Tag Archives: HUJAN

Malaysia Autoshow 2017 Tampilkan Kelainan

Gandingan Malaysia Autoshow 2017 bersama Festival SoundValley dijangka akan memberi nafas baru bagi peminat muzik dan permotoran apabila ia di gabungkan di bawah satu bumbung.  Malah ianya melakar sejarah tersendiri apabila sebuah festival muzik yang luar biasa akan berlangsung selari dengan Pameran Permotoran Terbesar di Malaysia.

11 kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan England bakal membuat persembahan di Festival SoundValley 2017. Festival yang akan berlangsung selama dua hari ini menawarkan kepelbagaian genre muzik kepada semua pengunjung.

Festival SoundValley ini dianjurkan oleh Malaysia Automotive Institute (MAI) dengan kerjasama RSVP Media Sdn Bhd, akan berlangsung pada 11 dan 12 November 2017, dari 2.30 petang. hingga 11:30 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bersempena Malaysia Autoshow 2017.

Pengunjung Festival SoundValley akan menerima tiket percuma ke Malayia Autoshow 2017, sekaligus mendapat peluang untuk mengunjungi pameran automotif yang dianjurkan.

Pada hari pertama, peminat indie khususnya tidak harus melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat daripada Bloc Party (UK) , kumpulan indie tempatan iaitu Hujan , Bunkface juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana festival muzik ini . Kumpulan daripada Indonesia, Barasuara  dan juga  elektro rock , The Otherside Orchestra akan beraksi pada 11 November.

Manakala pada 12 November peminat genre rock pastinya akan memenuhi pentas apabila  gergasi Heavy Metal daripada Asia iaitu Loudness akan beraksi buat kali ke dua di Malaysia. Tidak ketinggalan jentera rock yang sentiasa menjadi ikon di sanubari fanatika rock tempatan Wings dan May. Metalasia yang bertunjangkan genre Progresif Metal pastinya akan memberikan kelainan dalam konsert ini.  Cassandra dan kumpulan FiftyOne50  juga turut diberi ruang untuk beraksi di acara yang pastinya memberi impak kepada muzik dambaan mereka.

Persembahan artis tempatan dan antarabangsa ini adalah sempena Malaysia Autoshow 2017 yang akan berlangsung 9 November hingga 12 November , para peminat yang datang bukan sahaja dapat menikmati festival muzik yang diadakan tetapi turut menikmati pameran kereta dan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan pada hari tersebut .

TICKETS PRICE

PRICE CATEGORY Day 1

11th Nov 2017

Day 2

12th Nov 2017

2 Day

Passes

Remarks
VVIP

 

RM 588 RM 288 RM 836 – Chill Out Zone with Rooftop

– Light Refreshments & Finger Food

– Festival T-shirt

– Poster

– Free Autoshow Ticket

– Express Entry Lane

VIP

 

RM 348 RM 188 RM 496 – Rock Zone

– Festival T-shirt

– Poster

– Free Autoshow Ticket

– Express Entry Lane

Normal

 

RM 288 RM 128 RM 386 – Free Autoshow Ticket
Early Bird

 

RM 248 RM 98 – Free Autoshow Ticket

Pembeli tiket Festival SoundValley akan menikmati harga istimewa bermula 10 Okt sehingga 18 Okt 2017. Peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM98 hingga RM836. Untuk maklumat lanjut mengenai Festival SoundValley Festival 2017, layari www.airasiaredtix.com 

 

*Kredit photo @lensaayid

Art of Speed Malaysia 2017

Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai, galeri seni, aktiviti interaktif serta pertunjukan aksi.

Acara ini akan diadakan pada 29 – 30 Julai 2017 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), Art of Speed 2017 (AOS 2017) akan dibuka untuk lawatan dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 petang.

Peminat kereta dan motosikal dapat bertemu dengan beberapa tetamu jemputan khas antarabangsa yang menarik termasuk Cole Foster dari Salinas Boys Custom Cars & Bikes USA, Jeff Holt dari Hot Bike Magazine USA, David “Chopperdave” Freston dari USA, Shige Suganuma & Wildman dari MOONEYES Jepun, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Jepun, Kaichiroh Kurosu dari Cherry’s Company Jepun, Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon dari Jepun, Makonabe dari Chopper Journal Magazine Jepun, Tetsu dari Hopping Shower Jepun, Sugihara Ken dari Fusty Works dari Jepun, Toshiyuki Osawa dari 4th Dimension dari Jepun, Jeffrey Chang dari Air Runner dari Taiwan, Shigeo dari 420 Kustom dari Jepun, Chicarockabilly Shima dari Singapura, Irvine Jasta & Donny Ariyanto dari Indonesia, The Nash dari Burnout Magazine Jepun, dan kumpulan kolektif seni pinstripe dari Jepun; Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Cynar.

L-R Oktaf Farantino , Asep Ahmad (AOS) & Hendri Sase from FMC Supply Co Indonesia

Acara kali ke-enam ini juga memperkenalkan pengisian terbaru iaitu AOS Invitational Bike Build Off 2017 yang akan menyaksikan 10 pembina buatan khas dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & hadiah wang tunai RM5,000 (pilihan awam).

Di samping  itu, acara ini juga menyaksikan kerjasama khusus jenama ikonik di Malaysia iaitu Boon Siew Honda dan Art of Speed. Gabungan kolaborasi Boon Siew X Art of Speed juga menjanjikan antara acara kemuncak utama, dimana empat ikon gaya hidup seperti Legend Racing Garage, BWB, District Shop Gallery dan Ah Ho Motors akan mempamerkan seni binaan khas ciptaan mereka.

Sekiranya sukan lasak adalah aktiviti riadah yang anda sukai, pastikan anda mealwat acara ini dan sertai aktiviti yang dianjurkan oleh HOUSE OF VANS Skateboard & aktiviti pertandingan BMX.

Pereka utama jenama Hot Wheels; Jun Imai dari Amerika Syarikat juga akan hadir ke acara AOS 2017. Jadi, jika anda seorang peminat dan juga gemar membeli Hot Wheels, ini adalah masa terbaik untuk bertemu dengan personaliti ini yang merekacipta model skala kereta mainan ini.

Para pengunjung acara AOS 2017 akan dihiburkan oleh kumpulan kugiran Oh Chentaku pada hari Sabtu dan kumpulan kugiran Hujan pula akan menutup acara ini pada hari Ahad.

Acara kemuncak AOS 2017 pastinya dalah aktiviti yang paling dinantikan iaitu cabutan bertuah. Tahun ini menyaksikan kelainan apabila kedua-dua hari acara menyediakan hadiah cabutan bertuah! Sebuah motosikal CMC XY400 akan diberikan pada hari Sabtu dan sebuah motosikal binaan khas kustom lengkap Yamaha RX-Z dua enjin hasil karya FNG Works dan Beautiful Machines akan diberikan kepada pengunjung bertuah pada hari Ahad.

Dengan mengekalkan tradisi acara AOS, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan binaan khas dari Jepun. Pada tahun ini, pengunjung akan dijamukan dengan:

  1. HIDEYA TOGASHI dari HIDE MOTORCYCLES memperkenalkan 1975 HARLEY-DAVIDSON FL MODEL (JAPAN)
  2. GEN LOVE ART memperkenalkan 1981 IRONHEAD SPORTSTER (JAPAN)
  3. DAISUKE SAKON dari KUSTOMSTYLE memperkenalkan 1949 customised FORD “SHOEBOX

Menurut Asep Ahmad Iskandar, Pengasas Art of Speed Malaysia, “Edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua golongan umur pengunjung.”

“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, Kustom dan Koffee Talk, dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bergambar dengan ahli kostum Star Wars, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur yang dihoskan oleh House of Vans.”

KAICHIROH & YUICHI

 

Aktiviti khas di Art of Speed 2017 adalah:

  • Art of Speed Invitational Bike Build-Off 2017
  • Cole Foster & kawan-kawan SHAPING & FABRICATION WORKSHOP
  • Drift Taxi
  • Pandu uji motorsikal
  • Roda Rumble 2017 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival
  • Food Park memperkenalkan Food Trucks & Pasar Vintage

Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang menyeronokan seperti:

  • Indoor International Show & Shine community show & competition
  • Car & Motorcycle Mega Club Gathering
  • International Art Gallery (MotoCircus)
  • Pin-Up ladies
  • Indoor & Outdoor Marketplace
  • SoapBox & GO!
  • Indoor Skatepark
  • Viewing Deck & Games
  • Die Cast Competition

Art of Speed 2017 juga akan menganjurkan Mega Club Gathering yang akan memberi nafas segar kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool. Penganjur akan menyediakan tempat parkir eksklusif yang besar meliputi sehinga 3 ekar dan boleh memuatkan lebih daripada 1,000 kenderaan.

Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

ROCKAWAY 2016 Kembali Dengan Dua Festival Tahun Ini

The Livescape Group hari ini mengumumkan bahawa platform rock yang begitu dinanti-nantikan, Rockaway, akan kembali lagi tahun ini. Festival yang berhenti beristirehat selama 3 tahun lalu, digelar festival rock perdana Malaysia dan pada masa-masa lalu telah mengetengahkan, antara lain, kumpulan-kumpulan seperti Bring Me The Horizon, Dashboard Confessional, You Me At Six, Sum 41, dan Paramore.

“Kami mengambil masa untuk memperkenalkan semula Rockaway kerana pihak kami sedang merancang sesuatu yang cukup besar. Melihat barisan yang telah kami umumkan hari ini, saya rasa para peminat rock bukan sahaja dari Malaysia, malah dari rantau sebelah sini juga, pasti akan amat teruja. Pihak kami berhasil mendapatkan band-band legenda bermula dari Scorpions, membawa kepada Butterfingers yang telah begitu lama dinantikan hampir tujuh tahun lamanya untuk muncul kembali,” ujar Rahul Kukreja, Pengarah Acara Langsung bagi The Livescape Group.

Akan tetapi kemunculan kembali Rockaway pada 2016 ini akan disemarakkan bukan dengan satu bahkan dua festival besar. Yang pertama, acara dua hari yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 & 30 Oktober. Acara ini dijenamakan sebagai “Rockaway Weekender” akan menampilkan rocker-rocker legenda Scorpions, legenda tempatan Wings dan Muzza’s Mayhem pada Hari 1 (29 Oktober).

Rockaway 2016's line up reveal featuring OAG, One Buck Short, Muzza's Mayhem, Son Of A Policeman, Hujan, Awie, Zainal Abidin and Dato David Augumugam

Hari 2 (30 Oktober) menyaksikan Wolfmother, dan artis-artis serantau seperti WTNSS, Daarchlea, dan Artefacts. Menurut pihak penganjur, mereka akan berusaha menambah “satu atau dua lagi kumpulan pemuzik antarabangsa” untuk hari ini.

Memandangkan lebih 10,000 peminat dijangka datang pada setiap hari, maka acara “Rockaway Weekender” akan diadakan di B Hillstand di Litar Antarabangsa Sepang berhadapan selekoh 13 hingga 14 trek. Ini membolehkan penggemar konsert menyaksikan perlumbaan MotoGP dari arena Rockaway.

Scorpions
Scorpions

Susulan kepada “Rockaway Weekender”, festival Rockaway kedua, digelar ‘Rockaway The Saga Continues’, berlangsung pada 19 November di Extreme Park, Bukit Jalil. Acara Rockaway 2016 akan menyaksikan kumpulan Third Eye Blind, Taking Back Sunday, dan The Get Up Kids membuat konsert langsung di Malaysia. Festival ini juga akan menjadi suatu nostalgia bagi para peminat rock tempatan kerana pertunjukan ini akan menampilkan Butterfingers yang kembalinya sekian lama dinantikan, yang akan mempersembahkan pertunjukan ulang tahun ke-20 mereka di Rockaway. Selain itu, pertunjukan untuk Zainal Abidin (pertunjukan ulang tahun ke-30) juga turut disusun.

Festival Rockaway kedua jurut menampilkan pengembalian penuh nostalgia bagi wira-wira tempatan Butterfingers, yang bakal mengadakan persembahan penuh mereka buat kali pertama setelah hampr 7 tahun berlalu, ini juga bersempena dengan pertunjukan ulang tahun ke-20 mereka di Rockaway 2016 Finale. Lain-lain persembahan penuh nostalgia termasuklah Zainal Abidin (pertunjukan ulang tahun ke-30), One Buck Short (pertunjukan ulang tahun ke-13), dan kembalinya Alleycats. Festival ini juga menampilkan kolaborasi julung-julung kalinya dengan Radhi OAG yang akan berkongsi pentas dengan Hujan.

Rockawayfest16_Poster_V7

Kedua-dua festival “Rockaway Weekender” dan festival Rockaway The Saga Continues disokong oleh Malaysia Major Events (MME), suatu bahagian Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Penganjuran acara ini akan memperkukuh usaha berterusan Kerajaan untuk memantapkan lagi daya tarikan global Malaysia sebagai suatu destinasi Asia terulung bagi persembahan hiburan langsung yang besar, dan dijangka menarik perbelanjaan pelancong bernilai sehingga RM 30 juta.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat peningkatan bilangan pelancong yang datang dari serata dunia untuk menyaksikan acara muzik kita, yang telah menjadi pemangkin utama bagi pelancongan dan ekonomi negara kita. Rockaway memperlihatkan keupayaan Malaysia membawa masuk artis-artis antarabanga yang popular dan pemenang anugerah ke tanahair, yang akan membantu menarik kedatangan penonton asing, ini melengkapkan daya usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mencapai angka 36 juta ketibaan pelancong dan RM168 bilion resit pelancongan menjelang tahun 2020,” kata Tony Nagamaiah, Pengurus Besar, Malaysia Major Events.

Tiket untuk kedua-dua festival boleh dibeli sekarang melalui www.galactix.asia. Para peminat juga boleh datang ke acara ‘A Sunday Rockaway Affair’ di TREC Kuala Lumpur pada hari Ahad, 28 Ogos, untuk membeli tiket dengan diskaun 15%. Promo ini sah untuk satu hari sahaja. Tiket dijual dengan harga daripada RM98 mengikut kategori pas satu hari, pas hujung minggu dua hari bagi “Rockaway Weekender” atau Pasport Rock bagi ketiga-tiga pertunjukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai “Rockaway Weekender” pada 29 & 30 Oktober dan Rockaway The Saga Continues pada 19 November, layari www.rockawayfest.com. Rockaway dianjurkan oleh The Livescape Group dan disokong oleh MME, suatu bahagian dalam MyCEB, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Rakan-rakan kongsi lain termasuk Red Bull Product of Europe (Minuman Tenaga Rasmi), RedBull.Com (Rakan Media Rasmi) dan PARKROYAL Kuala Lumpur (Hotel Rasmi).

 

 

Senarai Barisan Fasa Pertama:

Rockaway Weekender (Hari 1 – 29 Oktober  @ B Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang)

  • Scorpions
  • Wings
  • Muzza’s Mayhem

Rockaway Weekender (Hari 2 – 30 Oktober  @ B Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang)

  • Wolfmother
  • Artefacts
  • Daarchlea (MY)
  • WTNSS
  • + Ramai lagi 

Rockaway The Saga Continues  (19 November @ Extreme Park, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil)

  • Butterfingers (Rockaway Special Ulang Tahun Ke-20)
  • Alleycats
  • Zainal Abidin (Rockaway Special Ulang Tahun Ke-30)
  • Third Eye Blind
  • Taking Back Sunday
  • The Get Up Kids
  • Hujan X Radhi OAG
  • One Buck Short (Rockaway Special Ulang Tahun Ke-15)
  • Lyme
  • Prana
  • The Summer State (SG)
  • The Changchuters (ID)
  • Killeur Calculateur
  • U.Z.E.
  • Dirgahayu
  • Pitahati
  • Eat Sh*t & Die
  • Man Under Zero Effect
  • Tokokilat
  • Son of a Policeman
  • Speedwitches

Picture1

 

Picture2

 

Picture3

 

Picture4

HUJAN Lancarkan Album “JIKA SEMPAT”

Selari dengan arus perjalanan seni yang berkembang dan berevolusi, kini HUJAN tampil dengan sebuah album baru yang berbeza daripada album mereka sebelum ini. Sebagai sebuah kumpulan pemuzik indie yang paling berpengaruh di Malaysia, HUJAN sentiasa memberi kelainan dalam berkarya. Jika sebelum ini SANG ENEMY merupakan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu berunsur rock yang agak ‘berat’, JIKA SEMPAT secara keseluruhannya mempunyai irama seperti di awal permulaan kumpulan HUJAN.

Populariti HUJAN tidak dapat disangkal lagi dimana terdapat banyak lagu yang menjadi kegilaan para peminat mereka, diantara lagu lagu yang mendapat tempat di hati peminat adalah seperti lagu ‘Bila Aku Sudah Tiada’, ‘Mencari Konklusi’, ‘Muda’, ‘Kotak Hati’, ‘Lonely Soldier Boy’ dan banyak lagi. Selain terkenal sebagai band yang sering menguasai carta radio dengan lagu hit mereka, HUJAN juga terkenal dengan aksi energetic mereka ketika beraksi di atas pentas dengan gaya persembahan yang tersendiri.

HUJAN merupakan band yang telah banyak memenangi anugerah ini telah melangkah jauh jika dibandingkan dengan peringkat awal permulaan mereka ditubuhkan. Mereka juga dikenali sebagai salah sebuah band tempatan pertama yang menggunakan laman internet dan media sosial sepenuhnya untuk mempromosikan diri dan lagu-lagu mereka.

Hujan 10 tahun, shoot SS15 Subang
Hujan 10 tahun, shoot SS15 Subang

Dalam usaha mempromosi album terbaru HUJAN, hasil kerjasama antara HUJAN dan Hotlink untuk memberi para peminat akses kepada album terbaru yang merupakan album studio ke-5 mereka yang berjudul “JIKA SEMPAT” telah dijalankan secara eksklusif melalui Spotify bermula 15 April hingga 14 Mei yang lalu. Dan kini, Warner Music Malaysia dengan berbesar hati melancarkan album terbaru HUJAN yang bertajuk JIKA SEMPAT.

Single terbaru yang sedang dipromosikan bertajuk JIKA SEMPAT yang juga merupakan tajuk bagi album tersebut. Lagu JIKA SEMPAT ini juga telah dilancarkan di seluruh radio Malaysia dan sering menjadi permintaan oleh peminat mereka untuk dimainkan di radio. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu JIKA SEMPAT ini mempunyai kelainannya yang tersendiri. Kiranya, sekali dengar, pendengar sudah boleh ‘tangkap’ melodinya.

Hujan PC 2

Minat dan kesungguhan terhadap muzik juga menjadikan Konsert Ulangtahun ke-10 pada tahun lalu sebagai penanda aras, maka terhasillah album studio ke-5 kumpulan HUJAN berjudul JIKA SEMPAT.

Menurut Penerbit album ini, AG Coco, sejak single “Pemicu Gila” yang dilancarkan sempena ulangtahun ke-10 HUJAN tahun lalu, mereka terus merancang material untuk menghasilkan album penuh.

Ini adalah album yang paling cepat dari segi ‘production timeline’ kerana kami hanya menyiapkan rakaman keseluruhan muzik dalam masa seminggu dan vokal dalam masa 3 ke 4 hari.”

Bagi vokalis HUJAN, Noh Salleh yang juga bertanggungjawab sebagai penulis lagu dan lirik bagi kesemua lagu di dalam album ini, mereka menjalani situasi enjoy the moment seperti sebuah pengalaman baru ketika menghasilkan album ini.

Sebagai vokalis, saya mahukan sesuatu yang berkualiti lebih tinggi dari album-album sebelumnya seperti feel yang lebih dalam dan nyanyian yang betul”. 

JIKA SEMPAT merupakan album terbaru HUJAN sejak kali terakhir menghasilkan album pada tahun 2012. Ia merupakan album yang sangat dinanti-nanti kan terutama selepas kejayaan konsert ulangtahun #hujan10tahun pada tahun 2015. Kumpulan ini telah berkembang dan matang dari segi muzik mereka. JIKA SEMPAT ibarat mengimbau ke akar rock & roll tetapi dengan elemen dan pengaruh muzik moden serta trend semasa.

Terdapat 12 trek untuk album JIKA SEMPAT, bermula dengan lagu pembukaan Pemicu Gila, diikuti oleh Biarkan Saja, sebuah lagu yang bersahaja liriknya. Karaktor Tentangan adalah sebuah cerita tentang ketidakserasian di dalam sesebuah hubungan, kemudian diikuti dengan Papa Mama, sebuah lagu tentang kasih kedua ibu bapa terhadap anak. Seterusnya lagu, Jika Sempat diikuti dengan Jangan Lupakan Aku, sebuah lagu yang mengimbau kembali zaman muda remaja. Trek ke 7 pula adalah Sendiri diikuti dengan Kamar Sepi dan kemudian Miri, sebuah lagu yang secara tidak langsung mengisahkan keindahan yang menggamit perasaan penulis terhadap kampung halaman. Aku Janji pula sebuah lagu yang berentakan tempo yang perlahan dan muzik yang ‘mellow’ dan diikuti dengan lagu Berlari Dan Mati, dan lagu terakhir adalah Kau, sebuah lagu tentang rasa kesyukuran dan keinsafan terhadap PenciptaNya.

Hujan 10 tahun, shoot SS15 Subang
Hujan 10 tahun, shoot SS15 Subang

Sepanjang kerjaya muzik mereka selama sepuluh tahun, HUJAN bukan sahaja berjaya memenangi hati peminat indie Malaysia tetapi juga mampu bersaing di pasaran arus perdana. Mereka telah berjaya menembusi pasaran muzik tempatan dengan memperkenalkan muzik alternatif rock dengan gaya mereka yang tersendiri. Berbekalkan kepakaran dalam persembahan pentas yang kuat dan bertenaga dan lagu-lagu alternatif rock yang menarik, ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa mereka telah mengubah landskap industri muzik rock Malaysia.

Selama sepuluh tahun di dalam bidang muzik, HUJAN juga telah mengeluarkan dua EP dan lima album dan telah membuktikan bahawa band ini telah pergi jauh kerana telah berjaya menguasai dan menarik minat pencinta muzik dari luar negara seperti dari Indonesia, Singapura, Ireland, Britain, Perancis dan juga Australia.

Kumpulan ini juga tidak kurang hebatnya di Eropah terutamanya di United Kingdom. Oleh yang demikian HUJAN bakal menyempurnakan siri jelajah ‘Hujan London Tour’ pada hujung Mei ini untuk meraikan #raingersUK bersempena dengan Ulangtahun ke 10. ‘Hujan London Tour’ ini akan bermula pada

24 May The Macbecth, Hoxton
25 May The Workshop, Hoxton
28 May The Urban Bar, Whitechapel
29 May The Islington, Angel
30 May Surya, Shoreditch
31 May Nambucca, Holloway
1 June The Dingwalls, Camden
2 June The Dublin Castle, Camden

Album yang diterbitkan oleh HUJAN adalah di bawah Kamar Seni Enterprise ini sudah mula berada di pasaran tempatan dan juga di dalam semua platform digital mulai 20 Mei ini.  Kepada peminat muzik tanahair rebutlah peluang untuk memiliki album JIKA SEMPAT samada dalam bentuk cakera padat mahupun album digital edaran Warner Music Malaysia.

Konsert #HUJAN10TAHUN Khas Untuk Para Peminat

Konsert #HUJAN10TAHUN Khas Untuk Para Peminat | “Angin Kencang” yang bertiup sepanjang setahun lalu, membawa semilir laksana petunjuk bahawa Indie Band popular Malaysia, Hujan sudah berpecah. “Mana Mungkin” “Obsesi” lima anak muda terhadap genre muzik alternatif berkubur begitu sahaja. Konsert tersebut bakal diadakan pada 31 Oktober 2015 jam 4 petang di KL Live.

Setahun menghilangkan diri, setiap dari mereka ibarat “Lonely Soldier Boy”, membawa haluan masing-masing untuk “Mencari Konklusi”. Dan hari ini mereka lebih bersemangat dan teruja untuk membuat persembahan dihadapan peminat dan penyokong yang setia berdiri di belakang Hujan Band selama 10 tahun.

Band yang terdiri daripada Noh (Vokalis), AG Coco (Gitar Utama), Izzat (Bass) dan Ambobzeela (Drum). Tidak ada apa yang lebih manis dan dinanti-nantikan bagi Raingers yang memulakan #HUJAN1OTAHUN di media sosial sebagai permintaan untuk merealisasikan Konsert #HUJAN10TAHUN.

PC_press_hujan10-009-1024x681

Konsert selama 2 jam yang akan bermula jam 4 petang itu akan memperdengarkan lebih dari 20 buah lagu dari album 1,2,3 Go? (2006) hingga ke Sang Enemy (2012). Tiket hanya dijual secara online dan berharga RM53 (tidak termasuk yuran tiket sebanyak RM3).

Hotlink juga tidak melepaskan peluang sebagai Rakan Rasmi #HUJAN10TAHUN dengan mengaktifkan aplikasi Hotlink RED untuk layaran eksklusif, koleksi video dan gambar 10 tahun perjalanan Hujan serta single terbaru mereka.

foto kredit : www.senselessart.com