Tag Archives: Bateriku

BATERI ASTRA BATERIKU PEROLEH SIJIL SIRIM, MAKMAL KUALITI DIPERKENALKAN


SHAH ALAM, 7 OGOS 2025Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia utama Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan di Malaysia, hari ini mencatat sejarah baharu menerusi pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang telah disahkan oleh SIRIM bagi kesemua 28 SKU produknya.

selebritionline portal hiburan

Dalam majlis yang turut menyaksikan perasmian Makmal Kualiti Bateriku, langkah ini dilihat sebagai usaha strategik memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama bateri ASTRA yang semakin berkembang dalam pasaran tempatan.

selebritionline portal hiburan

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan dihadiri wakil dari SIRIM Berhad, pemain industri automotif dan rakan strategik Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah merekodkan lebih 1 juta unit jualan — dibantu oleh kekuatan ekosistem Bateriku yang merangkumi 225 pitstop di seluruh Malaysia dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak (BHero) yang terlatih melalui Akademi Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Pensijilan SIRIM IEC 60095 mengesahkan ASTRA sebagai satu-satunya jenama tempatan dengan pengiktirafan rasmi bagi semua SKU termasuk Bateri MF, EFB dan AGM. Setiap pembelian ASTRA disertakan Perlindungan Insuran Takaful GPA percuma sehingga RM7,000 — inisiatif pertama dalam industri bateri tempatan.

selebritionline portal hiburan

Pengguna turut menikmati waranti seluruh negara (Nationwide Warranty Assist), membolehkan bantuan segera di mana-mana lokasi Malaysia melalui jaringan teknikal Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Penubuhan Makmal Kualiti Bateriku di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. turut memperkukuh kawalan mutu dalaman dan menepati piawaian keselamatan produk yang tinggi.

selebritionline portal hiburan

Menurut Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, ASTRA bukan sekadar bateri tetapi simbol kepada kualiti, ketelusan, dan jaminan selepas jualan. Malah, pengguna tidak perlu kembali ke bengkel untuk tuntutan waranti – segalanya akan diuruskan oleh Bateriku melalui sistem yang tersusun.

selebritionline portal hiburan

Tambah beliau, kelebihan utama ASTRA ialah memudahkan mekanik bengkel kerana urusan waranti kini boleh diselesaikan terus melalui talian 24 jam atau mana-mana pitstop Bateriku di seluruh negara.

selebritionline portal hiburan

Kepada pemilik bengkel yang ingin menyertai rangkaian pengedaran ASTRA, boleh hubungi 013-844 2816 atau email ke b2wteam@bateriku.com.

Tiada Lagi Masalah Jika Bateri Kong Dengan Bateriku.com

Jika sebelum ini masalah bateri kong secara tiba-tiba bakal merunsingkan para pemandu. Namun kini tidak lagi kerana anda boleh mendapatkan khidmat pertukaran bateri walau dimana – mana anda berada dengan Bateriku.com . Anda bukan sahaja boleh memuat turun aplikasi Bateriku.com melalui App Store dan Google Play Store. Selain itu,anda juga boleh menelefon di talian 1-300-22-2324 atau layari www.bateriku.com serta whatsapp 012-9388621.

Apa yang menarik mengenai servis yang Bateriku.com tawarkan adalah pihak pengguna hanya perlu membayar harga bateri sahaja. Perkhidmatan ini bermula jam 7.00 pagi sehingga 1.00 pagi setiap hari iaitu 365 hari setahun. Anda hanya perlu memberitahu jenis bateri atau jenis kereta anda dan pihak Bateriku.com akan menyusul ke tempat anda dengan kadar yang segera.

Penulis pernah menggunakan khidmat Bateriku.com ini pada tahun lepas.Masa yang diambil oleh petugas Bateriku.com untuk sampai ke lokasi penulis kurang dari satu jam. Manakala untuk memasang dan memeriksa bateri pula tidak sampai pun 30 minit. Mereka akan memeriksa dahulu adalah benar bateri yang problem,jika benar baru tukar. Pengguna hanya perlu membayar harga kos bateri sahaja.Jika bukan bateri yang rosak, maka pengguna tidak akan dikenakan sebarang charge.

Maka sekarang anda tidak perlu lagi panik atau gusar jika tiba-tiba kenderaan anda tidak start yakni bateri kong. Bateriku.com sentiasa ada dimana-mana ketika anda perlukan servis mereka.Apa yang anda perlu buat ialah menelefon di talian 1-300-22-2324 atau layari www.bateriku.com serta whatsapp 012-9388621.Anda juga boleh layari www.bateriku.com atau memuat turun aplikasi Bateriku.com melalui App Store dan Google Play Store.