Tag Archives: hari kebangsaan

HABIB MERIAHKAN MERDEKA DENGAN KOLEKSI WARISAN MALAYSIA

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini tampil lebih bermakna apabila HABIB memperkenalkan Kempen Merdeka HABIB, sebuah inisiatif yang menggabungkan keindahan seni warisan tempatan dengan rekaan barang kemas moden. Kempen ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia menghargai identiti negara menerusi koleksi eksklusif yang diinspirasikan daripada kekayaan budaya pelbagai negeri.

Berlangsung sepanjang 1 hingga 31 Ogos di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara, kempen berkenaan mengetengahkan nilai perpaduan, kebersamaan dan semangat cintakan tanah air melalui hasil rekaan yang meraikan keunikan budaya Malaysia.

KOLEKSI TENGKOLOK JADI TARIKAN UTAMA

Antara koleksi paling istimewa tahun ini ialah Koleksi Tengkolok, yang menampilkan rangkaian cincin dan gelang tangan eksklusif dengan inspirasi daripada tengkolok yang dipakai oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika laungan kemerdekaan pada tahun 1957.

Rekaan tersebut mengambil ilham daripada solek Dendam Tak Sudah, salah satu gaya lipatan tengkolok tradisional Negeri Sembilan yang melambangkan ketabahan, kekuatan serta semangat yang tidak pernah luntur.

Koleksi barang kemas HABIB bertemakan warisan budaya Malaysia sempena Hari Kebangsaan.

Dengan sentuhan kontemporari, koleksi ini menggabungkan siluet asimetri, perincian geometri dan kilauan berlian yang menjadikannya bukan sekadar aksesori mewah, malah simbol penghargaan terhadap warisan negara.

WAFER EMAS ANGKAT IDENTITI SETIAP WILAYAH

Turut diperkenalkan ialah Koleksi Wafer Emas 999.9 MY Corak, yang meraikan keunikan lima wilayah utama Malaysia.

Setiap rekaan menampilkan mercu tanda ikonik, flora, fauna, motif tradisional serta simbol budaya yang menggambarkan identiti Malaysia Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Pantai Timur.

Menariknya, koleksi ini turut dipersembahkan dalam pembungkusan yang diinspirasikan daripada seni batik, sekali gus menyerlahkan lagi nilai estetika dan keunikan budaya tempatan.

Koleksi barang kemas HABIB bertemakan warisan budaya Malaysia sempena Hari Kebangsaan.

WARISAN BUDAYA DALAM GAYA HIDUP MASA KINI

Sebagai jenama barang kemas tempatan yang telah menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak sekian lama, HABIB terus mengekalkan komitmennya dalam mengangkat warisan budaya melalui rekaan yang relevan dengan gaya hidup moden.

Gabungan elemen tradisional dan sentuhan kontemporari menjadikan setiap koleksi bukan sahaja bernilai sebagai perhiasan, malah mempunyai makna sentimental yang mencerminkan identiti negara.

Kempen ini juga memberi peluang kepada orang ramai memiliki koleksi eksklusif yang membawa kisah sejarah, budaya dan semangat patriotisme dalam satu rekaan yang elegan.

HADIAH BERMAKNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bagi mereka yang mencari hadiah istimewa sepanjang bulan kemerdekaan, koleksi eksklusif HABIB menawarkan pilihan yang menggabungkan nilai estetika, ketukangan berkualiti serta inspirasi daripada warisan Malaysia.

Ia bukan sekadar lambang kemewahan, malah menjadi simbol penghargaan terhadap sejarah dan budaya yang membentuk identiti negara hingga ke hari ini.

BOH lancar NEGARAUMMPH TV Sempena Hari Kebangsaan

Seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-61, BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) telah melancarkan saluran TV dalam talian, yang dinamakan NegaraUmmph TV. Ia merupakan satu pergerakan di seluruh negara yang menjemput semua rakyat Malaysia untuk bernyanyi sehati sejiwa demi negara.

Saluran 24 jam ini akan disiarkan pada Hari Kebangsaan, bermula dari jam 12.00 tengah malam. Ia bertujuan memaparkan nyanyian ‘Negaraku’ oleh rakyat Malaysia dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan, sekaligus menjadi peringatan bagi semua betapa uniknya Malaysia dan bagaimana keunikan negara ini harus dirayakan.

NegaraUmmph TV berpegang kepada misi untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap tanah air, tanpa mengira perbezaan latar belakang setiap individu. Oleh itu,  pada Hari Kebangsaan ini, BOH menyeru semua rakyat Malaysia agar menunjukkan semangat ‘Ummph!’ mereka.

 “Lepak. Mamak. Nasi lemak. Badminton. Bola Sepak. Teh Tarik, semuanya menarik! Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bangga, kami meraikan sifat-sifat kebudayaan unik ini yang melambangkan identiti kita sebagai anak Malaysia. Namun, Hari Kebangsaan tahun ini adalah lebih mengujakan berbanding dengan Hari Kebangsaan sebelum ini. Memandangkan persekitaran kita semakin berubah, kami berharap untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia yang bangga dan penuh semangat ‘Ummph’,” demikian kata Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersial BOH Plantations.

“Sebagai pengeluar teh tempatan, BOH telah menjadi sebati dengan budaya minum teh di Malaysia untuk selama 90 tahun. Namun, kami bukan sekadar ingin menyajikan teh sahaja. Di BOH, kami bertekad untuk berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia dengan cara yang lebih bermakna. Justeru itu, NegaraUmmph TV bukan sahaja mencerminkan dedikasi kami untuk memperkaya pengalaman bagi semua rakyat Malaysia, tetapi ia juga membuktikan komitmen kami untuk terlibat dalam setiap detik bahagia dan perayaan dalam kehidupan peminat-peminat teh di seluruh negara,” tambah beliau.

Rakyat Malaysia yang ingin menyertai pergerakan bermakna ini boleh melayari NegaraUmmph TV di www.negaraummph.tv untuk menghantar versi ‘Negaraku’ mereka yang tersendiri. Penyertaan akan dimuat naik ke saluran NegaraUmmph TV, yang akan disiarkan selama 24 jam pada 12 tengah malam, hari Jumaat, 31 Ogos 2018.