Tag Archives: CA Academy

CA PRIME GOLD PERKASA EKOSISTEM USAHAWAN EMAS MENERUSI GOLD PRENEUR DAN CA ACADEMY

CA Prime Gold melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkasakan industri emas negara apabila memperkenalkan Program Gold Preneur CA Prime Gold serentak dengan pelancaran Kempen Kesedaran Miliki Emas & Emas Sebagai Aset Jaminan, sekali gus memperkenalkan Gold Consultant License (GCL) dan Gold Preneur Programme (GPP).

Inisiatif yang diterajui menerusi CA Academy itu bukan sekadar mempromosikan pemilikan emas sebagai aset bernilai, malah menjadi platform pembangunan modal insan yang memberi fokus kepada latihan kemahiran, keusahawanan, literasi kewangan dan transformasi digital.

CA Prime Gold melancarkan Program Gold Preneur di Kuala Lumpur.

Menerusi pendekatan bersepadu ini, CA Prime Gold mahu melahirkan lebih ramai usahawan emas profesional yang mampu membina kerjaya mampan, selain menyokong agenda pembangunan ekonomi negara melalui pendidikan dan latihan berasaskan industri.

CA ACADEMY JADI PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN EMAS

Sebagai cabang latihan di bawah CA Prime Gold, CA Academy diwujudkan bagi menyediakan platform pembangunan bakat yang menggabungkan latihan industri, pensijilan profesional serta pembangunan kompetensi kepada bakal usahawan emas.

Akademi ini memainkan peranan sebagai pusat latihan yang menghubungkan peserta dengan peluang kerjaya, bimbingan perniagaan dan pembangunan kemahiran yang selari dengan keperluan industri semasa.

Malah, modul latihan yang disediakan turut memberi penekanan terhadap pembangunan sahsiah, kepimpinan, komunikasi, pengurusan kewangan dan penggunaan teknologi supaya peserta lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi moden.

GABUNGKAN TVET, LITERASI KEWANGAN DAN AI

Program Gold Preneur dibangunkan menggunakan konsep 3P iaitu Pelatihan, Penempatan dan Pendapatan, sekali gus menyokong usaha memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.

Peserta akan mengikuti latihan yang merangkumi ilmu berkaitan industri emas, pengurusan kewangan, pembangunan perniagaan, pemasaran digital, penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) serta pembangunan kompetensi yang boleh membawa kepada pensijilan mengikut standard pihak berkuasa berkaitan.

CA Prime Gold melancarkan Program Gold Preneur di Kuala Lumpur.

Selain membantu meningkatkan kebolehpasaran peserta, pendekatan tersebut turut membuka ruang kepada mereka untuk membina perniagaan sendiri berasaskan kemahiran dan teknologi.

Program ini disasarkan kepada belia, graduan, alumni TVET, usahawan mikro dan kecil, suri rumah, pesara, kakitangan sektor awam serta swasta, selain komuniti luar bandar yang ingin menjana pendapatan melalui industri emas.

SASAR LATIH 10,000 GOLD PRENEUR MENJELANG LIMA TAHUN

Bagi memastikan impak lebih besar kepada ekonomi negara, CA Prime Gold menyasarkan untuk melatih 10,000 Gold Preneur dalam tempoh lima tahun akan datang.

Syarikat itu turut menetapkan sasaran melahirkan 2,000 usahawan emas sepenuh masa yang memiliki kemahiran profesional dan mampu membangunkan perniagaan secara mampan.

Dalam tempoh sama, sebanyak 30 Akademi Gold Preneur akan diwujudkan di seluruh negara melalui kerjasama strategik bersama pelbagai agensi dan organisasi bagi memperluaskan akses latihan kepada masyarakat.

Usaha tersebut dijangka bukan sahaja meningkatkan jumlah usahawan dalam industri emas, malah membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, memperkukuh ekonomi komuniti dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

BALANCED SCORECARD PASTIKAN PESERTA TERUS BERDAYA SAING

Bagi memastikan pembangunan peserta dapat diukur secara menyeluruh, Balanced Scorecard Gold Preneur diperkenalkan sebagai mekanisme penilaian prestasi program.

Penilaian dibuat berdasarkan empat komponen utama iaitu prestasi kewangan, pembangunan pelanggan, proses dalaman serta pembelajaran dan pertumbuhan.

CA Prime Gold melancarkan Program Gold Preneur di Kuala Lumpur.

Aspek kewangan memberi fokus kepada pertumbuhan jualan dan peningkatan pendapatan peserta, manakala dimensi pelanggan menilai pemerolehan pelanggan baharu, kadar pengekalan pelanggan serta tahap kepuasan pelanggan.

Bagi proses dalaman pula, penilaian merangkumi kadar tamat latihan, pencapaian kompetensi dan produktiviti, sementara dimensi pembelajaran memberi tumpuan kepada pembangunan jurulatih, pensijilan kemahiran, inovasi digital serta penggunaan AI.

GCL DAN GPP BINA GENERASI BAHARU PROFESIONAL EMAS

Bersempena pelancaran itu, CA Prime Gold turut memperkenalkan Gold Consultant License (GCL) dan Gold Preneur Programme (GPP) sebagai laluan pembangunan profesional dalam industri emas.

Menerusi GCL, peserta akan didedahkan kepada latihan industri, pensijilan profesional, strategi pemasaran serta pemahaman menyeluruh mengenai perdagangan emas.

Sementara itu, GPP memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan generasi baharu melalui latihan intensif, bimbingan mentor, pembangunan kepimpinan serta strategi membina perniagaan yang mampan.

Kedua-dua inisiatif tersebut diharap mampu melahirkan lebih ramai perunding dan usahawan emas yang kompeten, berintegriti serta bersedia bersaing dalam industri yang semakin berkembang.

KEMPEN KESEDARAN MILIKI EMAS DIPERLUAS

Seiring pelancaran program tersebut, CA Prime Gold turut memperkenalkan Kempen Kesedaran Miliki Emas & Emas Sebagai Aset Jaminan bagi meningkatkan literasi kewangan masyarakat.

Kempen itu memberi penekanan bahawa emas fizikal bukan sahaja sesuai dijadikan instrumen simpanan, malah berfungsi sebagai aset perlindungan nilai kekayaan dan jaminan kewangan jangka panjang.

Menurut pihak penganjur, budaya memiliki emas perlu dipupuk sejak awal kerana ia mampu membantu individu dan keluarga membina kestabilan kewangan selain mewujudkan legasi yang lebih kukuh untuk generasi akan datang.

“Kami percaya bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing. Program Gold Preneur diwujudkan bagi melahirkan usahawan yang bukan sahaja mampu menjana pendapatan, malah mempunyai kompetensi profesional, literasi kewangan yang kukuh dan bersedia menghadapi ekonomi digital. Ini adalah pelaburan kepada masa depan rakyat dan negara,” kata pihak penganjur.

KERJASAMA STRATEGIK LUASKAN EKOSISTEM GOLD PRENEUR

Majlis pelancaran turut menyaksikan pemeteraian Surat Hasrat Kerjasama (LOU) bersama TEKUN Nasional, COSHARE, PERHEBAT, Persekutuan Pengakap Malaysia dan MIPay.

Kerjasama strategik tersebut bakal memperluaskan capaian latihan, memperkukuh pembangunan modal insan, membuka laluan pensijilan profesional serta mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat.

Malah, CA Academy turut mengalu-alukan penyertaan institusi pengajian tinggi, institusi TVET, agensi kerajaan, sektor korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemain industri untuk bersama-sama membangunkan ekosistem Gold Preneur di seluruh negara.

Dengan gabungan latihan, teknologi, pensijilan dan jaringan strategik, CA Prime Gold optimis inisiatif ini mampu melahirkan generasi baharu usahawan emas yang lebih profesional, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital, sekali gus mengukuhkan budaya literasi kewangan serta pemilikan emas sebagai aset strategik untuk masa depan.