Tag Archives: HD

Oh!K HD dan Channel M HD Saluran Baru Di Astro

From Left - Vineet Puri from Channel M HD, Agnes Rozario from Astro and Marianne Lee from Oh!K HD

Astro menambah dua saluran Korea Berdefinisi Tinggi (HD), iaitu saluran Oh!K HD (Saluran 394) dan saluran Channel M HD (Saluran 395) pada 16 Februari 2015, justeru mengukuhkan lagi tawaran hiburan Korea di Astro. Semua pelanggan Astro yang memiliki peranti B.yond boleh menikmati pratonton percuma bagi saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD hingga hujung bulan Februari 2015. Seterusnya, saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD akan menjadi sebahagian daripada pakej baharu iaitu Korean Pack yang berharga RM 10 sebulan.

Speech-Bubble-Logo

Agnes Rozario, Naib Pengerusi, Kumpulan Pengurusan Kandungan, Astro, berkata, “Astro merupakan peneraju siaran saluran Korea 24/7 di Malaysia menerusi saluran KBS World dan saluran ONE HD. Kini, saluran KBS World boleh diakses oleh semua pelanggan Astro dan saluran ONE HD merupakan salah satu saluran yang paling banyak ditonton tidak kira di kaca TV mahupun melalui Astro on the Go (AOTG). Saluran Channel M HD adalah antara saluran yang paling kukuh yang berorientasikan belia dan muzik Asia di rantau ini dan menerajui menyebarkan budaya Korea di seluruh dunia. Saluran Oh!K HD menawarkan kandungan yang terbaru dan yang terbaik dari MBC di Korea. Dengan semua penawaran kami iaitu saluran Channel M HD, Oh!K HD, ONE HD dan KBS World, Astro adalah destinasi yang tiada tandingan bagi hiburan Korea dari sudut drama, K-pop dan hiburan variati berbentuk HD dan boleh ditonton pada skrin pilihan anda sama ada di TV atau AOTG pada PC, Tablet atau telefon pintar. ”

Channel M The Genius 2

“Saluran Oh!K dan saluran Channel M HD juga akan turut menyiarkan rancangan terbaharu hanya beberapa jam selepas siarannya di Korea, justeru memastikan Astro kekal sebagai cara yang paling mudah dan cepat untuk pelanggannya menonton rancangan Korea kegemaran mereka. Oleh itu, kami yakin bahawa saluran-saluran HD baru ini akan diterima dengan baik oleh pelanggan-pelanggan kami. ”

Phil Nelson, Naib Presiden Kanan Turner International dan Pengarah Urusan di Asia Tenggara, Asia Utara dan Pasifik, berkata: “jenama terkemuka Turner – CNN dan Cartoon Network – telah menjadi tunggak saluran berita dan saluran kanak-kanak dalam portfolio Astro selama bertahun-tahun, justeru, kami tidak sabar untuk menggembirakan penonton Malaysia dengan saluran hiburan umum terkini kami, saluran Oh!K HD. Sejak penampilan sulung serantau Oktober lalu, saluran Oh!K HD telah menjana populariti yang kukuh, dengan beberapa siri drama Korea yang terbaik dan hiburan variati dalam masa 24 jam siaran asal mereka. ”

ohK Shine or Go Crazy

Saluran Oh!K HD (Saluran 394) membawa drama siri premium, rancangan variati dan program muzik oleh penyiar Korea, MBC, dengan tajuk drama seperti, ‘Shine or Go Crazy’, yang disiarkan pada hari yang sama seperti di Korea; ‘Rosy Lovers’ dan ‘Four Legendary Witches’. Kandungan muzik dan program variati popular yang terkandung dalam saluran tersebut termasuklah ‘Infinate Challenge’ dan ‘I am a Singer’ (Musim ke-3)

Vineet Puri, Ketua Sektor, Malaysia, Saluran Fox International berkata, “Saluran Channel M HD, adalah saluran yang menyeluruh, dan menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk drama, K-pop, variati, program realiti dan gaya hidup untuk menghiburkan penonton dari semua peringkat umur dan gaya hidup. Dengan pemahaman yang baik terhadap keperluan penonton kami, pengeluaran produksi tempatan dilakukan sebagai usaha menjadikan Saluran Channel M HD sebagai saluran yang dapat merapatkan jurang antara hiburan Korea dan budaya tempatan penonton. Saluran Channel M yang bertempat di Asia Tenggara, berada dalam kedudukan yang terbaik untuk membawa gelombang Korea, dan kami juga membawa kandungan hiburan terbaik dari Korea. ”

m_logo_HDslogan(white)

Saluran asal kepada program anugerah popular, MNet Asian Music Awards (MAMA), saluran Channel M HD (saluran 395) menawarkan kandungan yang komprehensif dari trend terkini ‘Hallyu’, K-Pop, variati, drama dan program gaya hidup. Saluran Channel M HD menyalurkan kandungan K-Pop yang terkini dengan program carta muzik popular, ‘M! COUNTDOWN’ yang boleh ditontonkan 24 jam selepas siarannya di Korea. Program popular lain termasuk drama ‘Bad Guys’; dan program variati, ‘Over Flower Series’; ‘Get It Beauty’; ‘Pony’s Diary’; dan ‘K Chef Battlefield 2’.

Di Astro kami komited ke arah lokalisasi dan untuk tujuan ini, saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD akan mempunyai pilihan sari kata terdiri daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina, berserta dengan pilihan audio dalam Bahasa Korea, dan program terpilih yang dialih bahasa dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia. Untuk kemudahan tambahan pelanggan kami, kedua-dua saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD juga boleh didapati melalui Astro on the Go bagi membolehkan pelanggan kami untuk memilih skrin pilihan mereka sama ada di televisyen, dalam talian atau di telefon bimbit.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.astro.com.my/koreanpack .

Kajol Meriahkan Majlis Pelancaran Saluran BollyOne HD

IMG_0915

Pelakon terkenal Bollywood Kajol hadir dimajlis pelancaran saluran baru Astro iaitu BollyOne HD (Saluran 251) di J.W.Marriot malam semalam.Turut hadir sama adalah pelakon Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Saluran yang berdefinisi tinggi ini bakal memulakan siarannya pada 1 September ini.Mulai 1 September 2014 sehingga 18 September 2014 ia merupakan pra-tonton kepada semua pengguna Astro HD.

Untuk pelanggan HD yang sedia ada,boleh ke Saluran 200 untuk melanggan Saluran BollyOne HD dengan kadar RM5 sebulan.Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Saluran BollyOne HD iaitu www.bollyonehd.com.

ASTRO Bawa Liputan Menyeluruh SUKAN KOMANWEL 2014

CWG_image

Seusai sahaja acara sukan terbesar dunia, PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL, kini satu lagi acara sukan gergasi iaitu Sukan Komanwel 2014 bakal menjengah dan Astro dengan berbesar hati akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh melalui platform televisyen dan Astro on the Go. Acara sukan yang diadakan di Glasgow ini dijadualkan berlangsung bermula dari 24 Julai hingga 4 Ogos 2014.

Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sukan dan Superpack akan menerima ‘Commonwealth Games Pass’ yang membolehkan mereka menonton acara sukan tersebut melalui saluran khusus yang terdiri dari lapan saluran definisi standard (SD) dan lapan saluran definisi tinggi (HD) serta akses percuma untuk menonton tujuh saluran dedikasi menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro on the Go.

Bagi pelanggan Astro yang lain pula boleh membeli pas khas ‘Commonwealth Games Pass’ ini dengan harga RM20 dan pembelian boleh dilakukan menerusi saluran 200.

Astro turut memberi peluang buat semua pelanggan Astro dan NJOI untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khususnya menerusi Astro Arena Saluran 801. Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma.

Selain itu, bagi mereka yang bukan pelanggan Astro yang ingin mengikuti liputan penuh Sukan Komanwel ini boleh membeli ‘Commonwealth Games Pass’ untuk mendapatkan akses kepada tujuh saluran dedikasi menerusi Astro on the Go. Untuk maklumat lanjut, sila layari onthego.astro.com.my.

Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, “Astro terus berusaha dalam membawakan liputan secara langsung pelbagai acara sukan untuk rakyat Malaysia antaranya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 Sochi, Piala Thomas dan Uber 2014 dan pastinya PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL. Untuk Sukan Komanwel kali ini, Astro menawarkan liputan menyeluruh lebih dari 2,000 jam menerusi 16 

saluran dedikasi (lapan saluran HD dan lapan saluran SD) serta tujuh saluran di platform Astro on the Go. Bagi para pelanggan NJOI dan juga yang bukan pelanggan Astro turut boleh mengikuti acara sukan ini di saluran Astro Arena tanpa sebarang cas tambahan”. 

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.

Pecahan Saluran Khusus Sukan Komanwel 2014 Glasgow : Nombor saluran (SD)  Nombor saluran (HD)  Butiran saluran 
820 840 Saluran mozek. Gabungan tujuh skrin yang memaparkan acara sukan yang sedang berlangsung. Mempunyai fungsi interaktif yang memaparkan jadual acara, keputusan, kedudukan pingat dan berita terkini mengenai Sukan Komanwel 2014
821 – 826 841 – 846 Liputan secara langsung dan siaran ulangan
827 847 Saluran yang akan menyiarkan acara-acara sukan terbaik yang dipilih