Bring Me The Horizon akan ditemani oleh band kawaii metal Jepun, BABYMETAL, pada konsert tersebut. BABYMETAL mempunyai pangkalan peminat yang kukuh di seluruh Asia dan sebelum ini telah mengadakan konsert solo mereka di Malaysia pada tahun 2023. Gabungan unik konsep J-idol dan kawaii metal mereka, serta elemen rock alternatif Bring Me The Horizon, adalah suatu pengalaman sekali seumur hidup buat peminat kedua-dua kumpulan ini.

Encik Rohit Rampal, CEO & Pengasas Hitman Group, menyatakan, “Selepas berjaya menganjurkan tiga acara rock tahun ini, amat jelas bahawa permintaan konsert muzik rock di Malaysia amat besar. Oleh itu, kami sangat teruja untuk membawakan Bring Me The Horizon dan BABYMETAL ke Malaysia, memberikan pengalaman yang berbeza dan lain daripada sebelumnya kepada peminat rock alternatif dan metal.

Surf Beach, Sunway Lagoon dipilih sebagai lokasi yang ideal untuk konsert ini kerana ia memberikan ruang yang luas kepada peminat rock untuk benar-benar menikmati muzik daripada band kegemaran mereka. Sejak penampilan terakhir Bring Me The Horizon pada tahun 2013, lebih dari 10 tahun yang lalu – marilah kita bersiap sedia untuk rock bersama lagu-lagu seperti ‘Can You Feel My Heart?’, ‘Throne,’ dan banyak lagi!”

Konsert rock yang amat dinantikan, “Bring Me The Horizon Live Featuring BABYMETAL,” akan memulakan jualan tiket pada 27 Jun 2024, 12PM di www.hitmanlive.com. Tiket konsert ini dibahagikan kepada dua zon: General Admission (RM388) dan Rockzone (RM488). Peminat boleh menikmati keistimewaan lebih dengan menambah Express Lane (RM100) bagi kedua-dua kategori (kapasiti terhad).

Untuk pertanyaan mengenai acara ini, sila hubungi kami di 012-2655783 atau concerts@hitman.group.