Tag Archives: Fynn Jamal

Senarai Penuh Top 5 ABPBH 2014

Credit photo : NSTP
Credit photo : NSTP

Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.

Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.

Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.

Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.

Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah ‘Cinta Alam’ yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua ‘Cinta Fauna’ pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya ‘Hubungan Akrab’ pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah ‘Gaya Hidup’ pada 16 hingga 25 Mac.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.

Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Anugerah ‘People’s Choice’ terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.

Berikut ialah senarai pencalonan top 5 ABPBH 2014:

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular

Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)

9 Bintang Bawa Watak Pelajar Sekolah Dalam ASRAMA-RA ALLSTARS

IMG_1652

Revolution Stage bakal mementaskan sebuah teater yang bertajuk Asrama-RA All-Stars dengan membawakan 9 artis yang dikenali sebagai teraju utama.

Teater ASRAMARA pernah dipentaskan di Menara MARA pada Oktober 2013 yang lalu dilakonkan oleh peserta-peserta First Time Workshop anjuran Revolution Stage. Walaupun pernah dipentaskan, pengarah teater ASRAMARA, Khairunazwan Rodzy berhasrat mementaskan semula teater ini dengan mempertaruhkan artis-artis dikenali. Kerana itu pementasan kali ini dinamakan ASRAMA-RA All-Stars. Pelakon-pelakon yang terlibat ialah Sharifah Amani, Siti Saleha, Dira Abu Zahar, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Sherry Al-Hadad, Fynn Jamal, Intan Nor Saina dan Tuan Faisal dari Projek Disko Baldi.

Poster-Ramai-A4 (2)

Menurut Khairunazwan β€œpenonton yang selalu mengikuti perkembangan Revolution Stage pasti tahu akan identiti Revolution Stage yang sentiasa mengetengahkan bakat baru dalam setiap pementasan. Namun kali ini kami ingin mengembangkan budaya menonton teater kepada khalayak ramai. Jadi, artis-artis dikenali diambil sebagai peneraju utama pementasan kali ini”. Walaubagainamanapun, beliau menekankan bahawa pemilihan artis-artis dikenali ini bukan berdasarkan populariti semata-mata. Contohnya, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Β Dira Abu Zahar dan Nadiya Nisaa bukanlah nama baru dalam bidang lakonan. Sherry Al-Hadad yang sedang meningkat naik sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang teater. Seperti Sherry, Tuan Faisal juga mempunyai kredibiliti dalam pementasan teater dengan kejayaan Projek Disko Baldi. Pemilihan Fynn Jamal pula adalah berdasarkan watak yang dirasakan sebagai sangat sesuai dibawakan oleh beliau, seperti mana Intan Nor Saina yang sebelum ini terlibat dalam pementasan teater muzikal SudirMania. Siti Saleha pula dipilih untuk memperkenalkan beliau dalam industri teater. Pementasan ini bakal menjadi pementasan teater kedua beliau.

ASRAMA-RA All-Stars akan dipentaskan di Pentas 1, KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober 2014. Pementasan akan berlangsung pada pukul 8.30 malam pada 16 hingga 19 Oktober dan pada pukul 3 petang pada 18 dan 19 Oktober.

Tiket berharga RM 40, RM 45 (early bird) dan RM50. Untuk maklumat lanjut, sila klik laman Facebook dan Twitter Revolution Stage. Manakala untuk tempahan dan pembelian tiket, sila hubungi Nik Chip Afiq di talian 0107603101.