Tag Archives: Berita Harian

ABPBH 37 TERUS UNGGUL SEBAGAI ACARA PILIHAN NO.1 MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 25 September 2025 – Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 37) menegaskan kedudukannya sebagai acara hiburan nombor satu pilihan peminat dengan tema SATU Keunggulan. Sejak mula diperkenalkan pada 1987, ABPBH kekal sebagai acara anugerah hiburan paling lama bertahan di Malaysia .

Tema SATU Keunggulan melambangkan aspirasi setiap anak seni untuk menjadi terbaik dalam industri kreatif era digital. Ia juga menyatukan pelbagai cabang seni di bawah satu pentas berprestij yang diraikan saban tahun.


UNDIAN CALON TOP 20 DIBUKA

Sebanyak 16 kategori utama dipertandingkan termasuk Penyanyi Lelaki Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular, Pengacara TV Popular dan lain-lain. Turut diperkenalkan lima kategori Ekstra! seperti Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom, Artis Kontroversi Popular dan Seller Terpaling Popular .

Poster rasmi ABPBH 37 dengan tema SATU Keunggulan

Antara nama yang tersenarai dalam Top 20 ABPBH 37 ialah:

  • Artis Baharu Lelaki Popular: Aiman Zaidi, Hazeeq Dean, Sky Iskandar
  • Artis Baharu Wanita Popular: Auni Yusri, Chaca Trisha, Wawa Shazwa
  • Penyanyi Lelaki Popular: Hael Husaini, Khai Bahar, Yonnyboii
  • Penyanyi Wanita Popular: Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri
  • Aktor Filem Popular: Alif Satar, Datuk Aaron Aziz, Zul Ariffin
  • Aktres Filem Popular: Maya Karin, Nur Fazura, Sweet Qismina

Proses pengundian bermula 25 September hingga 9 November 2025 di laman rasmi www.abpbh.com.my. Undian boleh dibuat secara percuma, manakala undian gandaan boleh diakses melalui langganan BH Digital dan Tonton .


MALAM KEMUNCAK DAN TROFI UTAMA

Pemenang setiap kategori akan ditentukan berdasarkan 70% undian peminat dan 30% penilaian juri profesional. Trofi utama Bintang Paling Popular ABPBH 37 akan dianugerahkan kepada calon dengan undian tertinggi, selain Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai penghargaan kepada tokoh seni berpengaruh .

Sebagai penanda aras hiburan tanah air, ABPBH 37 bukan sekadar meraikan populariti, tetapi turut menonjolkan kredibiliti industri seni yang sentiasa berkembang. Malam kemuncak dijangka menjadi acara paling ditunggu peminat dengan pengumuman pemenang setiap kategori.

📌 Undi calon pilihan anda di laman rasmi: ABPBH 37

SUPERLAWAK FC 2014 Jelajah Satu Malaysia

VP5D1850

Perjalanan SUPERLAWAK FC bermula pada tahun 2013 di mana mereka telah mengadakan beberapa sesi jelajah bolasepak  di seluruh negara.  Sambutan yang di terima dari para peminat SUPERLAWAK FC amat luarbiasa sekali.

Lebih dari 100,000 peminat SUPERLAWAK FC telah datang untuk menyaksikan beberapa pertandingan bolasepak persahabatan di antara SUPERLAWAK FC  dengan  Pahang  FC, Astro Arena FC,  The Band FC, Veteran MPKU Kulai dan  UiTM Lecturers.

Sejajar dengan itu, Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Rumah Artis Management telah mengambil inisiatif untuk untuk menganjurkan Siri Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014.

VP5D1740

Enam buah negeri telah dikenalpasti untuk siri jelajah tersebut bermula dari 27hb September 2014 sehingga 26hb Oktober 2014.

Kali ini SUPERLAWAK FC bakal beraksi menentang bekas pemain bolasepak negeri-negeri yang terpilih dan juga selebriti tempatan.  Dijangka lebih dari 50,000 peminat akan datang menyaksikan perlawanan tersebut di setiap lokasi yang diadakan.

SUPERLAWAK FC amat bertuah kerana mendapat sokongan dari Sinar FM sebagai radio rasmi dan Berita Harian sebagai surat khabar rasmi siri jelajah ini.

VP5D1700

SUPERLAWAK FC juga amat bertuah kerana Admiral, jenama sukan ternama telah bersetuju untuk menjadi pakaian sukan rasmi untuk SUPERLAWAK FC.

Tiket masuk yang dikenakan hanya RM 10.00 seorang sahaja.  Amat berbaloi harga tiket ini kerana anda bakal memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan menerusi sesi cabutan bertuah.

Acara akan dimulakan dari jam 4.00 petang dan berakhir 12.00 tengah malam. Penonton tidak akan merasa bosan kerana mereka bakal dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis Sony Music dan juga berpeluang untuk beramah mesra dengan mereka.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai gerai jualan yang di sediakan di mana terdapat pelbagai jenis barangan yang menarik yang boleh di beli dengan harga yang berpatutan.

VP5D1748

SIRI JELAJAH MALAYSIA SUPERLAWAK FC 2014 

Tarikh                                     Tempat                                                           Negeri 

27hb September 2014            Stadium Hang Jebat                                       Melaka

28hb September 2014            Stadium Pasir Gudang                                   Johor

11hb Oktober 2014                 Stadium Likas                                     Sabah

18hb Oktober 2014                 Stadium Darul Aman , Alor Setar                   Kedah

19hb Oktober 2014                 Stadium Perak , Ipoh                                      Perak

26hb Oktober 2014                 Stadium Negeri, Kuching                                Sarawak

VP5D1755

SENARAI PEMAIN SUPERLAWAK FC 2014

  1. Dato’ AC Mizal
  2. Jep Sepahtu
  3. Shuib Sepahtu
  4. Rahim Sepahtu
  5. Fad Bocey
  6. Achey Bocey
  7. Ajak Shiro
  8. Johan Era Radio
  9. Emal School of Lawak
  10. Jali School Of Lawak
  11. Along Cham
  12. Atu Raja Lawak
  13. Akim AF
  14. Zainal Abidin Hassan ( Bekas Pemain Pahang)