Tag Archives: Grand Brilliance

Filem Pekak

PEKAK mengisahkan tentang Uda, seorang pekak yang menjual dadah bagi mengumpul wangΒ untuk menampung kos pembedahan koklea supaya dia dapat mendengar dengan normal.

Takdir menemukan Uda dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang cuba bebasΒ daripada kongkongan bapanya. Hubungan cinta mereka yang mula terjalin dihalang olehΒ dunia yang penuh keganasan, seks, dan dadah.

Pekak_domestic_keyart_FINAL

Genre : Drama

Bahasa : Melayu

Tempoh : 95 Minit

Pengarah : Mohd Khairul Azri Md Noor (Kroll)

Pelakon : Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Iedil Putra,Amerul Affendi, Zaidi Omar, Joe Flizzow dan Chew Kin Wah

Tarikh Tayangan : 1 September 2016

Diterbitkan oleh : Grand Brilliance and Lightbulb Pictures

Diedarkan oleh : Primeworks Distribution

Filem Sejoli : Misi Cantas Cinta

ZED_7156a
Filem Sejoli Misi Cantas Cinta akan menemui penonton di pawagam pada 20 Februari 2014 ini. Filem Sejoli arahan Osman Ali membariskan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Maya Karin, Remy Ishak dan Izara Aishah. Filem ini diterbitkan oleh Grand Brilliance (GB) dengan kerjasama Nuansa Film Sdn Bhd (NFSB). Pengambaran filem ini dilakukan di Phuket, Thailand. Nantikan tayangan filem ini dipawagam berdekatakan anda.
SINOPSIS FILEM SEJOLI
Sejoli mengisahkan Gina (Maya Karin) dan Joe (Bront Palarae) mencari ketenangan di Phuket selepas mereka kecewa dengan pasangan masing-masing. Mereka tidak mengenali satu sama lain tetapi menjadi kawan baik selepas meluahkan masalah cinta yang mereka lalui sebelum ini.