Filem Tombiruo : Penunggu Rimba terus melebarkan jumlah kutipan tiketnya apabila berjaya memperoleh RM 8 juta selepas 4 minggu ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura serta Brunei sejak 12 Oktober 2017. Ini sekaligus meletakkan filem terbitan Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan di kedudukan kedua dalam mengaut kutipan tiket paling tinggi bagi tahun 2017 selepas filem Abang Long Fadil 2 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions yang memperoleh RM 18 juta.
Filem aksi yang diadaptasi dari novel thriller karya Ramlee Awang Murshid ini masih ditayangkan di 68 pawagam untuk minggu ke lima. Pihak penerbit juga berharap filem ini masih mampu menarik penonton untuk menyaksikannya di pawagam.
Filem yang menggandingkan pelakon Zul Ariffin dan Farid Kamil buat kali kedua di layar perak ini turut membariskan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat,Michael Chen, Datoβ M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Khusyairi, Dynas Mokhtar dan adik Muhammad Al-Rayyan.
βTombiruo : Penunggu Rimbaβ memaparkan kisah Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.
Saksikan filem Tombiruo di pawagam di seluruh negara. Layari laman sesawang www.tombiruomovie.com serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Astro Shaw dan Astro Gempak untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #tombiruo, #tombiruomovie dan #penunggurimba sebagai tanda sokongan pada filem ini.
Peneraju kumpulan kandungan dan konsumer di Malaysia, Astro Malaysia bakal menampilkan sebuah mini siri Nusantara premium eksklusif bertajuk DO[S]A di platform digital, βon demandβ seiring dengan tayangan di televisyen menerusi salah satu saluran Melayu Astro; Astro Citra. Mini siri yang dijangka akan menemui penonton pada hujung tahun ini telah memulakan sesi penggambarannya pada bulan Julai baru-baru ini di Jakarta, Indonesia serta Kuala Lumpur, Malaysia. Salah satu kelainan mini siri ini adalah ia menawarkan penonton untuk menyaksikan kesemua 8 episod (berdurasi satu jam bagi setiap episod) di platfom βon demandβ secara waktu serentak (binge watching).
DO[S]A merupakan karya asal Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo, yang turut bertindak sebagai penulis skrip untuk naskhah ini. Salman, satu nama yang cukup disegani di Indonesia merupakan penulis skrip untuk karya-karya pecah panggung seperti βAyat-Ayat Cintaβ, βLaskar Pelangiβ, βGaruda di Dadakuβ dan βSang Penariβ. Pencapaian terkini Salman adalah di Festival Filem Indonesia 2016 yang mana beliau telah dinobatkan anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik untuk filem βAthirahβ. Turut sama terlibat sebagai penulis skrip untuk karya ini adalah saudara M Rino Sarjono.
Istimewanya lagi, mini siri ini turut mendapat sentuhan daripada pengarah terbaik Indonesia 2011 iaitu Ifa Isfansyah. Ifa Isfansyah yang merupakan seorang sutradara yang begitu begitu berbakat besar dan amat dihormati di republik ini, mula menempa nama menerusi pengarahan filem-filem hebat seperti βSang Penariβ, βGaruda Di Dadakuβ dan βPendekar Tongkat Emasβ.
Selain itu, mini siri ini akan menggunakan khidmat Pengarah Fotografi terkenal, Yandi Sugandi yang sebelum ini telah melahirkan stail visual yang cukup memukau untuk karya-karya seperti βAda Apa Dengan Cinta 2β, βLaskar Pelangiβ, βSang Penariβ, βDarah Garudaβ dan banyak lagi. Pada masa yang sama, DO[S]A turut menampilkan Cecep Arif Rahman sebagai Pengarah Koreografi adegan aksi untuk melatih dan mempersiapkan para pelakon dengan disiplin silat dan koreografi seni mempertahankan diri. Cecep sebelum ini dikenali menerusi filem Indonesia βThe Raid: Berandalβ. Menerusi pengalaman dan kekuatan yang dimiliki oleh setiap pemain utama di belakang tabir DO[S]A ini, mereka menjanjikan akan memberi kelainan pada mini siri bergenre aksi ini.
DO[S]A juga dibarisi pelakon-pelakon hebat gabungan tiga buah negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura bagi menggerakkan setiap watak dalam jalan cerita. Nama-nama yang terlibat adalah seperti Datoβ M.Nasir, Remy Ishak dan Daniella Sya dari Malaysia, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrya dari Indonesia, serta Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid dari Singapura.
Dianggarkan sebanyak 90 peratus dari sesi penggambaran bakal dijalankan di Jakarta, melibatkan kawasan di sekitar Jakarta Barat hingga Jakarta Timur dan selebihnya adalah di lokasi-lokasi utama di sekitar Kuala Lumpur seperti Kampung Baru, Putrajaya dan Klang. Mini siri DO[S]A dijangka sarat dengan babak-babak yang mendebarkan, aksi suspen dan ganas. Namun begitu, pada masa yang sama turut diapit dengan pergolakan emosi, ikatan kekeluargaan serta bibit percintaan.
DO[S]A mengisahkan tentang empat beradik dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Latif (Datoβ M.Nasir), dengan nilai-nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat, dan disiplin persilatan. Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid), dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka dipelusuk paling sunyi Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat, berlatih ilmu persilatan hari demi hari. Seolah-olah bersiap-siaga untuk menghadapi sesuatu. Rungutan mereka, terutama daripada Fara yang semakin memberontak langsung tidak diendahkan oleh bapa mereka. Rutin harian yang memerlukan adik-beradik ini bertumbuk, bertendang dan berhayun parang sesama sendiri akhirnya turut mewujudkan ketegangan di antara mereka di luar gelanggang.
Perhubungan keluarga ini semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta semata-mata untuk berjumpa dengan Latif. Dalam usaha Arian melembutkan hati Fara untuk membawanya bertemu dengan Latif, mereka menjadi semakin rapat. Menyedari akan hal ini, abang sulung Fara, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan Arian mencari Latif menghalang Fara untuk terus bertemu dengan Arian. Fuad kemudian bertindak mengusir Arian pulang ke Jakarta. Menjanjikan bahawa Latif tidak mahu lagi ada kaitan dengan βorang-orang seperti Arianβ.
Berang dengan tindakan Fuad, Fara bertindak mengekori Arian ke Jakarta, tanpa mengetahui bahaya yang menanti dirinya di situ. Sebaik sahaja Fara keluar daripada pintu ketibaan di lapangan terbang Jakarta, dia terus diculik, dihumban ke dalam van, lalu dikurung di dalam sebuah gudang.
Tidak mengetahui nasib adik mereka, Fuad, Farid dan Fahad dihantar Latif ke Jakarta untuk membawa adik mereka pulang. Di sana, ketiga-tiga beradik itu sering mendapati diri mereka diserang tanpa sebab yang pasti, sekaligus memaksa mereka untuk mempertahankan diri di dalam pertempuran-pertempuran yang ganas. Arian yang baru mendengar mengenai berita penculikan Fara turut berganding bahu membantu abang-abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang mereka mula fahami tentang asal usul keluarga mereka dan siapa bapa mereka yang sebenarnya. Sebelum mereka sedari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan kuasa di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu mengakhirkan perang ini, walau sebesar mana pengorbanan yang diperlukan.
*Semua video diatas dirakam dengan Canon EOS #5DMIV
Ashraf Sinclair – Fuad
Cecep Arif Rahman – Pengarah Koreografi
Daniella Sya – Inspektor Michelle
Dato’ M Nasir – Latif
Hannah Al Rashid – Zsa Zsa
Hisham Hamid – Fahad
Ifa Isfansyah (Pengarah)
Maudy Koesnaedi (Ibu Ani)
Remy Ishak – Farid
Roy Marten – Marco
Saniboey Mohd Ismail (Idea Asal dan Penulis Skrip Dosa)
Konsert Wings And Superfriends – Belenggu Irama bakal mengegarkan Istana Budaya pada 6 hingga 9 April 2017 selama 2 jam setiap malam dan merupakan sebuah konsert berkonsep memperjuangkan nasib para insan seni tanahair.Konsert ini dianjurkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd.
Konsert ini bakal menampilkan gandingan artis-artis hebat seperti Dato’ M Nasir, Dato’ Siti Nurhaliza, Datu Ramli Sarip, Dato’ Nash, Dato’ Hattan, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Beto Kusyairy, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Ucop Vokal Bukan Sekadar Rupa, Kudeen 3 Juara dan Aniq Ceria Pop Star.Para pemuzik yang turut terlibat adalah seperti Edrie Hashim, Yan Lefthanded, Kudin Headwind, Sham Guitarist, Lola, Pae, Rodi Kristal, Hamzah Percussion, Fly dan Adi.
Tujuan konsert ini adalah bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma.Ia juga untuk mengumpulkan persatuan-persatuan seperti Karyawan,Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM di Malaysia untuk membentangkan permasalahan di dalam persada seni terutamanya dari segi kebajikan anak-anak seni yang tidak pernah berubah.Ikon konsert ini ialah pemain drum ternama, Yazid dari Kumpulan Search.
Harga tiket bermula daripada RM80, RM150, RM200, RM250, RM300 dan RM350 boleh dibeli melalui secara Online di website www.airasiaredtix.com atau pun di Kaunter Pembelian Tiket di Istana Budaya mulai 1 Mac 2017. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Awie Entertainment di talian 019-2932436 (Ejat) atau 019-2975260 (Sam).Juga boleh lawati Facebook Sayap-Sayap Wings atau www.sayap2wings.com.