Tag Archives: Broadway Media

AKUSTIK REPVBLIK “SANDIWARA CINTA”

AkustikRepvblikRepvblik yang merupakah sebuah Band berasal dari Indonesia dianggotai oleh Ruri (Vokal), Hexa (Rhythm Gitar), Lafi Hariyatulafian (Bass), Tyar (Keyboard & Backing Vokal), Chiel (Drum) dan Ei (Lead Gitar). Album yang dilancarkan pada 2014 “Sandiwara Cinta” mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Lagu Sandiwara Cinta yang menjadi hits dan terbaru, lagu dari album yang sama Selimut Tetangga juga menjadi antara lagu dari Indonesia yang paling diminati.

AkustikRepvblik 1Sehubungan dengan itu, pihak Broadway Media bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak MVM Production untuk menghasilkan sebuah program dari band ini khas untuk peminat-peminat mereka di Malaysia. Program Akustik Repvblik “Sandiwara Cinta” yang berdurasi 30 minit akan ditayangkan eksklusif sempena lebaran (Julai 2015) di Bintang 141. #akustikrepvblik

IBOOM Program Hiburan Terbaru Dari Indopek

IMG_7594 copy

Sebuah program carta muzik Indonesia terbaru di Indopek, yang dihoskan oleh pelawak terkenal Ajak (SHIRO). Program yang berkonsepkan carta lagu-lagu dari seberang ini bakal menampilkan barisan artis ternama dari indonesia seperti Kris Dayanti, Cakra Khan, Wali Band serta ramai lagi sebagai tetamu undangan untuk setiap episod.

IBOOM adalah sebuah program dimana peminat-peminat lagu dari seberang dapat mengikuti perkembangan terkini dan mengetahui tentang lagu terbaru artis pujaan mereka.

Berbeza dengan program hiburan yang sedia ada, program IBOOM yang  berdurasi 30 minit ini mempunyai 3 segmen utama iaitu Bual Santai bersama artis jemputan,Carta IBOOM dan segmen Speaker Pecah.

IMG_7621 copy

Carta muzik IBOOM bakal menampilkan 10 lagu dari Indonesia yang popular dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia mahupun Indonesia.  Setiap minggu juara carta IBOOM akan di pilih oleh penonton melalui undian di facebook, youtube serta instagram melalui www.facebook.com/indopek

Tonton IBOOM eksklusif di saluran Bintang (141) setiap hari Sabtu jam 12.00 tengah hari. “Bercanda Loe”. 

Broadway Media Jalin Kerjasama Dengan B Channel

WP_20140318_14_33_59_Pro__highres copy

Jika sebelum ini pihak Broadway Media menjalinkan kerjasama dengan Trans TV, kali ini B Channel pula menjadi pilihan mereka. Dua program talk show yang terkenal  B Channel  iaitu Late Nite Show With Omesh dan Ladies Nite bakal ditayangkan di saluran Bintang  (141) Indopekastro mulai April ini.

Kedua-dua talk show ini dipilih berdasarkan rating yang tinggi ketika ia ditayangkan di Indonesia.

IMG_1391

“Seperti yang semua sedia maklum, program-program Indopek yang kami bekalkan untuk siaran Bintang di Astro selama ini adalah program yang memang terbaik dan popular di Indonesia kerana kami mahu memastikan pelanggan dari Indonesia yang tinggal di Malaysia gembira dan berpuas hati,” ujar Shafirul Nizam Haron, Pengurus Besar Broadway Media.

“Kami memilih Late Nite Show With Omesh kerana hosnya Omesh punya ramai peminat dari program-program yang sebelum ini kami tayangkan sebelum ini.Seperti Ladies Nite pula, ia sebuah program yang membicarakan tentang wanita yang lebih urban dan fresh,” tambah beliau lagi.

WP_20140318_14_12_33_Pro__highres

Late Nite Show With Omesh yang merupakan talk show mengenai tokoh dan selebriti akan di tayangkan di saluran Bintang (Astro 141) setiap hari Khamis 9 malam, mulai 10 April ini.

Ladies Nite pula merupakan talk show yang mengangkat tema-tema yang dekat dengan penonton wanita. Talk show yang dikemudikan oleh Anya Dwinov akan ditayangkan di saluran Bintang (141) setiap Khamis jam 10 malam mulai 1 Mei ini.