Tag Archives: E dagang

Pembeli Kini Boleh Membeli dan Mendapatkan Pulangan Tunai Menerusi Aplikasi Mudahalih ShopBack

ShopBack Malaysia, platform laman web Cashback atau pulangan tunai terulung dalam negara, hari ini mengumumkan aplikasi mudahalihnya sedia dimuat turun pembeli di Malaysia, menerusi iOS App Store dan Google Play Store, bermula dari 19 Julai 2016.

Bersempena pelancaran aplikasi mudahalih, platform, Malaysia akan memberi ganjaran RM5 kepada semua pengguna, apabila mereka membuat pembelian di mana-mana lebih 500 stor rakan niaga menerusi aplikasi tersebut dari 19-21 Julai 2016. Tambahan lagi, 11 laman e-dagang seperti Agoda, Foodpanda, Groupon, Hermo, Lazada, Qoo10, Zalora, akan turut sama menyertai sambutan ini dengan memberikan lebih pulangan tunai, tawaran harga rendah RM10, baucer potongan RM5-RM20, serta kod promo diskaun 40%.

“Pulangan tunai benar-benar hanya ‘memberikan pulangan tunai’. Fungsi pulangan tunai online berbeza dari pulangan tunai kad kredit. Ia tiada had siling dan kami menawarkan kepada pengguna sehingga 30% pulangan tunai setiap kali mereka berbelanja di stor rakan niaga kami. Ianya sangat mudah digunakan dan penjimatan pulangan tunai ini boleh dipindahkan ke dalam akaun bank mereka selepas tempoh pengesahan,” kata Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi di ShopBack Malaysia.

Sharmeen Looi, COO of ShopBack Malaysia, the top Cashback platform in Malaysia, showcases the Android version of ShopBack mobile app

Platform laman web pulangan tunai ini yang membolehkan lebih 300,000 pengguna untuk membeli-belah dan mendapatkan pulangan tunai tanpa had setiap bulan, telah membuat bayaran lebih RM5.4 juta kepada pembeli di Malaysia sejak Februari tahun lepas.

Trend Cashbak di Malaysia

Berdasarkan data di ShopBack Malaysia, 30% dari pengguna datang dari Lembah Klang; 70% lagi dari kawasan Malaysia yang lain. Pembeli sering membuat pembelian selepas waktu makan tengah hari dan makan malam, di antara jam 2pm-3pm dan 9pm-10pm.

Kebanyakan pembeli membeli-belah dari kategori Pelancongan, Fesyen, Elektronik Umum dan Isi Rumah, terutama sekali penginapan hotel tempatan, lampin bayi, tambah nilai mudahalih, fesyen Korea dan produk kecantikan.

Data ini juga menunjukkan jualan untuk F&B dan barangan Runcit akan terus meningkat kerana jenama seperti Tesco dan Guardian, telah mula bekerjasama dengan ShopBack tahun ini.

Infographic - About ShopBack MY_BM

“Kami sering menerima persoalan, di mana dan bagaimana kami mendapatkan wang untuk membayar pengguna – ia sebenarnya diambil dari komisyen kami. Kebiasaannya pengiklan tidak berkongsi pendapatan mereka, tetapi model tiga-penjuru yang berasal dari US ini memberi merit kepada semua pihak yang terlibat, di mana pembeli, peniaga e-dagang dan ShopBack dapat berkembang bersama-sama, seterusnya bergandingan mengekalkan pembangunan ekosistem e-dagang.

Kami menghargai idea tersebut dan berusaha membolehkan rakyat Malaysia untuk membeli-belah secara pintar, sambil memperoleh pulangan tunai menerusi pembelian harian. Pengguna telefon pintar di Malaysia dijangka mencecah 11 juta orang. Ia adalah populasi yang sangat besar yang belum kami terokai. Kami yakin aplikasi mudahalih ShopBack akan menjadi peralatan strategik untuk membawa pulangan tunai kepada lebih ramai pengguna digital dengan lebih pantas,” tambah Looi.

ShopBack Malaysia mengekalkan peningkatan trafik yang sihat, secara purata 20% dari bulan-ke-bulan pada pertengahan pertama 2016, mencerminkan peningkatan populariti pulangan tunai di kalangan pembeli tempatan.

Selain Malaysia, ShopBack juga terdapat di India, Indonesia, Filipina, dan Singapura. Ia bukan sahaja platform pulangan tunai No. 1 di Malaysia, tetapi juga di rantau Asia Tenggara, membawakan sekurang-kurangnya 6 tempahan kepada stor rakan niaga setiap minit.

 

GO SHOP, permulaan Astro dalam e-dagang

GO SHOP Launch_Photo3

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), sebuah syarikat kumpulan hiburan media pengguna bersepadu terkemuka di Asia Tenggara, dan GS Home Shopping Inc., sebuah syarikat runcit multimedia terkemuka Korea dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran GO SHOP iaitu sebuah perkhidmatan membeli-belah 24 jam terbaharu di Astro TV (Saluran 118), Astro On The Go dan platform atas talian serta mudah alih GO SHOP.

GO SHOP merupakan penglibatan pertama Astro dalam domain e-dagang yang membolehkan rakyat Malaysia membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana jua menerusi platform pilihan mereka sama ada telefon mudah alih, tablet ataupun komputer peribadi.

“Rakyat Malaysia kini semakin pantas berhubung, bijak dan mudah mendapatkan maklumat serta menginginkan yang terbaik. Oleh itu, Go Shop menandakan komitmen kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik buat para pelanggan dengan membawa lebih banyak pilihan, kemudahan dan pengalaman buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro. “Ia juga membantu kami mempelbagaikan rangkaian perniagaan dan menembusi industri global yang sedang berkembang, yang dianggarkan bernilai RM3.6 bilion di Malaysia menjelang tahun 2020 dengan arah aliran kaedah membeli-belah dalam talian yang semakin mendapat tempat.”

Jumlah permodalan syarikat usaha sama ini ialah sebanyak RM70 juta dan dijangka menjana hasil tahunan sehingga RM500 juta dalam masa lima tahun.

“Kami memilih untuk bekerjasama dengan salah satu syarikat peneraju perniagaan beli-belah dari rumah di Asia yang mempunyai rekod pencapaian yang terbukti selama lebih 20 tahun,” tambah Dato Rohana lagi. “Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur terkini yang dimiliki Astro seperti kemudahan penyiaran, pusat panggilan, platform saluran dan studio rakaman serta ditambah pula dengan kepakaran tepat dan terbaik khusus untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dalam menjadikan usaha ini satu kejayaan”.

GO SHOP akan menjadi pemangkin pertumbuhan yang kukuh untuk Astro dari segi pertumbuhan pendapatan masa depan, dengan menyasarkan pasaran sedia ada sebanyak 4.3 juta buah kediaman dan 17 juta pengguna. Arah aliran pertumbuhan global e-dagang pada hari ini membuktikan bahawa inisiatif membeli–belah dari rumah adalah segmen runcit yang semakin berkembang pesat, mengatasi pertumbuhan pasaran runcit fizikal. Capaian pelbagai platform GO SHOP ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan rakyat Malaysia yang mencari pengalaman membeli-belah yang menghiburkan, menyeronokkan dan memudahkan.

“Sebanyak 55% pengguna internet di Malaysia hari ini membeli-belah secara dalam talian menerusi pelbagai peranti. Kadar ini dijangka akan berkembang seiring dengan peningkatan penembusan jalur lebar, peningkatan pendapatan, perkembangan kad kredit dan debit serta kepercayaan rakyat Malaysia dalam mengiktiraf manfaat membeli-belah,” kata Dato Rohana. “Komitmen kami dalam usaha untuk menyediakan para pelanggan kami hanya yang terbaik secara global adalah untuk memberikan pengalaman dalam e-dagang secara menyeluruh meliputi saluran televisyen membeli-belah dari rumah, sehingga ke Astro On The Go, dalam talian dan platform mudah alih dengan menyediakan produk yang tepat, harga yang berpatutan dan hak logistik rantaian bekalan serta memberikan pelbagai pilihan kaedah Gerbang Pembayaran Astro termasuklah kad kredit dan debit, pindahan wang melalui bank secara dalam talian dan pelan Pembayaran Mudah.

GO SHOP Launch_Photo 1

Pada masa sama, GS Korea menyedari sepenuhnya potensi perkongsian perniagaan ini yang luas dan yakin bahawa persekitaran perniagaan yang dinamik di Malaysia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan.

“Membeli-belah dari rumah menambah baik kehidupan, menghiburkan dan meluaskan lagi konsep runcit dalam dimensi baru yang menarik,” kata Huh Tae-Soo, Ketua Pegawai Eksekutif, GS Home Shopping Inc. “Malaysia sebagai pasaran antarabangsa ketujuh GS akan mendapat manfaat daripada pengalaman pengurusan dan pelarasan model runcit yang berdekad-dekat dan terbukti berjaya.”

“Elemen infotainment dan TV realiti yang menarik disuntik ke dalam setiap segmen bagi memperkaya pengalaman tontonan,” tambah Dato’ Rozalila Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Astro GS Shop Sdn Bhd. “Trend terkini dalam digital dan elektronik, perkakasan rumah dan peralatan dapur, gaya hidup, aksesori fesyen dan produk kosmetik akan ditawarkan dan ditambah baik melalui penggabungan produk, lantas membezakan kami daripada pasaran runcit tradisional.”

Sejak prapelancarannya pada 1 November 2014, GO SHOP telah menerima sokongan yang sangat memberangsangkan dengan tempahan lebih daripada 115,000 produk sehinggan kini. Buat masa ini, terdapat sebanyak 60 produk yang dapat diperolehi dengan perancangan untuk meningkatkan jumlah ini ke dua kali ganda dalam tempoh setahun.

Para pelanggan boleh membuat panggilan menerusi talian bebas tol 24 jam GO SHOP di 1800-82-0088 atau layari http://www.goshop.com.my untuk membuat tempahan produk.

Masa penghantaran adalah antara dua hingga lima hari bekerja di seluruh negara dan pelbagai pilihan pembayaran tersedia termasuk kad kredit dan kad debit keluaran tempatan, Pelan Pembayaran Mudah, pemindahan melalui bank secara dalam talian dan bayaran tunai semasa penghantaran.