Tag Archives: Ikmal Amry

SITI KHADIJAH HALIM DAN PARA PELAKON VIU ORIGINAL FROM SAGA WITH LOVE 2 BERTEMU GABENOR SAGA, JEPUN

Musim kedua drama bersiri Viu Original From Saga With Love telah memulakan penggambarannya di Saga, Jepun pada 16 Mei yang lepas. Ketika di sana, pelakon siri sequel yang paling dinantikan ini iaitu Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry, Fimie Don, Sophia Albarakbah dan Hun Haqeem berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama Gabenor Saga, Tuan Yoshinori Yamaguchi di ibu pejabat Kerajaan Saga sehari sebelum penggambaran bermula.

Sesi pertemuan tersebut turut dihadiri Pengarah, Umi Salwana, Penerbit, Lina Tan, Pengarah Produksi Viu, Imillya Irwani Roslan serta Ketua-Ketua Bahagian Pentadbiran Saga, wakil Saga Film Commission, jurubahasa dan media.

Kedatangan para pelakon dan pihak produksi From Saga With Love disambut baik oleh Gabenor Tuan Yoshinori Yamaguchi yang juga menyatakan sokongan beliau terhadap penggambaran drama bersiri ini.

β€œFrom Saga With Love musim pertama telah menerima maklum balas yang sangat baik dan saya sangat teruja menantikan sequal drama bersiri ini,” kata beliau.

Menurut salah seorang pelakon drama romantik komedi ini, Siti Khadijah Halim, β€œSaya sangat gembira apabila dapat kembali semula menjalani penggambaran di Saga. Ini merupakan sumbangan kecil saya dalam mengukuhkan lagi hubungan baik antara Saga dan Malaysia.”

Selain daripada berkongsi pendapat ketika sesi tersebut, mereka juga bertukar-tukar cenderahati bersama Tuan Yoshinori Yamaguchi. Malah, pertemuan ini juga turut mendapat liputan media dari negara Jepun antaranya NHK TV, Saga TV, Bunbun TV, Saga Shimbun dan Asahi Shimbun.

https://www3.nhk.or.jp/lnews/saga/20240516/5080017114.html

From Saga With Love musim kedua bakal menemui penonton pada Oktober ini melalui aplikasi Viu, yang tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Galeri Aplikasi Huawei dan TV pintar terpilih, serta di web www.viu.com.

23 Selebriti Popular Hadiri Program Viu Together Gather

Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW, telah menganjurkan program Viu Together Gather dan menjadi satu-satunya platform penstriman yang berjaya menganjurkan program dengan kehadiran 23 selebriti popular tanah air bersama lebih 100 usahawan terkemuka di Kelantan baru-baru ini. Program ini merupakan anjuran bersama Viu Malaysia dan agensi, Rich Colors Advertising Sdn Bhd.

Program ini merupakan usaha Viu Malaysia dalam memperkenalkan jenama Viu dan rangkaian kandungan program tempatan dan antarabangsa terbaik yang tersedia di Viu di Pantai Timur. Dengan perubahan landskap pengiklanan di mana banyak jenama telah beralih ke platform digital dalam aspek promosi dan pemasaran, program ini juga sekaligus membuka peluang terutamanya kepada usahawan tempatan yang ingin berkolaborasi dan mengembangkan perniagaan mereka bersama Viu Malaysia.

Antara usahawan yang hadir malam tersebut adalah Venus Rose, Elegant Cosmetics, Ufora, BCF by Chefiza, Afini Beauty , Dalya Beauty, Demica, Maaez, Annems Leadership Solutions dan ramai lagi.

Pada masa yang sama, Viu Malaysia juga turut memperkenalkan barisan selebriti yang terlibat dalam drama yang ditayangkan di Viu. Antaranya ialah pelakon utama bagi drama bersiri Viu Original iatu Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan Shahkimin (W: Two Worlds), Syafiq Kyle, Datin Seri Paduka Umie Aida, Syafi Tee dan penerbit Eirma Fatima (Terlanjur Cinta), Ikmal Amry, Sophia Albarakbah dan Fimie Don (From Saga With Love 2), Azira Shafinaz dan Aqasha (Nafsu), Nadiya Nisaa dan Sara Mack Lubis (The Secret) serta Mira Filzah dan Tracie Sinidol (Gadis Masa).

Turut hadir adalah penerbit dari Global Station, Alia Ramly serta para pelakon drama bersiri di Viu iaitu Alya Iman (Anggun Mikayla), Nabila Razali (Bawah Payung Awan), serta Hannah Delisha dan Redza Rosli (Di Hatiku Ada Kamu). Malam itu turut diserikan dengan persembahan dari kumpulan DeFam dan Nabila Razali menerusi lagu raya viral mereka Alamak Raya Lagi dan Raya Mana? dan dihoskan oleh Ifa Raziah.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial Viu Malaysia.