Tag Archives: Hotlink

AIRASIA HAUSBOOM FESTIVAL 2025 GEGAR SERDANG DENGAN 33 ARTIS

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2025 – AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink kembali menggegarkan Malaysia dengan tema baharu “Paint the Town Red”. Festival muzik dan gaya hidup tahunan ini akan berlangsung pada 11 & 12 Oktober 2025 di MAEPS Serdang, menampilkan 33 artis tempatan dan antarabangsa bersama festival fesyen serta makanan terbesar tahun ini.

Selain hiburan, festival ini turut disokong oleh kolaborasi jenama besar seperti AirAsia, Hotlink, Perodua, 7-Eleven dan KL Foodie, menjadikan acara ini bukan sekadar konsert tetapi pengalaman gaya hidup menyeluruh.

AirAsia Hausboom Festival 2025 di MAEPS Serdang

Festival Muzik Paling Dinanti 2025

Barisan artis tahun ini cukup meriah dengan legenda tanah air Dato’ M. Nasir, Ella, Jamal Abdillah, Slam, Def-Gab-C, Bunkface, K-Clique serta ramai lagi. Turut memeriahkan pentas, artis serantau dari Indonesia seperti Samsons, Kunto Aji, Bernadya, Feby Putri, Nadhif Basalamah dan Ghea Indrawari.

Pengunjung bakal menikmati pelbagai genre muzik, daripada rock, pop hingga indie, yang menjanjikan persembahan penuh tenaga dan vibe luar biasa.

AirAsia Hausboom Festival 2025 di MAEPS Serdang

Tarikan Fesyen & Makanan

Festival ini turut menampilkan Hausboom Lokal Fest 2025 dengan lebih 80 jenama “streetwear” termasuk SVG, Makerz, Kyrex dan koleksi thrift eksklusif oleh SOVO.

Bagi pencinta makanan, Hausboom KL Foodie Fest akan menghidangkan lebih 100 vendor unik — daripada juadah jalanan, hidangan viral hingga sajian istimewa.

Menariknya, setiap pemegang tiket berpeluang memenangi sebuah Perodua Ativa melalui cabutan bertuah eksklusif sepanjang festival.


Harga Tiket & Pembelian

Tiket dijual bermula RM119 (General Admission), RM299 (Rockzone) dan RM1,200 (VVIP) yang menawarkan akses premium termasuk hidangan tanpa had dan laluan ekspres.

👉 Pembelian boleh dibuat di laman rasmi Hausboom Festival 2025.

AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bukan sahaja mengangkat hiburan muzik tetapi juga menjadi platform meraikan gaya hidup, fesyen dan kreativiti anak muda Malaysia.

Konsert #HUJAN10TAHUN Khas Untuk Para Peminat

Konsert #HUJAN10TAHUN Khas Untuk Para Peminat | “Angin Kencang” yang bertiup sepanjang setahun lalu, membawa semilir laksana petunjuk bahawa Indie Band popular Malaysia, Hujan sudah berpecah. “Mana Mungkin” “Obsesi” lima anak muda terhadap genre muzik alternatif berkubur begitu sahaja. Konsert tersebut bakal diadakan pada 31 Oktober 2015 jam 4 petang di KL Live.

Setahun menghilangkan diri, setiap dari mereka ibarat “Lonely Soldier Boy”, membawa haluan masing-masing untuk “Mencari Konklusi”. Dan hari ini mereka lebih bersemangat dan teruja untuk membuat persembahan dihadapan peminat dan penyokong yang setia berdiri di belakang Hujan Band selama 10 tahun.

Band yang terdiri daripada Noh (Vokalis), AG Coco (Gitar Utama), Izzat (Bass) dan Ambobzeela (Drum). Tidak ada apa yang lebih manis dan dinanti-nantikan bagi Raingers yang memulakan #HUJAN1OTAHUN di media sosial sebagai permintaan untuk merealisasikan Konsert #HUJAN10TAHUN.

PC_press_hujan10-009-1024x681

Konsert selama 2 jam yang akan bermula jam 4 petang itu akan memperdengarkan lebih dari 20 buah lagu dari album 1,2,3 Go? (2006) hingga ke Sang Enemy (2012). Tiket hanya dijual secara online dan berharga RM53 (tidak termasuk yuran tiket sebanyak RM3).

Hotlink juga tidak melepaskan peluang sebagai Rakan Rasmi #HUJAN10TAHUN dengan mengaktifkan aplikasi Hotlink RED untuk layaran eksklusif, koleksi video dan gambar 10 tahun perjalanan Hujan serta single terbaru mereka.

foto kredit : www.senselessart.com