Tag Archives: HIJRAHKAN LAGUKU

ZAF V.E. Dan PG Adam Tersingkir Di Minggu Ketujuh HIJRAHKAN LAGUKU

Minggu ketujuh Hijrahkan Laguku menampilkan, Episod separuh akhir, yang berlangsung pada 1hb Januari 2022 yang lalu. Seramai enam orang artis bintang Hijrahkan Laguku telah menjayakan program tersebut. Lima orang terdiri daripada bintang Hijrahkan Laguku, manakala tempat Mark Adam digantikan oleh Adeep Nahar, menerusi lagu Cahaya Mata nukilan Mark Adam dan isterinya. Lagu asal tersebut bertajuk Anak nyanyian Freddie Aguilar.

ZAF V.E & PG Adam

Tema minggu ketujuh adalah cabaran dalam isiqamah. Mereka menceritakan bagaimana cabaran yang mereka hadapi sepanjang penghijarahan mereka ke arah yang lebih baik. Tema untuk lagu yang dipersembahkan adalah enta pilih ana nyanyi. Barisan bintang Hijrahkan Laguku akan memilih lagu untuk barisan bintang yang lain.

Empat bintang program Hijrahkan Laguku layak keperingkat akhir nanti adalah Datuk Nash, Shahir Zawawi, Mark Adam dan Iwan Syahman, dan sekaligus menyingkirkan dua peserta yang berada di kedudukan terbawah iaitu ZAF V.E. dan PG Adam.

Empat bintang tersebut melontarkan rasa syukur akan keputusan juri dan meluahkan rasa sedih mereka akan kehilangan rakan seperjuangan mereka.

Bagi pemarkahan minggu ketujuh (separuh akhir), Shahir Zawawi mendapat 73 markah. Adeep Nahar yang menggantikan Mark Adam mendapat tempat kedua dengan 71 markah. Manakala Iwan Shahman ditempat ketiga dengan 70 markah.

Kesemua bintang Hijrahkan Laguku lahirkan rasa syukur kerana di beri peluang menyertai program ini dan turut memuji akan insiatif TV AlHijrah dalam memberi mereka ruang untuk mereka berdakwah kepada orang ramai melalui bidang nyanyian dan menghiburkan penonton.

Manakala barisan juri diketuai juri tetap, Fauzi Marzuki, dibantu oleh Isman Hijaz dan ditemani penceramah jemputan Ust Zul Ramli. Program yang dihoskan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri turut menggunakan format 80 % juri tetap dan 20% undian penonton.

Minggu ke tujuh turut menampilkan persembahan pembukaan istimewa oleh Ali XPDC dengan lagu Allah Yang Esa dan Semangat Yang Hilang. Lagu asal Allah Yang Esa adalah Bunga Angkasa. Apa yang menarik keenam- enam barisan bintang Hijrahkan Laguku membuat persembahan bersama sama dengan memuji baginda Nabi Muhammad S.A.W Dengan selawat Burdah Maulaya Solli.

Episod kelapan(final) program Hijrahkan Laguku yang akan berlangsung pada minggu ini 8hb Jan 2022, pada pukul 9 malam di saluran TV AlHijrah bakal memperlihatkan empat orang bintang berdakwah di pentas akhir.

Menerusi program Hijrahkan Laguku telah mula mendapat sambutan ramai dan di harap akan menjadi sebuah program tahunan buat TV AlHijrah, sekalung tahniah buat TV AlHijrah.

Semoga penonton yang mengikuti program ini mendapat manfaat dari segi lirik dan dapat menberikan pengajaran yang baik berlandaskan syariat Islam.

SENARAI LAGU MINGGU KE TUJUH

  1. PG ADAM –  Kekasih Abadiku

Lagu Asal : Untuk Selamanya , Penyanyi asal : Visa

  1. IWAN SHAHMAN – Siapa Benar Siapa Salah

Lagu Asal : Siapa Benar Siapa Salah,  Penyanyi asal : Iwan Syahman

  1. ADEEP NAHAR – Cahaya Mata

Lagu Asal : Anak, Penyanyi Freddie Aguilar

  1. ZAF VE –  Kerna kasihnya

Lagu Asal : Cina Luar Biasa , Penyanyi asal : Andmesh Kamaleng

  1. DATO NASH –  Mentari Syurga

Lagu asal : Puisi Cinta , Penyanyi asal : llusi

  1. SHAHIR ZAWAWI – Salam Terakhir

Lagu asal : Dato’ Sudirman Hj Arshad

 

HIJRAHKAN LAGUKU Solidariti MALAYSIA

Tanggal 25 disember 2021 , jam 9.00malam sekali lagi Tv Alhijrah menerusi Program Hijrahkan Laguku , dengan mengantikan program tersebut bagi menyantum mereka yang terkesan akibat pendemik banjir.

Minggu ke Enam Hijrahkan Laguku menampilkan , Episod Khas Hijrahkan Laguku Solidariti untuk Malaysia dijayakan oleh Lah Ahmad Kumpulan Zayne, Daqmie, Zack Kool, Rahmad Mega, Ustaz Zarifi Daud,Suffian Amrin dan Ustaz Fazrul.

Tv Alhijrah mengambil langkah dengan merehatkan sebentar artis artis yang bertanding.Bagi menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda musibah banjir yang terjadi baru baru ini.

Episod ke tujuh program Hijrahkan Laguku yang akan berlangsung pada minggu ini 1 Jan 2022 bakal memperlihatkan enam orang bintang berdakwah di pentas separuh akhir.

Menerusi program Hijrahkan Laguku Solidariti diharap mampu memberi semangat dan motivasi baharu kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan banjir khususnya dan dapat menyingkap hikmah di sebalik ujian yang menimpa rakyat Malaysia.Selain itu , turut menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda musibah banjir, serta dapat memberikan ibrah kepada penonton atas setiap kisah misi kemanusiaan artis artis Hijrah Kan Laguku. Sekaligus dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Don dari tanah haram yang diaminkan oleh penonton TV Alhijrah.

Malah pada malam tersebut turut menampilkan tetamu jemputan seperti Dato’ Ust Kazim Elias selaku penceramah, Furqan Fawwaz ( Qari) ,Ust Fazrul Ismail (Pentadabbur) manakala Faizal Ismail FBI selaku (Main Host) dan Ust Zarifi Daud selaku (co-host).

Apa yang menariknya , konsep pada malam itu bukan sahaja berhibur tetapi dapat mengupas sedikit sebanyak berkenaan banjir yang melanda Malaysia. Malah barisan artis jemputan menyanyikan lagu serta diselitkan dengan bacaan kitab suci Al-quran bersama tadabbur terjemahannya.

Manakala penceramah jempuan turut memberikan ibrah daripada setiap kisah artis.Kemanusiaan Hijrah Kan Laguku yang diceritakan secara live melalui google meet.

ARTIS JEMPUTAN DAN SENARAI LAGU

1. ZACK KOOL – Makbulkanlah

2. RAHMAD MEGA – Hanya Satu Pesinggahan

3. KUMPULAN ZAYNE – Iktiraf (Ya Rabbana Tarafna)

4. LAH AHMAD – Ya Allah x Salam ( Medley)

5. DAQMIE – Yang Terindah

PENAMPILAN ISIMEWA

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Bacaan doa kesejahteraan Ummah dari Harramain

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TIADA PENYINGKIRAN EPISOD KELIMA, SEMUA BINTANG HIJRAHKAN LAGUKU TERUS KE SUKU AKHIR

Kesemua artis HL menarik nafas lega malam tadi apabila Faizal Ismail & Bell Ngasri mengumumkan keenam-enam bintang layak ke minggu suku akhir pada 25 Disember ini.

Walau dalam keadaan negara diuji dengan banjir kilat di beberapa daerah utama di Selangor semalam, persembahan minggu kelima HL berlangsung penuh tertib apabila Ustaz Mohamad Zarifi Hj. Mohamad Daud yang bertindak sebagai mentor   membacakan doa memohon kesejahteraan dan keselamatan dari musibah banjir.

Namun, penonton di studio dan di rumah tidak dapat menahan gelisah apabila buat pertama kalinya Shahir Zawawi dipanggil ke pentas penyingkiran kerana memperoleh markah rendah. Selain Shahir, PG Adam turut berada di kedudukan terbawah.

Shahir yang ditemui sejurus tamat HL berkata episod kelima sedikit mencabar kerana dia mempersembahkan lagu Saat Pemergianmu, lagu asal Dir nyanyian Rahim Maarof yang telah diubah liriknya.

“Saya sudah bersedia. Andai tersingkir, ini adalah adat pertandingan. Bukan di dalam pertandingan HL sahaja, tetapi inilah kata-kata semangat yang saya sematkan di setiap pertandingan yang saya sertai.

“Saya cuma berharap agar kemunculan saya semula di dalam rancangan HL setelah menyepi beberapa ketika menjadi buah tangan yang memanfaatkan penonton.

“Saya pasti, ramai peminat dan pendengar di luar sana yang dahagakan lagu-lagu ketuhanan yang mendekatkan kita kepada Allah dan RasulNya. Saya pohon agar semua pihak memberi sokongan kepada rancangan HL.

Menerusi persembahan episod kelima bertemakan Laguku Lagumu Jua yang berlangsung di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Dato’ Nash yang menyanyikan lagu Firman Siagian berjudul Kehilangan mendapat markah tertinggi iaitu 86 markah. Persembahan Dato’ Nash tambah menarik dengan penampilan aktor Saharul Ridzwan yang membacakan petikan hadith Rasulullah.

Iwan Shahman pula berada di tempat kedua dengan 76 markah setelah menyanyikan lagu Rahmat Ekamatra bertajuk Siapa Di hatimu yang diubah lirik menjadi lagu Allah Di Hatiku.

Tempat ketiga dengan 72 markah dimiliki oleh Zaf V.E. yang menyanyikan lagu Bila Rindu, lagu asal Rod Stewart berjudul When I Need You. Percaturan berani Zaf V.E. serta sifat konsisten beliau dalam menzahirkan karya kecintaan terhadap Nabi Muhammad pada setiap episod persembahan membuatkannya dinobat sebagai penerima Anugerah Mahabbah. Hadiah kemenangan adalah wang bernilai tiga ribu ringgit yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan.

Sementara itu, persembahan kesemua bintang diadili oleh juri tetap Fauzi Marzuki. Ustaz Isman Hijjaz pula menggantikan Hazamin Inteam yang sedang mengerjakan umrah. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi pula hadir sebagai pendakwah jemputan.

TV AlHijrah masih lagi tidak membuat sebarang pengumuman tentang hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang rancangan ini.

Untuk rekod, Hijrahkan Laguku bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Rancangan ini mendapat tajaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hotel Premiera Kuala Lumpur pula adalah penaja penginapan rasmi HL.

Siaran ulangan HL boleh ditonton di TV AlHijrah pada setiap Ahad, jam 4.30 petang. Manakala rancangan Hijrah Prihatin bersama artis HL pula disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 1 tengah hari.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persiapan persembahan dan trivia para peserta boleh ditonton melalui liputan kapsul yang disiarkan setiap hari, jam 7.55 malam.

Berikut adalah senarai lagu episod suku akhir minggu hadapan yang bertemakan Ana Pilih, Enta Nyanyi;

PG Adam                 :  Untuk Selamanya penyanyi asal Kumpulan Visa

Iwan Shahman            : Siapa Benar Siapa Salah penyanyi asal Iwan Shahman

Mark Adam              : Anak penyanyi asal Freddie Aguilar

Zaf V.E                     : Cinta Luar Biasa penyanyi asal Andmesh Kamaleng

Dato’ Nash               : Puisi Cinta penyanyi asal Kumpulan Ilusi

Shahir Zawawi            : Salam Terakhir penyanyi asal Sudirman Arshad

HIJRAHKAN LAGUKU: RAHMAD MEGA Tersingkir, MARK ADAM Terima Anugerah Bintang Nurani

Berdebar dan kecut perut. Itulah gambaran perasaan penonton TV AlHijrah yang berada di rumah mahupun yang berada di Studio Digital stesen ini apabila Faizal Ismail dan Bell Ngasri selaku hos rancangan Hijrahkan Laguku mengumumkan PG Adam dan Rahmad Mega berada di kedudukan terbawah malam tadi.

Namun, rezeki tidak berpihak kepada Rahmad. Perjalanan penyanyi kumpulan Mega itu bertemu titik noktah setelah tersingkir di episod ketiga sekaligus bergelar peserta pertama yang meninggalkan pentas realiti HL setelah tiga minggu rancangan ini disiarkan.

Bertemakan bebas, Rahmad yang membawakan lagu Hentikan Alasanmu dengan gubahan lirik baru hanya mendapat 60 markah keseluruhan daripada juri professional iaitu Fauzi Marzuki, Hazamin Inteam serta Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang.

Rahmad yang ditemui setelah program itu tamat berkata, beliau menerima keputusan juri dengan hati terbuka dan tidak menganggap bahawa ini adalah penamat kepada usaha dakwah.

“Saya menghadapi sedikit kesukaran untuk memilih lagu episod ketiga. Manakan tidak, saya perlu pastikan lagu itu bukan sahaja boleh dinyanyikan dengan baik namun perlu elemen lirik ketuhanan serta suntikan dakwah.

Barisan Juri Episod 3

“Ini bukan pengakhiran kepada kerja dakwah saya. Tetapi ini adalah permulaan kepada lebih banyak usaha pendakwahan dan langkah kerjaya yang lebih baik di masa hadapan. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan artis lain yang masih berada di pentas HL.

Penerbit rancangan HL Nurainah Nabeeha Hassan berkata, walaupun berat hati namun adat pertandingan realiti pastinya akan ada peserta yang tersingkir dalam mencari bintang terbaik.

“Penyingkiran secara adil dan berhemah ini adalah keputusan bersama pihak juri setelah mengambil kira persembahan lagu dan lirik, persembahan pentas serta adab persembahan.

“Kalau diikutkan, HL sangat berbeza dengan program realiti yang pernah disiarkan di mana-mana platform sebelum ini. Kami titikberatkan elemen pendakwahan. Setiap artis yang menyertai pertandingan hadir dengan kisah penghijrahan berbeza.

“Kisah penghijrahan yang dikongsikan peserta saban minggu di setiap persembahan pasti meninggalkan seribu satu kesan mendalam kepada penonton. Rasa rugi apabila hilang satu bintang.

“Fauzi Marzuki turut sependapat dengan saya. Beliau sendiri akui amat sukar untuk membuat keputusan penyingkiran kerana kelapan-lapan artis menunjukkan peningkatan prestasi persembahan yang begitu mendadak pada minggu ini berbanding minggu-minggu sebelum ini. Namun, begitulah adat pertandingan, ada kalah ada menang” jelas Aina.

Dalam hiba ada gembira. Persembahan minggu ketiga HL turut menyaksikan Mark Adam menerima Anugerah Bintang Nurani. Penganugerahan ini diberikan atas peningkatan nyanyian dan persembahan penyanyi kelahiran Filipina ini dari minggu pertama walaupun acapkali menerima kritikan pedas Fauzi Marzuki.

Sementara itu, Dato’ Nash yang menyanyikan lagu Tiada lagi Kidungmu mendapat markah tertinggi (78 peratus) diikuti Shahir Zawawi ditempat kedua dengan lagu Rasul (72 peratus) dan Zaf V.E di tempat ketiga dengan lagu Tunjuk Jalanmu (70 peratus).

Selain itu, persembahan lain yang berjaya memukau penonton adalah Iwan Shahman (Tuhan), Zack Kool dengan (Tidak Kekal Lama), Mark adam (Isteriku) dan PG Adam (Mari Mengaji). Lagu Tolaal Badru Alaina pula dipilih sebagai lagu penutup berkumpulan.

Hijrahkan Laguku yang bersiaran setiap Sabtu, jam 9 malam mendapat tajaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), dan Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persiapan persembahan dan trivia para peserta boleh ditonton melalui liputan kapsul yang disiarkan setiap hari, jam 7.55 malam.

Siaran ulangan HL turut boleh ditonton di TV AlHijrah pada setiap Ahad, jam 4.30 petang. Manakala rancangan Hijrah Prihatin beama artis HL pula disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 1 tengah hari.

 

 

HIJRAHKAN LAGUKU, JOURNEY BACK TO HIM

TV AlHijrah memperkukuhkan kedudukan stesennya sebagai agen penyebar dakwah di platform penyiaran dengan membawakan sebuah program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti TV berjudul Hijrahkan Laguku.Pertaruhan berani ini dibuat setelah melihat kepada keperluan metodologi dakwah yang lebih kreatif, bersesuaian dengan konsep Keluarga Malaysia, peredaran zaman, kehendak penonton serta selari dengan tuntutan syarak.

Hijrahkan Laguku adalah rancangan pertandingan hiburan Islamik yang menampilkan gabungan lapan orang penyanyi lama-baru dalam industri hiburan tanah air yang akan menyampaikan mesej dakwah menerusi lirik lagu yang digubah hingga akhirnya salah seorang daripada mereka bergelar juara pertandingan.Bercerita mengenai buah tangan terbaru TV AlHijrah ini, Namanzee Harris selaku Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah berkata Hijrahkan Laguku bakal menjadi fenomena yang mampu membentuk masyarakat serta mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah.

“Simbiosis kukuh di antara manusia dan seni muzik tidak dapat dinafikan. Manusia secara fitrah mudah tertarik kepada bunyi-bunyian yang menyenangkan, lirik lagu yang mempesona serta seni persembahan yang memberi kedamaian.

“Rancangan Hijrahkan Laguku mempunyai kekuatan untuk memenuhi kehendak jiwa manusia yang sukakan kepada muzik. Kita tambah elemen hiburan Islamik serta wasilah dakwah kontemporari yang bertujuan menghubungkan penonton setia stesen ini dengan Allah SWT.

Hijrahkan Laguku akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, pada setiap Sabtu, jam 9 malam mulai 20 November akan datang.Mengangkat tema Journey Back To Him, Hijrahkan Laguku akan disertai oleh Dato Nash Lefthanded, Iwan Shahman, Mark Adam, Pangeran Adam (PG Adam), Zaf VE, Shahir Zawawi, Zack Kool dan Rahmad Mega. Pemilihan artis yang menyertai pertandingan reality TV ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria. Antara yang utama adalah kisah penghijrahan mereka yang unik serta mampu mendorong penonton untuk menjadi khalifah Allah yang terbaik di muka bumi ini. Turut diambil kira adalah bakat, aura, karisma serta kekuatan mereka dalam bidang nyanyian.

Maklumat lanjut serta perkembangan terkini rancangan Hijrahkan Laguku boleh didapati di laman sesawang TV AlHijrah, laman media sosial TV AlHijrah, portal HBIT.my serta portal Alhijrahnews.com