Tag Archives: cosplay

HoYo FEST 2025 Gegar Malaysia, Visa Tawar Ganjaran Eksklusif untuk Peminat Permainan Maya

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2025Visa, peneraju global dalam pembayaran digital, mengumumkan penglibatan sulung mereka sebagai penaja utama HoYo FEST 2025, festival permainan maya terbesar anjuran HoYoverse yang bakal menggegarkan Pavilion Bukit Jalil dari 24 hingga 27 Julai 2025.

HoYo FEST 2025 Malaysia menjanjikan pengalaman imersif buat peminat permainan popular seperti Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail dan Zenless Zone Zero, dengan pelbagai aktiviti langsung, cosplay, zon komuniti, cenderahati eksklusif, serta pentas persembahan interaktif.

Sebagai rakan eksklusif, Visa memperkenalkan ganjaran istimewa kepada pemegang kad Visa termasuk:

  • Tempat duduk khas di pentas utama,
  • Kaunter pembayaran ekspres di gedung cenderahati,
  • Barangan eksklusif apabila berbelanja menggunakan kad Visa,
  • Peluang mendapatkan HoYo FEST 2025 Badge Blind Box dengan pembelian minimum RM130 (terhad, siapa cepat dia dapat).

Menurut Previn Pillay, Pengurus Negara Visa Malaysia, “Penyertaan kami dalam HoYo FEST 2025 menegaskan komitmen terhadap komuniti permainan dan penyediaan sistem pembayaran yang selamat, pantas dan lancar.”

Malaysia dipilih sebagai lokasi utama kerana pertumbuhan pesat industri permainan maya, dengan nilai pasaran mencecah USD 0.95 bilion dan 75% pengguna dalam talian terlibat aktif. Malah, Gen Z merupakan penyumbang utama trend ini, dengan 61% menjadikan permainan sebagai aktiviti untuk ‘melepaskan diri’, sambil 46% daripadanya sanggup berbelanja demi pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan.

Kajian Visa Gen Z Decoded 2025 turut mendedahkan bahawa 78% pemain di Malaysia bermain melalui peranti mudah alih — menandakan perubahan gaya hidup digital yang semakin dominan.

Melangkaui sekadar hiburan, Visa melihat permainan maya sebagai ruang selamat dan platform ekspresi bagi generasi muda. Penajaan ini juga selari dengan misi Visa untuk menyokong pembangunan ekosistem digital yang dinamik dan menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut, layari www.visa.com

Video Games Live 2015 Malaysia Gegar KL Ogos 2015 Ini!

11To11 Events Sdn Bhd (“11To11 Events”) hari ini mengumumkan penganjuran Video Games Live (“VGL”) 2015 Malaysia (“VGL 2015 Malaysia”) di Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Ogos ini di sidang media di Signature@The Roof. VGL merupakan sebuah konsert yang mempersembahkan muzik daripada permainan video terkenal seperti Super Mario Brothers, Tetris, Skyrim, Metal Gear Rising dan Final Fantasy antaranya.

Leslie Jeyam_Director_11To11 Events
Leslie Jeyam Director 11To11 Events

Diasaskan oleh komposer muzik permainan video dan pemuzik terkenal, Tommy Tallarico, VGL adalah sebuah konsert jelaah bertaraf dunia yang memainkan muzik dari permainan video yang dipersembahkan dengan muzik orkestra, barisan pemuzik berserta efek bunyi dan lampu yang menarik. Konsert muzik permainan video yang terkenal ini adalah merupakan antara persembahan pentas yang berteknologi tinggi dilengkapi dengan komponen kompleks termasuk orkestra terkenal, koir, rakaman video eksklusif, penghibur solo, susunan muzik, pencahayaan serentak, ahli percussion elektronik, persembahan secara langsung dan segmen interaktif yang pasti memberikan pengalaman hiburan multimedia penuh menghiburkan. Gabungan elemen-elemen ini menjanjikan sebuah pen- galaman menarik kepada para penonton bak menghadiri persembahan orkestra yang mengagumkan dengan sebuah konsert rock yang menyeronokkan pada suatu masa yang sama.

Konsert VGL 2015 Malaysia ini bukan sekadar konsert biasa yang mempersem- bahkan Orkestra Simfoni Kebangsaan namun merupakan sebuah festival muzik yang turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Bermula dari 1.00 petang pada 29 Ogos, para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti termasuk permainan dan peraduan seperti Guitar Hero, karpet merah Cosplay, perarakan karakter permainan video, photo booth, aktiviti melukis pada wa- jah untuk kanak-kanak, trak makanan yang menonjolkan pelbagai makanan popular di Malaysia!

“2015 menandakan ulangtahun ke-10 VGL dan ini merupakan kali ketiga ia dipen- taskan di Malaysia. VGL adalah bukti muzik permainan video semakin popular sama ada di kalangan pemain permainan video ataupun sebaliknya dan kami amat berbesar hati untuk mementaskan konsert ini kepada semua.”

Media turut disajikan dengan persembahan daripada aksi pembukaan VGL 2015 Malaysia iaitu Nigesh Armon dan kumpulannya di sidang media tersebut.

Alan Cheah_Special talent in VGL 2015 Malaysia 3
Alan Cheah

Turut membuat persembahan adalah Alan Cheah, pemain piano berumur 14 tahun yang cacat penglihatan. Pemain muda yang berbakat ini akan membuat persembahan yang julung kalinya di peringkat kebangsaan dengan Orkestra Sim- foni Kebangsaan di konsert tersebut. Selain itu, sidang media tersebut turut dime- riahkan dengan barisan pemain Cosplay yang berseri dengan kostum unik masing-masing.

Di sidang media itu juga, 11To11 Events turut mengumumkan panel penaja, dan rakan kerjasamarasminya termasuk UBER, Pulseworks, Fireworks dan The Roof.

Tiket berharga antara RM98 ke RM588 akan mula dijual daripada 15 Jun 2015.

Untuk maklumat lanjut tentang VGL 2015 Malaysia dan pembelian tiket, kunjungi www.11pass11.com, portal pembelian tiket terkini di Malaysia atau hubungi +603 6411 6796. Untuk pengalaman pembelian tiket yang baru, anda juga boleh memuat turun app tiket VGL dari website www.11Pass11.com.