Tag Archives: Black Box

Aru Peruzza & The Republic Hangatkan Sound Of Music

Nama popular seperti Aru Peruzza & The Republic, Farasu, Muck dan Rosewood adalah antara 10 buah kumpulan yang akan beraksi dalam sebuah persembahan istimewa, “Sound Of Music” yang akan berlangsung pada 29 Disember ini.

Konsert yang bermula jam 4 petang hingga lewat malam itu turut menampilkan band underground seperti Shizuka Ben Aman, Riddim Bois, Hater’17, Vixxen, Supersonic dan Jim’s and The ABC Kids akan di adakan di Black Box, Publika Kuala Lumpur.

“Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan percaturan pelbagai genre yang kami cuba ketengahkan, namun kami mempunyai asas yang kukuh kerana satu ketika dahulu banyak gig-gig yang telah menerapkan konsep sebegini”, ujar penganjur dalam satu kenyataan media.

“Setiap kumpulan pasti ada pengikutnya yang tersendiri, malah penyatuan ini lebih membuktikan bahawa seni muzik arus bawah tanah itu tetap menerapkan nilai estetika kepada pemuzik mahupun peminat mereka”, tambah penganjur.

Tiket dijual pada harga RM35 (Pre Sale) dan RM45 jika di beli di pintu masuk pada hari konsert berlangsung. Sebarang pertanyaan sila hubungi 01137603233 atau 019 6940793

 

Karnival Khas Buat Fanatika Metallica

Satu karnival khas buat fan tegar kumpulan heavy metal dunia yang tidak perlu di singkap popularitinya, Metallica bakal di adakan di Kuala Lumpur pada 17 September nanti.  Antara objektif utama karnival ini di adalah adalah untuk merapatkan hubungan di kalangan pencinta tegar kumpulan Metallica yang berada di Malaysia.

Karnival yang dikenali sebagai “Metallicarnival” ini bakal berlangsung pada 17 September 2017 di perkarangan Black Box, Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur.  Pelbagai acara bakal di adakan bersempena dengan “Metallicarnival” ini antaranya ialah pameran koleksi barangan daripada peminat tegar Metallica itu sendiri samada berbentuk fizikal seperti koleksi kaset, cd, vinly, t-shirt dan sebagainya.

Ini adalah penganjuran sulung  Malaysian Magnetic malah ianya karnival pertama yang di adakan khusus untuk fan tegar Metallica di Malaysia.  Peminat yang hadir pada hari tersebut turut berpeluang untuk menyaksikan filem “Through The Never” yang menggabungkan lakonan mantap daripada jentera Metallica itu sendiri, apa yang pasti ianya eksklusif.

“Metallicarnival” pasti akan sunyi tanpa adanya persembahan daripada kumpulan tempatan yang akan membariskan lagu-lagu saduran daripada Metallica. Maxxxter , The Ironman Bars dan Distorted Outlaws bakal membuat persembahan pada hari tersebut.

Karnival bakal bermula sekitar jam 3 petang ini hanya mengenakan tiket sebanyak RM30 sahaja.  Pembelian tiket boleh di buat dengan melayari Malaysianmagnetic.com atau sewaktu karnival berlangsung.