Daโi Pendakwah Milenia Musim Ketiga Kini Bermula | Lapan buah negeri telah dijelajah, perjalanan 10 pendakwah muda terpilih bakal bermula pada 16 Ogos ini. Kembali untuk musim ketiga, Daโi Pendakwah Milenia bakal bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3. Mereka bakal berentap untuk bergelar pendakwah milenia sekaligus membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM50,000! Pemenang juga akan turut menerima pakej umrah, sebuah trofi, saham PNB berjumlah RM5,000 dan juga pengalaman bekerjasama bersama Media Prima Berhad.

Daโi Pendakwah Milenia menampilkan konsep baharu apabila mencari lima orang peserta lelaki dan lima orang peserta perempuan dan kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan yang akan dibimbing oleh seorang Murabbi (mentor). Ustaz Elyas Ismail akan menggalas tugas bagi membimbing kumpulan lelaki (Ar-Rijaal) dan Dr. Rubiah K. Hamzah bagi kumpulan perempuan (An-Nisaaโ). Datuk Ustaz Kazim Elias pula bertindak sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruhan prestasi peserta. Peserta akan dikuarantin untuk mendapat tunjuk ajar dari mentor bagi aktiviti kelas dan pelbagai lagi aktiviti untuk memperlengkapkan lagi kredibiliti dan menyerlahkan lagi kekuatan individual mereka.

Kesemua peserta akan dinilai secara individu oleh dua juri tetap professional iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Syarhan Safie berserta seorang lagi juri jemputan yang membawa 60% dan 10 juri awam setiap minggu sebanyak 30% dan 10% lagi ditentukan oleh juri sosial media. Para peserta Daโi perlu berdakwah secara berhikmah dan menarik perhatian, di mana mereka perlu memberikan sebuah ceramah atau motivasi dengan topik yang diberi cara tersendiri, gaya serta penampilan diri yang unik dan menarik.

Daโi musim ketiga ini lebih meriah apabila turut ditaja oleh Dโherbs Holdings Sdn. Bhd selaku penaja utama. Menurut Datoโ Aliff Syukri, Pengarah Urusan Dโherbs Holdings Sdn. Bhd, โJenama DโHerbs yang sinonim dengan tagline โTerlajak Larisโ, setiap tahun akan muncul dengan kelainan dari segi pemasaran dan promosi produk.ย Merujuk kepada Pengarah Urusan DโHerbs Holdings Sdn Bhd, Dato Aliff Syukri Kamarzaman, โPenajaan Daโi pada tahun ini menunjukkan kematanganย jenama dan produk DโHerbs yang telah bertapak selama hampir 6 tahun. Kami mempunyai lebih dari 100 produk dibawah jenama DโHerbs. Untukย memasarkan kesemua produk memerlukan kos dan masa yang banyak. Melalui penajaan Daโi tahun ini, DโHerbs akan mengenengahkan 3 produkย terbaru iaitu Air Masyhur, Inai Berherba DโHerbs dan Rani Gel Liner Dherbs. Kami akan terus menyokong program bebentuk islamik dan ilmiah seperti iniย kerana kami yakin, penonton sekarang lebih cenderung menonton program yang berinformasi seperti Daโi ini. Ia akan memberikan manfaat kepada setiapย keluarga yang menonton!โ
Musim ketiga ini masih lagi mengekalkan Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara namun menampilkan pengacara tersohor Tn. Hj. Zainal Ariffin Ismail sebagai pengacara bersama. Episod pertama pada 16 Ogos jam 9 malam ini akan memaparkan sesi ujibakat yang telah diadakan dan sesi bootcamp yang dijalankan selama empat hari di Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam, Selangor pada 13 hingga 16 Jun lalu. Jangan lupa untuk menyaksikan perjalanan 10 pendakwah muda membuktikan kemampuan untuk bergelar pendakwah milenia hanya di TV3, saluran 103 dan ulangannya pada hari Jumaat jam 10 pagi. Penonton juga dapat menonton secara eksklusif persembahan para peserta, paparan-paparan istimewa yang tidak dapat dilihat di kaca televisyen di laman web rasmi Daโi musim ketiga iaitu www.tv3.com.my/daโi.
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia










