Tag Archives: Coca-cola

Coca-Cola Meneruskan Kontrak Penjualan di Pawagam Golden Screen Cinemas

Coca-Cola Malaysia telah memperbaharui kerjasamanya dengan rangkaian pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (GSC) dengan termeterainya perjanjian konsesi lanjutan, sekaligus mengukuhkan lagi hubungan perniagaan strategik yang terjalin sejak tiga dekad.

Memorandum persefahaman itu telah ditandatangani hari ini oleh Encik Louis Balat Joseph, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan untuk Singapura, Malaysia, dan Brunei serta Puan Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas dalam satu majlis yang dilangsungkan di Aurum Theatre.

“Kami amat berbangga dapat meneruskan kerjasama strategik kami dengan GSC dan berkongsi ‘keajaiban’ bersama pengunjung pawagam melalui rangkaian minuman kami yang menyegarkan, selaras dengan falsafah ‘Real Magic’ kami. Kerjasama ini juga melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh di antara Coca-Cola dan GSC,” kata Louis Balat Joseph, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan untuk Singapura, Malaysia dan Brunei.

Para peminat filem boleh menikmati bukan sahaja Coke yang sejuk, malah juga jenama popular lain dalam portfolio Coca-Cola seperti Sprite, Fanta, A&W, Ayataka, rangkaian Heaven & Earth dan minuman buah-buahan yang menyegarkan; Minute Maid Pulpy Orange. Para peminat filem juga boleh memilih produk yang disediakan mengikut pesanan, seperti set kombo di kaunter atau set e-kombo pra-beli melalui Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC.

“Dengan adanya kerjasama erat yang menjangkau lebih 3 dekad, kerjasama kami yang diperbaharui dengan Coca-Cola Malaysia menandakan satu pencapaian yang penting dalam sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami. Sejajar dengan matlamat kami untuk mencipta pengalaman sinematik yang menarik, kami sentiasa berusaha untuk berinovasi dalam penawaran kami untuk memberikan akses dan nilai yang lebih besar kepada para penonton filem, kini dengan rangkaian produk, promosi dan tawaran eksklusif yang lebih luas yang dibawakan kepada kita semua oleh Coca-Cola Malaysia yang mana boleh dinikmati di seluruh pawagam kami,” kata Puan Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas.

Coca-Cola dan GSC mengalu-alukan para pelanggan menyertai kempen terbaru sempena meraikan kerjasama strategik kedua-dua pihak di mana hadiah istimewa edisi terhad berupa  sebuah skuter Vespa Coca-Cola yang unik dan elegan bakal menanti pemenang. Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membelanjakan lebih daripada RM50 dalam satu transaksi untuk tiket wayang dan kombo Coca-Cola di pawagam GSC dalam tempoh promosi di antara bulan April hingga Mei. Peminat motosikal dan skuter Vespa juga boleh melihat secara dekat motosikal kegemaran mereka yang bakal dipamerkan di lokasi-lokasi GSC terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman media sosial GSC.

Sebagai tanda penghargaan kepada kerjasama jangka panjang antara kedua-dua jenama ikonik tersebut, dan bagi meraikan musim perayaan Aidilfitri, GSC bakal menganjurkan sebuah pameran wayang kulit yang menarik di Aurum Theatre, The Gardens Mall dari 31 Mac – 8 Mei. Dizahirkan oleh artis visual kontemporari tempatan dan pengasas bersama Fusion Wayang Kulit, Tintoy Chuo, pameran itu menggambarkan kisah dan evolusi perkongsian antara kedua-dua jenama tersebut, dengan sentuhan moden dalam tradisi yang diceritakan melalui seni wayang kulit.

Demam bola melanda Coca-Cola Collectors Fair 2018

Acara tahunan Coca-Cola Collectors Fair kembali ke Berjaya Times Square di mana kira-kira 70 pengumpul dari 13 negara berhimpun untuk mempamer, menukar dan menjual segala barangan Coca-Cola.

Sempena Piala Dunia FIFA Russia 2018 yang dinanti-nantikan bulan hadapan, tema tahun ini segalanya berkaitan bola sepak di mana hubungan sekian lama Coca-Cola bersama Fédération Internationale de Football Association (FIFA) yang bermula pada 1974 memastikan pelbagai himpunan koleksi Coca-Cola daripada pelbagai acara FIFA dipamerkan.

70 collectors from 13 countries participated in the annual Coca-Cola Collectors Fair 2018 at Berjaya Times Square

“Coca-Cola sentiasa berkongsi minat peminat bola sepak di seluruh dunia dan menerusi kerjasama dengan FIFA, kami menjuarai kuasa permainan untuk menghimpunkan masyarakat bersama-sama. Kami bersedia untuk membawakan keterujaan sempena Piala Dunia FIFA Russia 2018 dan untuk menyelami mood ini, kami mengetengahkan tema Coca-Cola Collectors Fair tahun ini segalanya tentang bola sepak yang mana orang ramai berpeluang menyaksikan sejarah dan jalinan hubungan antara Coca-Cola dan FIFA sepanjang beberapa dekad ini,” kata Gareth McGeown, Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei, Syarikat Coca-Cola.

Bersama-sama pengumpul dari Malaysia serta turut disertai peminat dari Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea, Jepun, Sepanyol dan Perancis, edisi kelapan Coca-Cola Collectors Fair menjanjikannya sebagai acara antarabangsa yang tersendiri.

Pengumpul Malaysia, Joe Lim yang berusia 41 tahun mula mengumpul koleksi botol pertama Coca-Cola dari China pada 2002 dan meneruskannya hingga kini. Dia kini berbangga memiliki  hampir 1,000 botol ikonik daripada pelbagai saiz dan bahan.

CEO Bottling Investment Group Singapore-Malaysia-Brunei, The Coca-Cola Company, Gareth McGeown (right_standing) with members of the Malaysian Coca-Cola Collectors Club

.“Ini kali ketujuh saya menyertai acara tahunan ini dan saya seronok bersama rakan pengumpul lain yang datang dari jauh dan dekat. Kami  bukan saja bertukar koleksi tetapi turut berkongsi cerita dan pengalaman, yang bagi saya sesuatu yang sangat berharga. Coca-Cola Collectors Fair menjadi perhimpunan terbesar di rantau ini dan satu platform yang menarik untuk menghimpunkan pengumpul bersama,” kata Lim.

Selain daripada pengumpul, orang ramai juga mengunjungi pesta tersebut untuk meneroka dunia baru dan menyertai permainan yang menyeronokkan bagi memenangi koleksi edisi terhad Coca-Cola. Mereka juga berpeluang untuk mendapatkan tawaran menarik di gerai Wendy’s dan Hero Market pada acara berkenaan.

Collector Kwek Kiok Liang receives the Best Display Award from Ahmad Yehia, Country Manager for Malaysia-Singapore-Brunei, The Coca-Cola Company

Rakan runcit Coca-Cola memberi sokongan kepada acara ini dengan tawaran istimewa –  Hidangan mengenyangkan Wendy’s dengan tawaran nilai berganda RM5 untuk 2 ayam goreng  rangup dan RM1.50 untuk 2 kon berkrim Frosty, manakala Hero Market melegakan dahaga dengan harga rendah RM1 untuk tin 320ml bagi pelbagai jenis minuman oleh Syarikat Coca-Cola.

Sementara itu, Berjaya Times Square kembali sebagai penaja rasmi venue untuk Coca-Cola Collectors Fair.

Coca-Cola Collectors Fair di Malaysia bermula sejak 2011 dan secara tradisinya diadakan pada bulan Mei sempena Hari Pengasasnya di mana Coca-Cola pertama kali diperkenalkan pada 8 Mei 1886 di Atlanta, Amerika Syarikat.

 

Coca-Cola Malaysia laksana pelbagai inisiatif sepanjang Ramadan

Coca-Cola Malaysia melaksanakan pelbagai inisiatif di seluruh negara sepanjang Ramadan ini, antaranya mengadakan majlis berbuka puasa untuk golongan kurang bernasib baik yang dijalankan bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid Malaysia) dan membawakan watak televisyen popular, Mak Cun, di beberapa Bazar Ramadan bagi membantu peniaga menarik pelanggan.

“Bagi rakyat Malaysia, Ramadan adalah waktunya untuk bersama keluarga, berhimpun sesama anggota masyarakat dan juga bulan untuk kebajikan dengan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Sebagai sebuah syarikat bertaraf global yang berada di negara ini sejak 80 tahun lalu, Coca-Cola gembira kerana dapat menyumbang kepada anggota masyarakat di tempat di mana kami menjalankan perniagaan,” kata Pengurus Negara, Malaysia, Singapura dan Brunei The Coca-Cola Company, Ahmad Yehia.

Program kebajikan tahunan pada bulan Ramadan Muslim Aid Malaysia Fast2Feed tahun ini yang diadakan di 26 lokasi di seluruh negara ditaja oleh Coca-Cola dengan menyediakan hidangan berbuka puasa dan barangan keperluan kepada 4,000 penerima, termasuk duit Raya dan pakaian baharu bagi memberikan keceriaan kepada mereka sepanjang Ramadan ini seterusnya menyambut Hari Raya.

Pada program yang dijalankan, sementara menunggu waktu berbuka puasa, kanak-kanak yang terbabit akan dihiburkan dengan aktiviti seni dan kerjatangan manakala kakitangan Coca-Cola dari cawangan seluruh negara akan melayan mereka sewaktu majlis berbuka puasa dan turut terbabit dengan aktiviti yang diadakan.

Memasuki tahun kelapan, kerjasama antara Coca-Cola dengan Muslim Aid Malaysia turut menyaksikan pembabitan beberapa pelanggan Coca-Cola Malaysia – Texas Chicken, Mydin, AEON Big, CapitaLand Malaysia dan PNB Commercial – yang memberikan sentuhan istimewa pada majlis yang diadakan dengan memberikan cenderahati untuk menjadikan apa yang dilalui sebagai satu pengalaman yang cukup bermakna.

“Pembabitan berterusan Coca-Cola membolehkan Muslim Aid Malaysia meningkatkan capaiannya terhadap lebih ramai komuniti kurang bernasib baik tahun demi tahun. Kami amat mengalu-alukan sumbangan masyarakat awam, sama ada orang perseorangan atau syarikat korporat untuk bersama kami membantu dan menunjukkan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan terutama pada bulan Ramadan,” Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Muslim Aid Malaysia, Habsah Marjuni.

Selain itu, program latihan Coca-Cola Malaysia untuk usahawan – Coca-Cola Komuniti Usahawan (Coca-Cola KU) juga mengambil tempat sepanjang Ramadan ini yang mana 30 usahawan wanita yang dibimbing di bawah program yang dijalankan di seluruh negara itu, menjalankan perniagaan di beberapa Bazar Ramadan, menjual pelbagai hidangan enak.

Bagi menceriakan Bazar Ramadan berkenaan, pelbagai acara dirancang seperti lawatan oleh watak siri televisyen popular, Mak Cun yang dibawakan Erma Fatimah, yang juga peniaga kecil yang berusaha menjadi usahawan berjaya di desanya, juga siaran langsung oleh penyampai radio dari beberapa stesen radio serta kehadiran trak Coca-Cola.

Turut bersama Coca-Cola tahun ini adalah Pengurus Operasi, perniagaan Coca-Cola di Palestin, National Beverage Company, Mohamad Safi, 35, yang pertama kali meraikan Ramadan di Malaysia kerana mengikuti program pertukaran dan mendalami proses perniagaan di loji berteknologi tinggi Coca-Cola Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan. Sebagai timbal balik kepada program ini, kakitangan Coca-Cola Malaysia akan dihantar ke National Beverage Company untuk berkhidmat di sebuah daripada empat lojinya yang mengeluarkan minuman Coca-Cola untuk penduduk negara itu.

COCA-COLA® Lancar Koleksi Pakaian Di Malaysia

Photo 2

Segala-galanya bermula dari tahun 1886. Demi memenuhi perasaan ingin tahunya, seorang ahli farmasi di Atlanta telah menghasilkan sejenis minuman –  gabungan air sirap dan air bergas sehingga mendapat pujian daripada mereka yang telah merasainya. Semenjak itu, minuman Coca-Cola sudah berjaya menambat hati ribuan juta pengguna di serata dunia.

Maka tidak hairanlah mengapa populariti Coca-Cola kini merangkumi segenap peringkat umur. Jadi, tiada yang lebih bermakna kecuali meraikan keriangan ini dengan memperkenalkan koleksi pakaian Coca-Cola yang pertama di Malaysia. Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Pasifik yang melancarkan rangkaian fesyen Coca-Cola dengan koleksi utama yang kini boleh didapati di gedung beli-belah Parkson di Pavilion, Kuala Lumpur.

Bertemakan gaya preppy  (ala pelajar), koleksi ini mengembalikan semula memori terindah yang tercipta sewaktu di bangku sekolah. Tampil dengan gaya trendy, riang-ria dan berwarna-warni, koleksi pakaian ini diperbuat daripada gabungan kain jaket dan kulit yang bergaya. Malah, ia juga diperkayakan dengan warna-warna asas seperti biru, kelabu, perang, merah dan hijau beserta corak petak dan garisan kain gingham.

Koleksi Coca-Cola Preppy ini amat sesuai dengan golongan individu yang meminati gaya fesyen retro dan ini merangkumi semua jenis pakaian.

Bagi wanita pula, koleksi ini menawarkan seluar denim dalam dua pilihan warna iaitu merah manggis dan putih yang sesuai dipakai di negara beriklim tropika.

Photo 1

Anda juga boleh tampil berbeza menerusi padanan seluar denim ini dengan baju-T

Coca-Cola edisi khas daripada koleksi ini. Cukup sinonim dengan slogan-slogan utama Coca-Cola seperti “It’s The Real Thing” dan “to Always Coca-Cola” yang didukung sejak 128 tahun lalu, penampilan anda dalam koleksi pakaian ini sudah pastinya menarik perhatian ramai.

Selain itu, koleksi ini juga menampilkan blaus bercorak polka dot, singlet, baju blaus bercorak kain gingham dan shirt dress yang cantik serta sesuai dipakai untuk bersantai.

Rangkain baju panas dan hoodie yang memaparkan logo Coca-Cola pula sesuai dipakai untuk aktiviti sukan, bersiar-siar pada waktu pagi mahupun pada hari petang yang dingin.

Bagi melengkapkan penampilan ala pelajar, dapatkan juga jaket besbol kami yang merupakan pakaian signatur Coca-Cola.

Koleksi ini juga akan menawarkan satu rangkaian hoodie, baju panas sarung, baju berlengan panjang, baju berlengan pendek, baju polo, kemeja-T leher bulat, singlet, gaun, seluar pendek, seluar Bermuda, seluar chinos, seluar jean, legging, sweatpant, seluar pendek santai dan seluar boxer. Bagi melengkapkan penampilan anda, pelbagai aksesori lain seperti beg sling (simpang pada bahu), beg jinjing, beg galas, topi juga telah direka khas.

Berharga dalam lingkungan RM49.90 sehingga RM299.90, harga mampu milik ini sememangnya berbaloi bagi koleksi pakaian yang selesa dengan hasil rekaan serta penggunaan kain yang berkualiti tinggi.

Ingin mencuba atau melihat koleksi pakaian ini dengan lebih dekat? Sila berkunjung ke butik Coca-Cola Apparels di Parkson Pavilion dan di semua gedung beli-belah di seluruh negara.

Coca-Cola Collectors Fair Tahunan Mencecah Rekod Baru

Ramai pengunjung ke Coca-Cola Collectors Fair tahun lepas di Berjaya Times Square
Ramai pengunjung ke Coca-Cola Collectors Fair tahun lepas di Berjaya Times Square

Coca-Cola Collectors Fair kembali tahun ini dengan bilangan kolektor yang mengambil bahagian dua kali ganda lebih daripada acara pertamanya 4 tahun lalu. Pesta tahun ini menyaksikan penyertaan 60 kolektor hebat, bukan sahaja dari Malaysia tetapi sejauh Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali dan negara Asia Tenggara yang lain.

Coca-Cola Collectors Fair pertama diadakan pada 2011 dan kini telah berkembang menjadi satu acara tahunan untuk para kolektor hebat dan beribu-ribu orang ramai melihat, membeli dan bertukar-tukar barangan Coca-Cola.

Pengurus Besar Coca-Cola untuk Singapore-Malaysia-Brunei, Gill McLaren (paling kanan), dan Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca-Cola, Kadri Taib (paling kiri), bertemu dengan salah satu kolektor di ruang pameran
Pengurus Besar Coca-Cola untuk Singapore-Malaysia-Brunei, Gill McLaren (paling kanan), dan Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca-Cola, Kadri Taib (paling kiri), bertemu dengan salah satu kolektor di ruang pameran

Barangan Coca-Cola yang unik dan susah untuk didapati, seperti tin dan botol Coca-Cola edisi terhad,  poster retro, set peringatan, magnet peti sejuk, pembuka botol, dan patung polar bear, telah di dikumpul dengan penuh kasih sayang dan dipamerkan pada acara tersebut. Sesetengah daripada bahan pameran diberikan sebagai hadiah kepada para pengunjung.

Sebagai penaja rasmi 2014 FIFA World Cup Brazil™, Coca-Cola Collectors Fair tahun ini turut bertemakan permainan bola sepak. Para pengunjung akan dihiburkan dengan pameran tema istimewa ini dan mengambil bahagian dalam aktiviti mencuit hati seperti “face painting” serta membawa pulang lukisan karikatur anda.

Koleksi istimewa yang dipamerkan di Coca-Cola Collectors Fair termasuk set peringatan, penglibatan filem dan botol Coca-Cola dari negara asing
Koleksi istimewa yang dipamerkan di Coca-Cola Collectors Fair termasuk set peringatan, penglibatan filem dan botol Coca-Cola dari negara asing

Pengunjung juga dapat merasai sedikit budaya Brazil anjuran Kedutaan Brazil pada waktu pagi, seperti persembahan capoeira, satu seni mempertahankan diri yang menggabungkan unsur-unsur tarian dan akrobatik.

Koleksi istimewa yang dipamerkan di Coca-Cola Collectors Fair termasuk set peringatan, penglibatan filem dan botol Coca-Cola dari negara asing
Koleksi istimewa yang dipamerkan di Coca-Cola Collectors Fair termasuk set peringatan, penglibatan filem dan botol Coca-Cola dari negara asing

Coca-Cola Collectors Fair 2014 menyampaikan pameran barangan Coca-Cola yang istimewa dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan pada hari Sabtu, 10 Mei, bermula 10.00 pagi hingga 9.00 malam di Tingkat Lower Ground, Berjaya Times Square, yang sekali lagi penaja lokasi rasmi bagi acara ini. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi terbaru, sila layari www.berjayatimessquarekl.com atau Facebook di BerjayaTimesSquareKL.