Tag Archives: Bateriku

FESTIVAL MOTORMANIAC 2026 PACU ERA BAHARU BUDAYA AUTOMOTIF MALAYSIA

SHAH ALAM, 30 OGOS 2026 – Festival MotorManiac 2026 kembali dengan skala lebih besar menerusi gabungan dunia automotif, sukan permotoran, teknologi dan budaya jalanan. Memasuki edisi kelima, acara itu bakal berlangsung pada 5 dan 6 September ini di Rooftop, Aras 7, MyTOWN Kuala Lumpur.

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

Festival selama dua hari tersebut dijangka menarik lebih 40,000 peminat automotif. Ia bukan sekadar menawarkan pameran kereta, malah memperluaskan pengalaman pengunjung menerusi muzik, aktiviti drift, budaya jalanan, barangan eksklusif dan pelancaran produk baharu.

Menjelang acara tersebut, MotorManiac mengadakan sidang media di Shah Alam. Beberapa inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah ekosistem gaya hidup automotif.

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

Bateriku selaku penganjur turut meneruskan kerjasama strategik bersama Astra sebagai Penaja Utama. Petronas Syntium pula tampil sebagai Penaja Bersama, manakala Lazada menjadi Rakan Tiket Rasmi.

Penganjuran tahun ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Antara rakan lain yang terlibat ialah Red Bull, MyTOWN Shopping Centre, Retrohavoc, GGR dan F&N.

FESTIVAL MOTORMANIAC 2026 GABUNG AUTOMOTIF DAN MUZIK

Salah satu tarikan utama edisi kali ini ialah kerjasama bersama DEF JAM Southeast Asia. Jenama tersebut menjadi Rakan Pentas Rasmi bagi membawa pengalaman festival muzik secara terbuka kepada pengunjung.

Barisan persembahan menghimpunkan nama seperti Joe Flizzow, SonaOne, ALYPH, Ismail Izzani, Killa Driz, Lil J, Yonnyboii, AbangSapau dan DJ CZA.

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

Kolaborasi itu turut diperluaskan kepada koleksi barangan rasmi. Sebanyak 12 SKU diperkenalkan menerusi kerjasama eksklusif MotorManiac bersama DEF JAM Southeast Asia bagi edisi 2026.

Elemen budaya jalanan pula diperkasakan menerusi Jom Battle sebagai Rakan Rasmi B-Boy. Aktiviti itu diketuai Sora, sementara Keep It Street by Zeem Ahmad mengetengahkan persembahan bola sepak gaya bebas.

Pendekatan tersebut memperlihatkan bagaimana MotorManiac mahu membawa budaya automotif melangkaui pameran kenderaan semata-mata. Muzik, fesyen dan ekspresi jalanan kini menjadi sebahagian daripada identiti platform berkenaan.

MOTORMANIAC DRIFT ACADEMY BUKA LALUAN BAKAT BAHARU

Perkembangan penting turut hadir menerusi pengumuman MotorManiac Drift Academy dan pasukan drift ASTRA. Inisiatif tersebut membawa dimensi pembangunan bakat kepada ekosistem MotorManiac.

Antara nama antarabangsa yang terlibat ialah Rome Charpentier, pelumba Formula Drift PRO1 dari Amerika Syarikat. Turut bersama ialah Vernon Zwaneveld, hakim drift antarabangsa bertauliah FIA dan jurulatih drift.

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

Barisan itu dilengkapi Dika Champion, pelumba drift kebangsaan Indonesia dan Pengurus Operasi Sentul International Circuit. Seorang lagi pelumba Indonesia, Alvito Hardianto, turut disenaraikan dalam pasukan tersebut.

MotorManiac Drift Academy juga merupakan antara ahli pengasas World Drift School Alliance (WDSA). Kerjasama itu menghubungkan Malaysia dengan Indonesia, Amerika Syarikat dan Belanda.

Melalui latihan berstruktur, pertukaran pelajar dan jaringan antarabangsa, akademi berkenaan mahu menyediakan laluan pembangunan lebih tersusun. Sasaran utamanya ialah melahirkan pelumba Malaysia yang mampu bersaing pada peringkat lebih tinggi.

Pelajar berpotensi mendapat pendedahan kepada arena drift kebangsaan dan antarabangsa. Ia termasuk peluang membina pengalaman menuju persaingan di negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

APLIKASI MOTORMANIAC PERLUAS EKOSISTEM DIGITAL

Perjalanan MotorManiac juga tidak lagi tertumpu kepada acara fizikal. Sebuah aplikasi automotif digital sehenti diumumkan bagi menghubungkan komuniti, jenama serta rakan industri dalam satu platform.

Aplikasi MotorManiac bakal menawarkan akses kepada penjualan tiket, barangan rasmi, komponen prestasi dan penjualan jentera. Forum komuniti turut disediakan untuk menggalakkan interaksi antara peminat automotif.

Beberapa jenama termasuk DeWalt dan Works Engineering sudah menyertai ekosistem berkenaan. Langkah ini menunjukkan usaha MotorManiac membina platform yang beroperasi sepanjang tahun, bukan hanya ketika festival berlangsung.

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

Pengaruh antarabangsa turut diperluaskan melalui kerjasama media automotif dan pempengaruh. Antara nama yang bakal terlibat ialah CarCulth, Smokey Nicole, Tatsu Miyagawa, Clay Wong dan Final Drive.

Peminat model kereta mini pula boleh mengunjungi Mini Diecast Expo. Aktiviti ini menambah variasi kepada pengalaman festival untuk komuniti automotif daripada pelbagai segmen.

ASTRA-X SASAR DUNIA PERLUMBAAN DAN DRIFT

Satu lagi pengumuman penting ialah pengenalan ASTRA-X, bateri berteknologi lithium iron phosphate atau LFP. Produk tersebut dibangunkan khusus untuk penggunaan automotif berprestasi tinggi.

Berbanding penggunaan bateri konvensional, ASTRA-X menumpukan ciri ringan dan tahan lasak. Keupayaan itu menjadikannya sesuai untuk persekitaran perlumbaan serta drift yang memerlukan bekalan tenaga konsisten.

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

Bateri tersebut direka supaya mampu terus membekalkan tenaga kepada jentera ketika berlaku kegagalan alternator. Ia juga boleh dipulihkan selepas mengalami keadaan deep discharge.

Pengenalan produk ini memperlihatkan bagaimana ekosistem MotorManiac berkembang daripada aktiviti komuniti kepada pembangunan penyelesaian automotif yang lebih teknikal.

NISSAN CEFIRO A31 JADI HADIAH UTAMA

Tarikan Festival MotorManiac 2026 turut dipertingkat menerusi cabutan bertuah yang menawarkan sebuah Nissan Cefiro A31 sebagai hadiah utama.

Jentera ikonik tersebut dibangunkan khas oleh pasukan MotorManiac dalam keadaan sedia dipandu dan sedia untuk drift. Setiap pembelian RM50 barangan rasmi MotorManiac melayakkan pembeli menerima satu penyertaan cabutan.

Hadiah lain termasuk motosikal elektrik GGR, Teg Suspension Kit, Young Wrap Car Wrap, OMP Racing Helmet, Defi Meter Set serta peralatan DeWALT.

Tiket festival ditawarkan pada harga RM30 untuk pas sehari. Pas dua hari pula berharga RM50.

Barangan rasmi MotorManiac boleh diperoleh menerusi rakanbateriku.com, aplikasi Lazada atau pembelian secara terus ketika festival berlangsung.

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

Bermula sebagai pertemuan komuniti peminat kereta pada 2019, MotorManiac kini berkembang menjadi platform yang menggabungkan automotif, muzik, fesyen, sukan permotoran dan kandungan digital.

Edisi kelima ini memperlihatkan perubahan tersebut dengan lebih jelas. Festival bukan lagi sekadar tempat melihat jentera, sebaliknya menjadi platform pembangunan komuniti, bakat, produk dan teknologi dalam industri automotif Malaysia.

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

Dengan Drift Academy, aplikasi digital dan kerjasama antarabangsa, Festival MotorManiac 2026 membawa hala tuju yang lebih besar. Fokusnya kini bukan hanya meraikan budaya automotif, tetapi membina ekosistem yang mampu berkembang bersama generasi baharu peminat permotoran.

BATERI ASTRA BATERIKU PEROLEH SIJIL SIRIM, MAKMAL KUALITI DIPERKENALKAN


SHAH ALAM, 7 OGOS 2025Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia utama Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan di Malaysia, hari ini mencatat sejarah baharu menerusi pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang telah disahkan oleh SIRIM bagi kesemua 28 SKU produknya.

selebritionline portal hiburan

Dalam majlis yang turut menyaksikan perasmian Makmal Kualiti Bateriku, langkah ini dilihat sebagai usaha strategik memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama bateri ASTRA yang semakin berkembang dalam pasaran tempatan.

selebritionline portal hiburan

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan dihadiri wakil dari SIRIM Berhad, pemain industri automotif dan rakan strategik Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah merekodkan lebih 1 juta unit jualan — dibantu oleh kekuatan ekosistem Bateriku yang merangkumi 225 pitstop di seluruh Malaysia dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak (BHero) yang terlatih melalui Akademi Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Pensijilan SIRIM IEC 60095 mengesahkan ASTRA sebagai satu-satunya jenama tempatan dengan pengiktirafan rasmi bagi semua SKU termasuk Bateri MF, EFB dan AGM. Setiap pembelian ASTRA disertakan Perlindungan Insuran Takaful GPA percuma sehingga RM7,000 — inisiatif pertama dalam industri bateri tempatan.

selebritionline portal hiburan

Pengguna turut menikmati waranti seluruh negara (Nationwide Warranty Assist), membolehkan bantuan segera di mana-mana lokasi Malaysia melalui jaringan teknikal Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Penubuhan Makmal Kualiti Bateriku di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. turut memperkukuh kawalan mutu dalaman dan menepati piawaian keselamatan produk yang tinggi.

selebritionline portal hiburan

Menurut Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, ASTRA bukan sekadar bateri tetapi simbol kepada kualiti, ketelusan, dan jaminan selepas jualan. Malah, pengguna tidak perlu kembali ke bengkel untuk tuntutan waranti – segalanya akan diuruskan oleh Bateriku melalui sistem yang tersusun.

selebritionline portal hiburan

Tambah beliau, kelebihan utama ASTRA ialah memudahkan mekanik bengkel kerana urusan waranti kini boleh diselesaikan terus melalui talian 24 jam atau mana-mana pitstop Bateriku di seluruh negara.

selebritionline portal hiburan

Kepada pemilik bengkel yang ingin menyertai rangkaian pengedaran ASTRA, boleh hubungi 013-844 2816 atau email ke b2wteam@bateriku.com.

Tiada Lagi Masalah Jika Bateri Kong Dengan Bateriku.com

Jika sebelum ini masalah bateri kong secara tiba-tiba bakal merunsingkan para pemandu. Namun kini tidak lagi kerana anda boleh mendapatkan khidmat pertukaran bateri walau dimana – mana anda berada dengan Bateriku.com . Anda bukan sahaja boleh memuat turun aplikasi Bateriku.com melalui App Store dan Google Play Store. Selain itu,anda juga boleh menelefon di talian 1-300-22-2324 atau layari www.bateriku.com serta whatsapp 012-9388621.

Apa yang menarik mengenai servis yang Bateriku.com tawarkan adalah pihak pengguna hanya perlu membayar harga bateri sahaja. Perkhidmatan ini bermula jam 7.00 pagi sehingga 1.00 pagi setiap hari iaitu 365 hari setahun. Anda hanya perlu memberitahu jenis bateri atau jenis kereta anda dan pihak Bateriku.com akan menyusul ke tempat anda dengan kadar yang segera.

Penulis pernah menggunakan khidmat Bateriku.com ini pada tahun lepas.Masa yang diambil oleh petugas Bateriku.com untuk sampai ke lokasi penulis kurang dari satu jam. Manakala untuk memasang dan memeriksa bateri pula tidak sampai pun 30 minit. Mereka akan memeriksa dahulu adalah benar bateri yang problem,jika benar baru tukar. Pengguna hanya perlu membayar harga kos bateri sahaja.Jika bukan bateri yang rosak, maka pengguna tidak akan dikenakan sebarang charge.

Maka sekarang anda tidak perlu lagi panik atau gusar jika tiba-tiba kenderaan anda tidak start yakni bateri kong. Bateriku.com sentiasa ada dimana-mana ketika anda perlukan servis mereka.Apa yang anda perlu buat ialah menelefon di talian 1-300-22-2324 atau layari www.bateriku.com serta whatsapp 012-9388621.Anda juga boleh layari www.bateriku.com atau memuat turun aplikasi Bateriku.com melalui App Store dan Google Play Store.