Tag Archives: Fasha Sandha

FASHA SANDHA DILANTIK DUTA, DUNIA HERBS TELAH MELANCARKAN LOSYEN MUSTAJAB WANGIAN EKSKLUSIF

Fasha Sandha secara rasmi dilantik sebagai duta jenama Dunia Herbs, sekali gus mengukuhkan kedudukan jenama tempatan itu dalam pasaran produk penjagaan badan. Pelantikan ini turut diserikan dengan pelancaran losyen Mustajab Mini Sauna yang tampil dengan pilihan wangian eksklusif.

Langkah strategik ini mencerminkan komitmen Dunia Herbs untuk kekal relevan dan kompetitif, khususnya dalam memenuhi keperluan pengguna moden yang mementingkan fungsi, keselesaan dan pengalaman bau yang premium.

Fasha Sandha sebagai duta Dunia Herbs Mustajab

Pemilihan Fasha Sandha sebagai duta dilihat tepat berdasarkan personaliti positif, konsistensi kerjaya serta imej profesional beliau yang selari dengan nilai dan identiti jenama Dunia Herbs.

STRATEGI JENAMA: KONSISTEN, RELEVAN DAN MODEN

Menurut pihak pengurusan Dunia Herbs, kerjasama bersama Fasha Sandha bukan sekadar pelantikan simbolik, sebaliknya melibatkan penglibatan aktif dalam pembangunan dan penjenamaan produk.

Kehadiran Fasha Sandha diyakini mampu meningkatkan keyakinan pengguna, sekali gus membantu memperluaskan capaian pasaran produk Mustajab ke segmen baharu termasuk golongan muda dan keluarga urban.

LOSYEN MUSTAJAB MINI SAUNA DENGAN EMPAT WANGIAN EKSKLUSIF

Losyen Mustajab Mini Sauna hadir dengan empat variasi wangian iaitu Quince & Tulip, Golden Oud, Blooming Peach dan Amouge, direka bagi memenuhi keperluan dan citarasa pengguna yang berbeza.

Selain membantu memberikan kelegaan badan, losyen ini turut menawarkan pengalaman aroma yang lebih segar dan moden, sesuai digunakan dalam rutin harian tanpa menjejaskan identiti Mustajab yang telah lama dipercayai.

Fasha Sandha sebagai duta Dunia Herbs Mustajab

Pendekatan ini juga bertujuan menarik minat generasi muda yang mencari produk berfungsi, praktikal dan selesa digunakan pada bila-bila masa.

KOMITMEN FASHA SANDHA SEBAGAI DUTA RASMI

Fasha Sandha menyifatkan pelantikannya sebagai duta Mustajab sebagai satu penghargaan, apatah lagi beliau sendiri sudah lama menggunakan produk berkenaan bersama keluarga.

Menurutnya, gabungan keberkesanan produk dan bau yang harum menjadikan losyen Mustajab Mini Sauna lebih meyakinkan serta sesuai dengan gaya hidup masa kini.

Fasha Sandha sebagai duta Dunia Herbs Mustajab

Beliau turut percaya variasi wangian yang diperkenalkan mampu menarik perhatian generasi baharu tanpa mengabaikan pengguna setia jenama tersebut.

LEGASI DUNIA HERBS TERUS DIPERKUKUH

Pelantikan Fasha Sandha meneruskan legasi Dunia Herbs yang konsisten bekerjasama dengan figura berpengaruh dalam industri hiburan bagi mengukuhkan kepercayaan pengguna.

Dengan konsep baharu “setiap bilik satu losyen Mustajab”, jenama ini optimis untuk terus berkembang dan kekal sebagai pilihan utama dalam pasaran produk penjagaan badan tempatan.

ALFARO Sumbang 1000 Pasang Baju Raya Bernilai RM150,000 Kepada Anak-Anak Yatim

Bersempena dengan bulan Ramadan, jenama tekstil terkemuka ALFARO menyumbang kira-kita 1000 pasang pakaian kepada 1000 anak-anak yatim hari ini.Pengasasnya, Mr. Farooq Ahmed berkata, nilai sumbangan itu mencecah kira-kira RM150 ribu.

“Setiap tahun kami akan membuat sumbangan buat anak-anak yatim dari seluruh Lembah Klang bagi menggembirakan mereka yang pastinya rasa sayu tanpa keluarga di sisi pada bulan yang mulia ini.

“Setakat ini 1000 pasang pakaian diberikan kepada mereka dan nilai sumbangan mencecah RM150ribu,” katanya.

Dalam pada itu ALFARO menyasarkan jualan sehingga RM 7 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya pada tahun ini.Sementara itu, dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu, AL FARO terus melangkah kehadapan dengan mengumumkan pembukaan cawangan baru AL FARO Exclusive di Bandar Baru Bangi, Selangor.
 
Menurut Pengarah Pemasaran ALFARO, Muhammad Irfan, langkah perluasan ini merupakan strategi AL FARO dalam memperluaskan perniagaan yang dibina sejak tahun 2007 dan terus memberi akses mudah kepada pelanggan yang menyediakan barangan harga mampu milik.

“Kami amat gembira dengan pembukaan cawangan baharu ini kerana secara tidak langsung ia memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi secara dekat dengan pelanggan di pelbagai lokasi.
 
“Dan seperti semua tahu, komitmen kami adalah dengan menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan serta memberi pengalaman beli-belah yang terbaik,” katanya.
 
Terdahulu, AL FARO terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award. Ia adalah kejayaan kedua AL FARO selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) pada tahun lalu.Sementara itu, Irfan berkata, kebanyakan peniaga turut terpalit dengan situasi kenaikan kos sara hidup di Malaysia namun, strategi demi strategi terus dihasilkan agar jualan terus meningkat dapan masa sama ia tidak membebankan pelanggan.

Malah Irfan yakin dengan perluasan rangkaian outlet baru di Bandar Baru Bangi, hasil pendapatan AL FARO berpotensi melebihi RM30 juta pada tahun penghujung tahun ini.
 
“Sasaran RM30 juta bukan impian kosong semata-mata tetapi penuh dengan strategi yang dibuat mengikut keadaan semasa.
 
“Saya yakin dengan melihatkan usahasama kerajaan yang mengambil langkah proaktif menyelesaikan kemerosotan ekonomi semasa. Apa-apapun kami tetap komited memberi sumbangan positif kepada pasaran Malaysia dalam mendorong pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.
 
Duta AL FARO iaitu aktres Fasha Sandha menyifatkan, pembukaan sebuah lagi cawangan baru menunjukkan AL FARO berada di landasan perniagaan yang betul dan sebagai duta, dia akan terus bekerjasama dalam memajukan lagi AL FARO.Malah, bersempena dengan musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, ia memberi peluang kepada pihak ALFARO terus menaikkan jualan.

“Alhamdulillah, saya gembira melihat beberapa rangkaian baharu AL FARO dan baru-baru ini di Johor Bahru, Shah Alam dan Times Square. Bila dah tambah cawangan maksudnya perniagaan makin lama makin maju,” katanya.
 
Ditanya pula mengenai kepercayaan jenama-jenama popular yang percaya kehadiran Fasha sebagai duta dapat melariskan produk yang dijual, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya.

“Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen. Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan bahi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.
 
“Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses bersama,” ujarnya.
 
Dalam pada itu, menurut Fasha, dia sudah pun membuat persiapan baju raya AL FARO bagi sambutan Aidilfitri untuk dirinya dan keluarga.
 
“AL FARO selalu tampil dengan rekaan baju berkualiti dan mengikut trend. Tambah pula ia sangat nyaman dipakai.
 
“Apa lagi… saya pun ambil peluang ini untuk buat persiapan awal Raya tahun depan dengan menyediakan baju-baju Raya buat keluarga. Selesai satu tugasan saya. Maklumlah, penggambaran pun tanpa henti, jadi saya risau terlepas pandang untuk persiapan baju Raya,” tuturnya.
 
Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my, koleksi baju Alfaro juga boleh didapati di:

Corporate Office & Alfaro Mall :

  • NO 171 Jalan Tunaku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur.
  • Berjaya Times Square
     
    Alfaro Outlets
  • No 23-1/21A-G2C, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur Tel 03-22027762
  • NO 2.4 , Plaza City One Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur , Malaysia
  • Lot G2, Lotus’s Station 18, Medan Stesen 19/9 , Jalan Pengkalan, Station 18, 31650 Ipoh, Perak
  • Lot F-01, Mydin Mall, Meru Raya PT 229412, Meru Raya , 30020 Ipoh, Perak, Malaysia.
  • No 9 & 9A, Jalan Plumbum S7/S, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.
  • Lot 2-17, 01, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • 11, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Cerana Biduk Bu Merah Temui Penonton Di Pawagam bermula 12hb Oktober 2023

Filem Cerana Biduk Bu Merah merupakan sebuah filem genre seram yang diterbitkan oleh Goldhill Pictures Sdn Bhd .Filem Cerana Biduk Bu Merah bakal ditayangkan pada 12 Oktober 2023 dipawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura .

Penerbit Goldhill Pictures Sdn Bhd , En Haizul Anafer Ali berpendapat , filem Cerana Biduk Bu Merah ini wajib menjadi tontonan umum kerana banyak mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.Segelintir masyarakat mulai alpa dengan duniawi, rakus ingin mencapai kejayaan , ghairah dengan keseronokan dan keindahan dunia yang sementara sehingga terlupa beban syurga dan neraka yang menanti .

Justeru itu saya menyeru untuk menonton Filem Cerana Biduk Bu Merah ini , kerana selain wadah hiburan ia menyelitkan natijah perbuatan syirik , saka , semangat dan spiritual yang masih berleluasa dalam masyarakat kita.Semoga filem ini dapat memberikan impak kesedaran rohani dan spritual yang besar .Filem Cerana Biduk Bu Merah arahan Haizul Anafer Ali dibarisi pelakon popular dan hebat tanah air antaranya Fasha Sandha , Pekin Ibrahim , Wan Hanafi Su , badrul Muhayat , Sarah Daewoo ,Pyan Kepoh dan ramai lagi .

Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di negeri Perak.Semoga Goldhill Pictures Sdn Bhd akan terus menghasilkan filem-filem bermutu yang terdiri daripada pelbagai genre pada tahun ini. Kerjasama dan sokongan daripada para wartawan amatlah dialu-alukan bagi memastikan semua misi dan visi ini mencapai matlamat yang diharapkan.

SINOPSIS
Seorang wanita tua Bu Merah yang dipinggirkan oleh orang kampung tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka , menyelamatkan seorang gadis yang cuba dirogol bernama Sofia . Bu Merah biar pun tua , tapi kulitnya tidak berkedut ,malah dia sentiasa kelihatan cantik . Penjaga Cerana Biduk yang berpuaka menjadikan Bu Merah sentiasa cantik dan muda .

Takdir menentukan , Sofia adalah warisnya yang dilarikan oleh anak dan menantunya . Menantu dan anaknya telah melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh penunggu cerana Biduk . Saka Cerana Biduk tinggalan suami menyebabkan Bu Merah hidup terseksa. Kehadiran Sofia menyedarkan Bu Merah . Cerana Biduk perlu dibunuh demi menyelamatkan warisnya Sofia dari mewarisi Cerana Biduk yang mencari penyambungnya .Berjaya kah Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk saksikan Filem Cerana Biduk Bu Merah dipawagan anda .

Kisah cinta ‘Lara Aishah’ diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular ‘La Loba’

Setelah melakar kejayaan yang membanggakan menerusi penerbitan drama bersiri Memori Cinta Suraya (MCS), pihak Astro menerusi saluran Astro Prima dengan kerjasama produksi Global Station Sdn Bhd dan TV Azteca, Mexico dengan berbesar hati ingin mengajak para penonton untuk menyelami kisah cinta penuh iktibar, pergolakan keluarga, dendam dan pengorbanan yang terbina daripada wang ringgit dan kuasa menerusi drama bersiri Lara Aishah.

Drama bersiri 100 episod yang meruntun jiwa arahan Riza Baharudin ini telah diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular berjudul La Loba dan bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 29 Ogos 2016 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan siaran serentak di saluran Maya HD (135).

All Cast

Kisah Lara Aishah menampilkan lakonan mantap barisan pelakon hebat tanah air selaku teraju utama seperti Fasha Sandha yang memegang watak sebagai Aishah, Nazim Othman sebagai Iskandar, Dian P Ramlee sebagai Cik Puan Marina, Dato’ Eizlan Yusof sebagai Dato’ Nazri dan Jasmin Hamid sebagai Zurin. Turut menjayakan drama ini termasuklah Shah Jaszle (Zack), Janet Khoo (Sharon), Sasqia Dahuri (Felisha), Zamarul Hisham (Hisham), Watie Elite (Dalila), Maria Farida (Dahlia), Dato’ Shah Reza (Farouq), Ainul Aisyah (Aimi), Dayana Roza (Wani), Liza Abdullah (Rohana), Afzan A Rahman (Azlan), Fadil Dani (Muiz), Mia Nasir (Anita), Mandy Chong (Carmen), Anne Abdullah (Wati), Dr Katalina (Adila) dan Aedy Ashraf (John).

Sebagai kelainan, kami juga turut menyediakan perkhidmatan sari kata dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan para penonton yang mungkin tidak begitu fasih berbahasa Melayu untuk memahami drama ini dengan lebih mendalam.

Tambah menarik lagi, sebuah lagu istimewa berjudul Dirgahayu dendangan istimewa penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir turut diangkat menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri ini.

Main Cast

Drama bersiri Lara Aishah mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah (lakonan Fasha Sandha) yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan dari dirobohkan oleh sebuah korporasi hanya untuk jatuh cinta dengan pewaris korporasi tersebut, dan kisah Zurin (lakonan Jasmin Hamid), seorang ibu yang dipenjarakan selama 27 tahun dan ingin mencari anak kandungnya yang telah diculik semasa kecil.

Zurin telah dituduh dan dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya hasil konspirasi Cik Puan Marina (lakonan Dian P Ramlee), bekas ibu mertuanya sendiri yang marahkan anaknya Dato’ Nazri (lakonan Dato’ Eizlan Yusof) kerana telah berkahwin dengan wanita daripada keluarga miskin. Setelah 27 tahun Zurin bakal dilepaskan, dia mendapat tahu bahawa anaknya sebenarnya masih hidup. Bermulalah hidup Zurin mencari anak kandungnya dan membalas dendam kepada keluarga Dato’ Nazri atas dosa mereka.

Aishah ialah seorang gadis yang yang baik dan dibesarkan oleh Muiz (Fadil Dani), di persekitaran yang serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sifat panas baran. Pada suatu hari berita tentang tanah pasar yang bakal diambil semula oleh pemilik telah membuatkan Aishah bertekak lidah dengan Dato’ Nazri, anak kepada pemilik tanah tersebut.

With Director

Pertembungan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar (lakonan Nazim Othman), waris keluarga Dato’ Nazri yang menipu Aishah, menyatakan yang dia hanya merupakan seorang mekanik yang miskin lalu membawa kepada hubungan romantik Aishah dan Iskandar. Dalam masa yang sama, Cik Puan Marina ingin Iskandar berkahwin dengan Felisha (lakonan Sasqia Dahuri) dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran Zack (lakonan Shah Jaszle) yang merupakan bekas kekasih Aishah juga merumitkan lagi keadaan.

Apakah kesudahan kisah Aishah dan Iskandar? Sama-sama kita saksikan.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama bersiri Lara Aishah yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 29 Ogos 2016. Selamat menonton!