Tag Archives: gerimis mengundang

Kasyara Kembalikan Memori ‘Gerimis Mengundang’

Kumpulan baharu dari  Indonesia iaitu Kasyara telah menyanyikan semula lagu ‘Gerimis Mengundang’ hasil dendangan asal kumpulan Slam dengan versi mereka sendiri.

Mendapat sentuhan komposer Malaysia iaitu Saari Amri, ‘Gerimis Mengundang’ merupakan satu karya yang amat terkenal di Indonesia pada tahun 90an.

Menurut Faizal selaku pemain keyboard Kasyara, lagu ‘Gerimis Mengundang’ diberi sentuhan terbaharu mengikut versi mereka bagi penyesuaian pendengar tahun 2022.

Ketika pertama kali menyanyikan Gerimis Mengundang versi ini, terasa segala memori ketika kecil semasa lagu ini hangat diputarkan kembali menjengah.

Malah ia satu ‘kenangan’ yang amat diperlukan dalam menyampaikan lagu yang sarat dengan lirik menyentuh emosi ini.

Jadi saya amat berharap tidak terpalit dengan situasi dibandingkan dengan penyanyi asal seperti yang terjadi kepada penyanyi lain.

Setakat ini rata-rata peminat memberi pujian dengan susuan baharu Gerimis Mengundang. Besar juga harapan saya agar peminat Malaysia dan Indonesia dapat menikmati Gerimis Mengundang nyanyian Kasyara.

Dalam pada itu, Faizal menyatakan Kasyara sudah mendapat kebenaran daripada penulis serta Universal Music Publishing Malaysia selaku pengedar untuk mengolah karya istimewa ini.

Di ruangan komen Youtube Fabis Incorporation, rata-rata wargamaya memberi sambutan yang positif dengan memberi pujian.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 63,000 tontonan dan hampir 160 komen.

Zamani Didakwa Mangsa Buli Polis Ketika Di Lokap

zamanicengkung2

Selepas ditahan pihak polis atas tuduhan penagihan dadah, tersebar sebuah video yang menunjukkan vokalis popular kumpulan Slam, Zamani dibuli ketika berada dalam lokap.

Menerusi klip video berdurasi 1.24 minit itu menunjukkan Zamani yang kelihatan digari pada tangannya dipaksa menyanyikan lagu Gerimis Mengundang.Akibat tersebar rakaman itu di laman sosial, ia menimbulkan kemarahan orang ramai khusus peminat Zamani dan Slam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai suatu yang mengaibkan.

Malah, peminat juga mempersoalkan tindakan rakaman itu dilakukan dan meminta pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya.Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.

Penyanyi itu ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

https://www.youtube.com/watch?x-yt-cl=84359240&x-yt-ts=1421782837&feature=player_embedded&v=OZ39Am1B6SY

*Sumber – MalaysianDigest